Showing posts with label cuti panjang. Show all posts
Showing posts with label cuti panjang. Show all posts

Saturday, November 1, 2008

Artikel Menarik Di Utusan Sarawak bertarikh 31 Okt 2008

Petang semalam aku membeli akhbar Utusan Sarawak di 7 Eleven. Aku amat tertarik dengan satu artikel yang bertajuk - Cuti panjang, apa hendak dibuat?

Artikel berikut menyarankan :

  • Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, joging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu (sebahagian aktiviti, ibubapa pun tidak berkemahiran ... :)- )
  • Bawa keluarga melancong dalam negeri. Lawatlah tempat-tempat yang menarik di seluruh negara bersama anak-anak. kalau anda kurang mampu, bawalah anak-anak berkelah ditepi pantai atau taman rekreasi
  • Bersukan atau bermain bersama anak-anak. Ajar anak-anak permainan tradisional.  (congkak, batu seremban, konda kondi, galah panjang atau CATUR? ... :)- )
  • Menonton bersama anak-anak. Apabila menonton tv bersama, bincang dengan anak-anak rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang disiarkan.
  • Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.
  • Kalau ada perpustakaan awam yang berhampiran anda, bawalah anak-anak ke sana dan tanamkan tabiat membaca. (alhamdulillah aku ada buat aktiviti ini.)  
  • Kalau anda ada kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak.  (anak-anak minat game aje! Ibubapa pun sama hehehe)
  • Menggalakkan anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tarian, kelas vokal, kelas muzik dan kelas drama. (KELAS CATUR!!)
  • Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan. (PERTANDINGAN CATUR!!)

Ada sesiapa ingin memberi komen??