Showing posts with label 2009 Sydney International Chess Open. Show all posts
Showing posts with label 2009 Sydney International Chess Open. Show all posts

Sunday, April 19, 2009

SIO Update

GiLoCatur tidak update keputusan bagi pusingan ke 7 & 8 lebih awal kerana berada di kampung iaitu di Sungai Besar. Akses internet guna broadband agak slow, so bila dah wee hours sebegini barulah nak update. Itu pun lepas menonton game Chelsea dan Arsenal. Happy sebab pasukan pilihan GiLoCatur iaitu Chelsea telah menang 2 - 1. Pemain kesukaan GiLoCatur iaitu Didier Drogba telah menjaringkan gol kemenangan di second half permainan.   

Back to SIO dan game IM Mas. Hari ini beliau menang kedua-dua game iaitu bermain buah hitam menentang Andrew Brown (FIDE 2085) di sebelah pagi dan lawan pemain Iran, Abdoulla Zibaei (FIDE 2067). Ini bermakna setakat pusingan ke 8, keputusan IM Mas adalah +4-1=3 iaitu menang 4, kalah 1 dan seri 3. Dalam pusingan terakhir esok pagi, beliau akan bertemu dengan IM Deep Sengupta, juara Doeberl Cup baru-baru ini. Harap IM Mas berjaya menewaskan GM dari India tersebut untuk membalas kekalahannya temphari.

BEST OF LUCK MAS! It's time to bed for GiLoCatur. It's past 3.00 am already ... :)-


 

Friday, April 17, 2009

SIO Update - Pusingan ke 6

the ever smiling WGM Nisha Mohota (FIDE 2304)


Agak mendukacitakan kerana IM Mas telah tewas kepada WGM Ghate Swathi dari India. Pada pusingan ke 6 yang sedang berlansung di kala ini, IM Mas bertemu dengan seorang lagi Woman GrandMaster dari India iaitu WGM Nisha Mohota. Dengan kekalahan tadi, rating performance Mas turun sedikit kepada 2370. Diharap IM Mas bisa bangkit dengan menewaskan lawannya Nisha, WGM ke tiga India, di pusingan ke 6 yang memiliki FIDE rating 2304. 

Sementara dua orang lagi pemain Malaysia yang lain, Abang Azman Hj Draup dan Abang Draup Zamhari, (actually GiLoCatur confuse apa nama sebenar mereka? memandangkan belum pernah bertemu dan mengenali mereka) mendapat bye dan menentang Allen Setiabudi respectively.

COME ON IM MAS! WE KNOW U CAN DO IT!

SIO Update - Pusingan ke 5


IM Mas yang masih belum kalah setakat ini akan menentang WGM Ghate Swathi (FIDE 2330) dari India. Pemain wanita tersebut merupakan lawan beliau di pusingan terakhir di kejohanan Doeberl Cup beberapa hari lalu. Semoga Mas berjaya menewaskan beliau pada kali ini dan meneruskan kecemerlangan untuk mendapat GM norm.

ALL THE BEST!

Thursday, April 16, 2009

SIO Update - Pusingan ke 4

GM Jones, Gawain C B (FIDE 2550) ENG
Gemar bermain bukamainan (opening) Sicilian, French Defense dan King's Indian, mengikut statistik chessgames.com.
GM Jones ada blog dan boleh diakses di sini.
(GiLoCatur : Bagus juga jika sekiranya IM Mas ada blog sendiri yang memaparkan chess travelogue dalam pencarian mendapatkan title GM :)- ).

***************

TAHNIAH! IM Mas berjaya seri di pusingan ke 4. Ini satu keputusan yang dikira sudah cukup bagus pada pandangan GiLoCatur. Semoga Mas meneruskan prestasi yang sebegini atau lebih baik lagi di pusingan2 akan datang.

*** 4.46 ptg waktu tempatan ***


Dalam pusingan ke 4, IM Mas akan bertemu dengan GM dari England yang bernama Gawain Jones atau Mr Jones di papan ke 4. GM tersebut merupakan seeded ke 3 dalam kejohanan SIO ini. Jones menjadi naib johan di Kejohanan Doeberl Cup dengan 7 mata tewas dengan Tie Break dengan juara, IM Deep Sengupta, yang juga mendapat 7 mata. Semoga IM Mas, yang rating performance setakat ini adalah 2476, terus cemerlang ketika berlawan dengan GM Jones pada petang ini jam 1.30 waktu tempatan, iaitu sejam dari sekarang.


SIO Update - Pusingan ke 3




GiLoCatur pagi ini sedang watch live game IM Mas Hafizulhelmi dengan GM Kunte Abhijit di papan ke 3. Berikut adalah moves mereka setakat ini jam 8.03 pagi waktu tempatan. Game mereka baru bermula kira-kira 30 minit yang lalu. Mas bermain buah hitam sementara GM Abhijit bermain buah putih.

============ 8.01 am ==================

Keputusan terkini, IM Mas telah seri dengan GM Kunte Abhijit. Satu keputusan yang agak bagus. Dua lagi game untuk top 4 board juga seri iaitu papan utama dan papan ke 4. Di papan ke 2, IM Xie George telah membuat upset dengan menewaskan seeded ke 4, GM Das.


Berikut adalah game GM Abhijit vs IM Mas:

1.d4 Nf6 2.Nf3 e6 3.c4 d5 4.Nc3 Be7 5.Bf4 0-0 6.e3 Nbd7 7.cxd5 Nxd5 8.Nxd5 exd5 9.a3 c5 10.dxc5 Nxc5 11.Be5 Bg4 12.Be2 Bxf3 13.Bxf3 Bf6 14.Bxf6 Qxf6 15.0-0 Rad8 16.Qd4 Qxd4 17.exd4 Ne4 18.Rfd1 f5 1/2-1/2


============ 11.45 am ==============

Wednesday, April 15, 2009

SIO Update - Pusingan ke 3


IM Mas meneruskan misi kemenangan beliau di pusingan kedua dengan menewaskan lawannya Gary McNamara dari Australia. Pagi esok pada jam 9.30 pagi waktu Sydney bersamaan 7.30 pagi waktu tempatan IM Mas akan bertemu dengan GM Kunte Abhijit. Di Doeberl Cup beberapa hari yang lepas beliau tewas kepada GM dari India tersebut di pusingan ke 5. (Nota GiLoCatur : Harap maaf!, sebenarnya IM Mas bukan kalah tetapi seri dengan GM Abhijit. Terimakasih kepada "geng" yang telah membetulkan fakta!) Diharap kali ini IM Mas berjaya menjinakkan GM India yang memiliki FIDE rating 2513. Di papan utama GM Dimitri yang juga IM Mas telah jumpa di Di Doeberl Cup, akan bertemu dengan IM Swayangsu Satyapragya. Dan di papan ke 4 pula, dua orang lagi GM dari India yang menjadi seterunya di Canberra akan bersaing sesama sendiri iaitu GM Chakkravarthy dan GM Eesha. 

Round 3 on 2009/04/16 at 0930

Bo.No.NamePts.ResultPts.NameNo.
112IMSatyapragyan Swayangsu22GMReinderman Dimitri2
217IMXie George Wendi22GMNeelotpal Das4
35GMKunte Abhijit22IMMas Hafizulhelmi14
421WGMKaravade Eesha22GMDeepan Chakkravarthy J6

Apa yang menarik pada pusingan ke 2 ialah WGM dari India Nisha Mohota (FIDE 2304) berjaya seri dengan pemain top seed, GM Zhao Zong Yuan (FIDE 2583). Di papan ke 3 pula, pemain catur tuan rumah Sam Chow (FIDE 2229) yang bermain buah putih juga berjaya seri dengan GM dari Britain (FIDE 2550). Semoga IM Mas juga boleh melakukan feat sebegini esok pagi ketika menentang GM Abhijit.

Sementara dua orang lagi pemain Malaysia yang lain masih belum lagi mendapat kemenangan. Abang Draup akan menetang pemain catur tuan rumah Jason Chan sementara Zamanhari akan bertemu dengan WFM dari New Zealand, Helen Milligan.

BEST OF LUCK! untuk ketiga-tiga pemain catur Malaysia.

Kepada mereka yang rajin dan ada masa untuk mengikuti game IM Mas secara live, bolehlah ke laman http://www.chessaustralia.com.au/live/tfd.htm pada jam 7.30 pagi esok.


SIO Update - Pusingan Ke 2

IM Mas telah berjaya menewaskan lawannya di pusingan pertama. Semua pemain-pemain seeded top 15 tiada masalah menwaskan lawan masing-masing kecuali pemain seeded ke 9, IM Stephen Solomon, dan seeded ke 15, GM Shojaat Ghane dari Iran, yang sekadar seri.

Dalam pusingan ke 2, Mas sedang menentang pemain seeded ke 45 dari Australia, Gary McNamara yang mempunyai FIDE rating 2114. Pusingan ke 2 telah bermula pada jam 1.30 petang tadi iaitu bersamaan 3.30 petang di Sydney. Dua lagi pemain Malaysia yang lain kurang berjaya untuk menewaskan lawan masing-masing pagi tadi. Diharap mereka berdua akan menang di pusingan ke 2. Abang Draup bertemu dengan Tony Davis sementara Zamanhari bertemu dengan Fedja Zulfic, pemain dari Australia.

SEMOGA BERJAYA!

IM Mas @ 2009 Sydney International Open (SIO)


Setelah menyertai Doeberl Cup di Canberra,  IM Mas sertai pula Sydney International Open yang telah pun bermula pagi ini. Sydney lebih awal 2 jam dari Kuala Lumpur dan pusingan pertama telah bermula jam 9.30 pagi tadi bersamaan 7.30 pagi waktu di Malaysia. IM Mas telah disenaraikan di tempat ke 14 dalam senarai 100 orang peserta. Selain Mas ada dua orang lagi pemain catur Malaysia yang menyertai pertandingan tersebut iaitu Abang Draup Haji Abang Azman dan Zamanhari Abang Draup. Good luck to all of them! 

Starting rank list

No.NameFEDRtg
1GMZhao Zong-YuanAUS2583
2GMReinderman DimitriNED2560
3GMJones Gawain C BENG2550
4GMNeelotpal DasIND2514
5GMKunte AbhijitIND2513
6GMDeepan Chakkravarthy JIND2482
7IMRoy Chowdhury SaptarshiIND2469
8IMSengupta DeepIND2466
9IMSolomon Stephen JAUS2455
10IMSriram JhaIND2453
11GMJohansen Darryl KAUS2452
12IMSatyapragyan SwayangsuIND2428
13IMRathnakaran KIND2427
14IMMas HafizulhelmiMAS2425
15GMGhane ShojaatIRI2415

Di papan 14, IM Mas bertemu dengan pemain catur Australia Tony Davis yang memiliki FIDE rating 1983. Mengikut rating, Insya Allah IM Mas yang bermain buah hitam tiada masalah untuk memenangi pusingan pertama ini. Abang Draup bertemu dengan Andrew Bird dari Australia sementara Zamanhari bertemu dengan FM Lee Jones juga dari Australia. Kedua-dua mereka bermain buah hitam.