Showing posts with label Ng6. Show all posts
Showing posts with label Ng6. Show all posts

Saturday, January 23, 2010

Subang Utarid Sparring Session & Mini-Tournament


About an hour ago, GiLoCatur and Fikri just arrived home from a chess sparring session and mini-tournament at Subang Utarid. This week the normal venue at MacDonalds has changed. The reason? Several 17ChessClub regulars - Syed, Yen Fisher, Sahir and Akmal, did not join for their own reason. Eight players participated in the mini-tournament. The format this time was not blitz, it's G/20 or 20 minute time-control. The number of rounds was 3. The mini tournament started at around 10.00pm. Between rounds there were sparring games - blitz 5 or 10 or rapid 20 minute.

The results after Round 3 as per above.


Jeff and Fauzi, wearing white shirts , sit side by side. They were focusing on their games. Focus is very essential in playing chess. In other words, chess helps and teaches us which include the school children to focus. This is one of the benefits of playing chess. The pictures are the proof of that.

[ Satu faedah bermain catur bagi pelajar sekolah. ]

Bermain catur melatih anak-anak kita untuk fokus. Seorang pelajar yang memiliki fokus yang baik yang digunakan ketika di kelas dengan fokus mendengar apa yang diajar guru, ketika mengulangkaji pelajaran dan ketika membuat kerja rumah, Insya Allah, akan lebih berjaya dalam pelajaran dan peperiksaan.

Max vs Jeff

Sulaiman aka Simon (yellow shirt) and Jeff. Tonight was their first encounter in a tournament environment. Previously, their encounters were not in a tournament like where there is no time pressure and pairings based on playing performance.

Basically, playing chess in tournament is different with playing chess just for fun and without time control. You need to handle the pressure. By having regular (say weekly) chess session in a tournament-like environment will surely improve your games. Hopefully, it will improve the chess quality among Malaysian players.

[ Bagi masyarakat kita di Malaysia, sebenarnya ramai yang berminat main catur. Mereka bermain di kedai-kedai kopi, di kalangan jiran-jiran, di bawah flat perumahan dan di simpang-simpang jalan. Bila diajak bermain dalam pertandingan catur mereka tidak berminat. Pelbagai alasan akan diberi. Tak mengapalah, kita harus menghormati pendirian mereka. Tetapi alangkah baik jika mereka dapat menyertai pertandingan-pertandingan catur. Apa kebaikannya? 1) Melatih supaya lebih kompetitif 2) Melatih mengawal tekanan (pressure handling and management) 3)Memecah tembok negatif seperti inferiority complex seperti "aku tak pandai mana", "guarenti kena belasah dengan pemain-pemain yang lebih pandai dan hebat dan "mana boleh menang" 4)Meningkatkan keyakinan dan kebolehan dan banyak lagi. GiLoCatur amat berharap kita semua pemain2 dan peminat2 catur agar dapat sama2 meyakinkan golongan ini agar sama2 membudayakan pertandingan catur. Ingatlah, masyarakat yang membudayakan aktiviti "berfikir" di samping rajin menambah ilmu dengan membaca dan berdiskusi, masyarakat itu akan berjaya dan maju. Lihatlah masyarakat Rusia yang telah berjaya sampai ke bulan dan memiliki teknologi dan peralatan canggih. Jadi, ayuh wahai masyarakatku yang terdiri dari pelbagai bangsa - Melayu, Cina, India dan lain2, mari kita menjadi satu masyarakat maju dan berdaya saing tinggi. ]



Azam was ready for his next move. He came a bit late. Had to settle his fatherly duty first. What a spirit to play chess.

{ Gian nak main catur, bro! Minggu lepas miss. Tak dapat join. Terima kasih kerana sudi untuk memeriahkan lagi sparring session, Zam! Nampak gaya mungkin banyak kezutan kelak dalam chess tourneys. Stonemaster Amateur is one of them! Tungguuuuuuuuuuuuuuu .... }


To all wives, do not worry! Your husbands are not involved in bad and immoral activities like gambling, taking drugs and clubbing. They are just playing chess. Sharpening their analytical and thinking skills. In fact, it is a positive and good activity. They learn and practice to be rational rather than emotional. GiLoCatur believes they have performed their husband and dad responsibilities.

Ng6 (wow! in red? and office attire?) had his final 3rd round against Fauzi. While Maxtal had his final round against Fikri. Their match is to decide the champion.

Syazrin was also coming but missed the mini tournament. Immediately, he had sparring sessions (blitz or speed games) with Ng6.


[ 1st entry at 2.27am, revised entry at 12.35pm - GiLoCatur ]

Tuesday, August 4, 2009

GiLoCatur Nak Cakap Pasal MAMAK Ini Hari


Kali ini GiLoCatur nak cakap pasal "MAMAK". Sebab apa? Sebab malam ni baru perasan ada dua laman blog catur tempatan yang menggunakan perkataan tersebut dalam URL. Yang pertama ialah Mamak Chess yang beralamat di http://mamakchess.blogspot.com/ dan yang kedua adalah GM Blog di URL http://gengmamak.blogspot.com/. Sebenornya GiLoCatur tidak tahu bebenor bagaimana mula timbul cerita tentang perkataan "mamak" ni di kalangan pemain-pemain dan peminat-peminat catur tempatan. Adakah disebabkan geng-geng mamak ni selalu praktis dan bermain catur di kedai-kedai mamak? Atau mereka ini ada rupa ala-ala mamak? Mungkin kawan GiLoCatur, Ng6, tahu sejarah atau cerita tentang mamak ni ....

Percaya atau tidak GiLoCatur dipanggil "mamak". Bukanlah sebab GiLoCatur ni berketurunan India muslim. Asal usul nenek moyang GiLoCatur adalah etnik Kampar dari Sumatera. Lebih tepat lagi Pulau Belimbing (Belimbiong), Pekan Kuok, Bangkinang. Macam mana pulak GiLoCatur ni dipanggil mamak? Siapa pulak yang panggil GiLoCatur mamak? Sebenornya begini ... dalam etnik Kampar yang ramai di Parit, Air Kuning, Bagan Datoh, Peket 60 Sungai Besar dan Temerloh (termasuk Allahyarham Sudirman Haji Arshad, orang Kampar Salo), mamak merupakan seorang yang sangat penting dan berpengaruh kepada anak-anak saudaranya (anak kemanakan dalam bahasa Kamparnya).

Mamak ini sebenarnya adalah pakcik sebelah ibu. Kalau yang sulung selalunya dipanggil Mak Odang. Kalau yang tengah dipanggil Mak Ongah. Ada juga yang dipanggil Mak Udo dan Mak Anjang. Dan yang bongsu akan dipanggil Mak Oncu. Ayah GiLocatur dipanggil Mak Ongah oleh semua anak-anak adik-adik perempuannya, iaitu sepupu-sepupu GiLoCatur. Bonda GiLoCatur panggil adik lelaki ibunya yang masih hidup dan sekarang menetap di Pekan Pasir Panjang, Mak Udo.

GiLocatur tidak mempunyai ramai mamak kerana bonda GiLoCatur yang bernama Hajjah Rahmah hanya mempunyai seorang adik lelaki, Haji Ismail. Nenek, atau Uwo dalam bahasa kamparnya, GiLocatur ada lima orang adik beradik, 3 perempuan dan 2 lelaki. Kakak beliau hanya ada seorang anak lelaki iaitu sepupu bonda GiLoCatur. GiLoCatur panggil beliau yang telah arwah Mak Odang Suman. GiLoCatur pula akan memanggil Haji Ismail dengan panggilan Mak Oncu. Beliau telah meninggal beberapa tahun yang lalu dan merupakan ayah kepada pemilik kedai Arked Man di Sungai Besar. Sementara adik perempuan nenek tidak mempunyai seorang anak pun. Manakala GiLoCatur pula dipanggil mamak oleh anak-anak kakak dan adik perempuan.

Apa pula panggilan bagi anak-anak saudara adik beradik lelaki? GiLoCatur ada ramai anak-anak buah daripada tiga orang abang. Mereka panggil GiLoCatur "APAK" Saleh. Ya, apak .. bukan hapak yer hehehe ...

Begitulah alkisahnya serba sedikit tentang perkataan "MAMAK" dalam kehidupan GiLoCatur. Diharap anak-anak GiLoCatur (Fikri, Anis dan Fahim) akan meneruskan panggilan dan gelaran tersebut sebagai satu warisan budaya bagi mereka dan anak-anak mereka. Sementelah pula GiLoCatur dan isteri sememangnya dari etnik KAMPAR yang sama.

Berikut di bawah adalah serba sedikit info dan maklumat tentang orang-orang KAMPAR.


Suku Kampar: Asal Usul Kita

Orang-orang suku Kampar (Kampau) berasal dari lima (5) kota utama yang merupakan penempatan utama di tepi Sungai Kampar di Kabupaten (daerah) Kampar di Riau, Sumatera iaitu:

i. Kuok (pekan sehari: Selasa)
ii. Salo (pekan sehari: Isnin)
iii. Bangkinang (pekan sehari: Ahad dan Rabu)
iv. Air Tiris (pekan sehari: Sabtu)
v. Rumbio (pekan sehari: Khamis)

Setiap kota terdiri daripada empat (4) suku utama iaitu:

i. Domo Bagindo Bosau
ii. Tok Said
iii. Piliang
iv. Melayu

Setiap suku mempunyai seorang ketua. Oleh yang demikian setiap kota akan memiliki 4 orang ketua suku yang akan menghadiri pertemuan ketua-ketua suku di kota Bangkinang. Ketua suku yang mempunyai bilangan anak buah yang teramai akan dipilih sebagai ketua suku sesebuah kota. Setiap perhimpunan ketua-ketua suku di Bangkinang akan dihadiri oleh 20 orang ketua suku (4 X 5). Seorang ketua suku sesebuah kota yang mewakili anak buah yang paling ramai akan menjadi ketua suku orang Kampar.

Orang Kampar datang ke Semenanjung Tanah Melayu melalui jalan laut Selat Melaka. Setelah itu mereka menggunakan jalan sungai dan darat. Seterusnya mereka membuat penempatan baru di kawasan sekitar sepanjang Sungai Pahang. Penempatan baru orang-orang Kampar bermula dari Pekan – Chenor – Temerloh – Jerantut. Selain itu mereka juga tersebar ke Kuantan – Mentakab – Kerdau - Kuala Krau dan Kuala Lipis.

Orang-orang Kampar yang mendarat di pantai barat Semenanjung membuat penempatan baru di Selangor (terutamanya di Batang Kali dan Kajang), di Perak (terutamanya di Batu Gajah, Kampar dan Parit Buntar).

Pekerjaan utama orang-orang Kampar ialah berdagang. Mereka menguasai bidang-bidang peniagaan kecil seperti perniagaan kain di pekan-pekan sehari terutamanya di daerah Pahang Selatan. Di bandar Temerloh, para peniaga orang Kampar mendiami rumah kedai di Jalan Abu Bakar (bangunan pink) dan deretan kedai yang di kenali sebagai Kedai Lintang (kerana kedudukannya melintang di hujung dua blok rumah kedai Jalan Abu Bakar. Sudirman Hj Arshad seorang penghibur Nombor 1 Malaysia pada satu masa dulu ialah seorang anak Kampar kelahiran Temerloh yang paling terkenal di Pahang. U-Wei Hj Saari, seorang pengarah filem terkenal Malaysia ialah anak Kampar kelahiran Mentakab.

Kini anak-anak keturunan Kampar sudah tersebar di merata ceruk-rantau Malaysia dan hidup membaur dengan keturunan suku-suku yang lain. Sebahagian daripada masih mewarisi bahasa dan budaya Kampar manakala sebahagian lagi sudah terputus hubungan dengan asal usul mereka.


Thursday, July 23, 2009

GiLoCatur di ASAT 2009


Pada hujung minggu ini, GiLoCatur akan berkampung di Hotel Maluri, Kuala Lumpur. Ini adalah kerana Fikri, anak sulung GiLocatur, akan mewakili negeri Selangor dalam acara catur Sekolah Menengah Lelaki pada Karnival Anugerah Seri Asrama terbilang (ASAT) 2009 yang dijadualkan dari 24hb (Jumaat) hingga 28hb (Selasa). Pertandingan akan diadakan pada hari sabtu dan Ahad. Format untuk acara catur ialah 5 pusingan dengan kawalan masa selama 90 minit seorang. Kepada yang berminat untuk mengikuti berita-berita dan info tentang Karnival ASAT tersebut, GiLoCatur telah memulakan satu projek "coverage" di laman blog http://asat2009.blogspot.com/. Sudi-sudikan melawat laman blog ini.

Maka dengan itu, anak-anak GiLoCatur tidak dapat menyertai KL Young Talent di OUG Shopping complex pada hujung minggu ini. Sementara Anis dan adiknya Fahim pula akan terlibat dengan Pertandingan Catur Tertutup SKBJ pada hari Sabtu. Apatah pula mem GiLoCatur ada aktiviti di sekolah pada hari Sabtu tersebut.

GiLoCatur amat berharap juga jika anak-anak dapat menyertai KL Young Talent tersebut kerana tawaran-tawaran yang amat menarik terutamanya "12 weekend training session throughout the year". Tapi tak mengapa, mungkin anak-anak GiLoCatur boleh sertai di pertandingan-pertandingan akan datang. Bagi GiLoCatur, tawaran seumpama ini sangat penting dan menarik jika inginkan anak-anak lebih maju dan serius dalam catur. Apatah lagi jika ada cita-cita untuk mendapatkan gelaran tertinggi iaitu GM atau Grandmaster.

Sebagai contoh, GM Nguyen Ngoc Truong Son, "chess prodigy" Vietnam telah dihantar belajar dan training selama beberapa tahun di sebuah sekolah catur di Hungary. Sebuah syarikat tempatan Vietnam telah memberi dana dan menaja perbelanjaan GM Son yang merupakan di antara yang termuda mendapat gelaran tersebut. Klik di sini untuk cerita lanjut.

Justeru itu, GiLoCatur berpendapat jika Malaysia ingin melahirkan GM dan WGM, kita juga perlu menghantar "chess prodigy" berlatih di luar negara. Apakah tidak mungkin syarikat-syarikat tempatan seperti TNB, Telekom, dan sebagainya boleh dan mampu menaja mereka. Kita tidak kekurangan "chess prodigy". Sebagai contoh - Yeoh Li Tian yang pernah mendapat tempat keempat Bawah 8 Tahun di Turki, Amier Hamzah dan Subramaniam Sivanesan bagi lelaki dan WFM Najiha, WCM Nabila, NM Tan Li Ting, dan Nithyalaksmi bagi perempuan. (sekadar memberi contoh beberapa nama)

Jika Malaysia mampu untuk menghantar atlit-atlit dari beberapa acara sukan yang lain, sudah pasti Malaysia juga pasti BOLEH menghantar pemain-pemain catur berbakat dan berpotensi untuk berlatih di luar negara seperti di Rusia dan Hungary yang terkenal dengan sekolah caturnya. Justeru itu, kepada semua yang terlibat dalam industri catur harus bersatu dan menggembeling tenaga ke arah usaha tersebut.

Meminjam kata sahabat GiLoCatur Ng6, "MARI KITA CARI GM!"