Showing posts with label UPSR. Show all posts
Showing posts with label UPSR. Show all posts

Thursday, November 13, 2008

Happy Birthday!! FIKRI

Hari ini merupakan Hari Lahir bagi anak sulungku yang kami panggil "abang". Ianya sungguh bermakna kerana pada hari ini juga keputusan UPSR akan keluar. Mungkin sudah keluar sekarang. Selain itu, keputusan PSRA juga dijangka keluar pada hari ini. Pasti hari ini bakal sibuk.

Debaran hatiku juga semakin terasa. Keputusan UPSR penting untuk menentukan ke mana Fikri akan bersekolah menengah nanti. Semoga kejayaan cemerlang yang diperolehinya. Amin ya rabbal a'lamin.

Wednesday, November 12, 2008

Keputusan UPSR 13 November 2008


PUTRAJAYA 7 Nov. - Seramai 518,616 murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September lalu dijangka mendapat keputusan peperiksaan itu pada 13 November ini.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan USPR itu diumumkan sehari sebelum cuti penggal persekolahan bermula.

Hishammuddin bagaimanapun tidak mengulas sama ada keputusan peperiksaan itu akan menjadi penanda aras kepada kelangsungan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

''Saya perlu bawa perkara ini ke Kabinet terlebih dahulu sebelum ia dimuktamadkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini.





Esok keputusan UPSR 2008 akan diketahui. Anakku, Fikri, merupakan salah seorang calonnya. Ramailah yang berdebar-debar, terutamanya di kalangan ibubapa, menunggu keputusan tersebut. Secara kebetulan juga esok merupakan hari lahir Fikri yang ke 12. Satu lagi perkara penting yang perlu dilakukannya ialah membuat MyKad.  So, let's wait for tomorrow!!