Showing posts with label Doeberl Cup. Show all posts
Showing posts with label Doeberl Cup. Show all posts

Monday, April 13, 2009

Doeberl Cup - The Final Result


IM Mas telah seri dengan pemain catur wanita India, WGM Ghate Swathi. Ini bermakna beliau berjaya menang 4 game, kalah 2 dan seri 3 (+4-2=3) dan mendapat 5 1/2 mata. Berikut adalah keputusan IM Mas di kejohanan Doeberl Cup 2009, Canberra Australia. Ini merupakan satu keputusan yang agak baik juga. Sayang sekali IM Mas tidak menang di dua pusingan terakhir. Jika tidak kemungkinan besar dia akan dapat GM norm di kejohanan ini. 


NameMas Hafizulhelmi
TitleIM
Starting rank13
Rating2425
Rating national0
Rating international2425
Ratingperformance2447
FIDE rtg +/-3,8
Points5,5
Rank13
FederationMAS
Ident-Number0

 

Rd.SNoNameRtgFEDPts.Res.
149Cheng Bobby2103AUS4,0w 1
232Stojic Dusan2229AUS4,5s 1
321WGMKaravade Eesha2359IND5,5w 1
48IMSengupta Deep2466IND7,0s 0
54GMKunte Abhijit2513IND6,5w ½
61GMReinderman Dimitri2560NED6,0s ½
728Ikeda Junta2261AUS5,0w 1
86GMDeepan Chakkravarthy J2482IND7,0s 0
924WGMSwathi Ghate2330IND5,5w ½


Setelah "googling" tentang bagaimana untuk mendapat GM norm, berikut adalah penerangannya. Semoga pencatur-pencatur dan peminat-peminat catur di negara ini dapat mengetahui bagaimana caranya untuk mendapat title GM. 


In order to achieve a GM norm in a 9 round tournament, you have to do the following:

1)  Play at least three GMs and five titleholders, no more than two players may be without a FIDE-ELO rating (including yourself)

2)  Play against players from at least three federations, and no more than six from the same federation (including yourself)

3)  Score at least 7/9 against an ELO-average of at least 2381, 6.5/9 against at least 2435 or 6/9 against at least 2476. Eventually, opponents without FIDE-ELO are counted as 2250 (previously 2000).

Players can also obtain norms of more than 9 rounds, provided that they achieve a 2601 performance rating.

The normal way of getting the GM title is by getting three of these norms, in at least 27 games, (three 9 round tournaments usually). You will also need a FIDE rating of at least 2500 on some point after the first GM norm was achieved. A GM norm (or any other norm) will be awarded if the 2500 (2400) border was passed during a tournament. This is to avoid withdrawals during the tournament, if a norm already was achieved. You can also become GM directly by winning the World Junior Championships, or by getting a GM norm based on 13 games in the Olympiad.




Doeberl Cup - Last Day

WGM Ghate Swathi (FIDE 2330)
Gemarkan buka mainan (opening) Sicilian dan Ruy Lopez.


Agak sayang kerana IM Mas tidak berjaya menewaskan lawannya di pusingan ke 8 semalam. Walaupun begitu ini baru kekalahan kedua bagi beliau. Di ketika ini di mana waktu di Kuala Lumpur sekitar 9:35 pagi dan 11:33 pagi di Canberra, Australia di mana kejohanan Doeberl Cup sedang berlansung, beliau sedang bertarung dengan WGM Gathe Swathe, seorang lagi pemain catur india di papan ke 8. Mari kita semua rakyat Malaysia mendoakan semoga beliau menang game ini dan mendapat GM norm yang amat-amat dicari oleh beliau untuk berjaya menjadi GM atau GrandMaster pertama Malaysia.

IM Mas telah bertemu dengan 5 pemain dari India, 3 dari tuan rumah Australia dan seorang dari Belanda di Kejohanan Doeberl Cup ini. 

SELAMAT BERJUANG DAN BERJAYA IM MAS!!

Rank after Round 8

Rk.NameFEDRtgPts. TB1  TB2  TB3 
1IMSengupta DeepIND24667,030,541,034,75
2GMJones Gawain C BENG25506,529,039,030,50
3IMXie George WendiAUS24026,032,041,529,00
4IMSriram JhaIND24536,028,537,527,25
5GMDeepan Chakkravarthy JIND24826,027,036,025,75
6IMRathnakaran KIND24275,530,039,525,25
7IMAkshayraj KoreIND24045,529,539,023,75
8GMJohansen Darryl KAUS24525,529,038,523,25
9IMSmerdon DavidAUS24895,528,538,523,25
10GMKunte AbhijitIND25135,528,538,025,50
11GMReinderman DimitriNED25605,527,536,520,50
12GMNeelotpal DasIND25145,526,034,523,25
13IMMas HafizulhelmiMAS24255,031,042,023,50
14FMRej TomekAUS23085,031,040,023,25
15WGMKaravade EeshaIND23595,028,538,021,75

Sunday, April 12, 2009

Doeberl Cup - Pusingan ke 8

GM Chakkravarthy Deepan (FIDE 2482)
Gemar guna buka mainan (opening) Sicilian 


Tahniah kepada IM Mas yang telah berjaya menewaskan Junta Ikeda di pusingan ke 7. Di pusingan berikutnya, MAS yang setakat ini telah memperolehi 5 mata akan bertemu dengan GM J Chakkravarthy Deepan dari India di papan ke 5. Beliau memiliki FIDE rating 2482 dan seeded di tempat ke 9.  GiLoCatur percaya Mas bisa menewaskan GM ini memandangkan keputusannya terhadap lawan yang memiliki rating 2400 tidak begitu menggalakkan. Apa yang penting MAS bermain dengan cemerlang, tenang. fokus dan yakin boleh untuk menewaskan sesiapa sahaja di kejohanan Doeberl Cup ini. 

TERUSKAN BERJAYA IM MAS HAFIZULHELMI! 

Doeberl Cup Update - Pusingan ke 7

Junta Ikeda (FIDE 2261)


IM Mas telah seri dengan GM Dimitri Reinderman. Satu keputusan yang baik juga. Ini bermakna Mas telah berjaya mendapat 4 mata. Mengikut pairing ke 7, beliau akan bertemu dengan Junta Ikeda, seorang pemain catur remaja Australia di papan ke 9. Ini merupakan satu peluang bagi Mas untuk menang kerana lawannya mempunya rating yang lebih rendah dari beliau. Di papan utama, Deep Sengupta akan bermain buah putih menentang Wendi Xie George. Mereka berdua sedang mendahului dengan 5 1/2 mata.

GOOD LUCK to MAS!

Saturday, April 11, 2009

Doeberl Cup Update

GM Dimitri (FIDE 2560) yang sangat "colorful".
Gemar bermain Sicilian tidak kira buah "putih" atau "hitam"


IM Mas telah seri dengan GM Kunte Abhijit dari India. Satu keputusan yang agak baik. Dalam pusingan berikutnya, Mas akan bertemu "top seed" GM Dimitri Reinderman dari Belanda. Deep Sengupta yang telah menewaskan Mas di pusingan ke 4,  meneruskan kemaraan beliau dengan memenangi kesemua pusingan setakat ini. WGM Eesha Karavade yang berjaya ditewaskan Mas juga meneruskan kemaraan dengan memenangi pusingan ke 5 dan akan bermain di papan ke 4 dengan 4 mata.

Semoga semua rakyat Malaysia sama-sama mendoakan kejayaan IM Mas. Best of luck MAS!

Keputusan Terkini Mas Hafizul Di O2C DOEBERL Cup

Bobby Cheng

WGM Eesha Karavade 
sertai Kejohanan DATMO tahun lepas. Gemar bermain King's Indian (putih) dan Sicilian (hitam)

IM Sengupta Deep
gemar bermain Sicilian opening (putih) dan French Defense (hitam)

Pemain catur negara, IM Mas Hafizulhelmi, telah tewas di pusingan ke 4 kepada pemain India, IM Sengupta Deep (FIDE 2466). Untuk pusingan ke 5, beliau akan bertemu dengan seorang lagi pemain catur dari India iaitu GM Kunte Abhijit (FIDE 2513) di papan ke 4. Walaupun beliau bertemu dengan pemain yang memiliki rating yang lebih tinggi kita doakan semoga beliau berjaya menang. 

GM Kunte Abhijit

Nampaknya pemain-pemain India telah menguasai permainan setakat ini di mana di papan utama dua orang pemain mereka bertemu sesama sendiri. Ada 6 orang pemain India dalam senarai Top 10 starting di kejohanan ini. Setakat ini Mas yang mendapat seeded tempat ke 13, telah menang 3 game menewaskan Bobby Cheng, Dujan Stojic dan WGM Eesha Karavade dan tewas 1. Moh kita doakan semoga Mas berjaya mendapat norm GMnya dalam kejohanan ini.