Showing posts with label mssm 2009 chess tournament. Show all posts
Showing posts with label mssm 2009 chess tournament. Show all posts

Saturday, March 21, 2009

Catur MSSM 2009 - Juara Individu

Nampaknya poll bagi kategori Bawah 18 tahun tidak tepat. Juara bagi kedua-dua kategori ini adalah nama yang tidak tersenarai dalam poll. GiLoCatur tidak perasan nama Lim Zhou Ren ada dalam kategori ini. Jika tidak sudah tentu nama beliau tersenarai dalam poll kerana beliau merupakan seorang pemain catur remaja yang berbakat dan bagus. Bagi Nur Munirah Mat Rahim dari Perak, seeded ke-26, telah berjaya membuat upset di MSSM 2009 kali ini. GiLocatur tidak berapa mengenali beliau kerana tidak pernah berjumpa dalam pertandingan2 catur.

Juara bagi kategori Bawah 15 tahun memang sudah tidak asing lagi. Mereka merupakan chess prodigy dan kerap bermain di pertandingan catur luar negara. Alia merupakan NWM (Juara Kebangsaan Wanita) 2008.

Begitu juga dengan juara bagi kategori Bawah 12 tahun. Mereka adalah pemain-pemain catur berbakat negara. Diharap mereka akan terus cemerlang dalam catur dan bakal menjadi Grand Master negara kita tercinta.


Friday, March 20, 2009

CATUR MSSM 2009 - Hari Penyampaian Hadiah

Pasukan P12 MSS Selangor yang menjuarai kedua-dua kategori Individu dan Berpasukan.

Pasukan P15 MSS Selangor.

Pasukan P12 MSS Selangor.

Pasukan L12 MSS Selangor.

Pasukan L15 MSS Selangor.

Pasukan L18 MSS Selangor.

Para Juara Catur MSSM 2009 Individu dan Berpasukan.

Juara berpasukan Kategori Bawah 12 Lelaki - KL

Juara berpasukan Kategori Bawah 12 Perempuan - Selangor

Juara berpasukan Kategori Bawah 15. Lelaki - Selangor, Perempuan - Kelantan

Juara berpasukan Kategori Bawah 18. Lelaki - KL, Perempuan - Johor

Tahniah kepada seluruh warga kontigen catur MSS Selangor yang berjaya menjadi Juara Keseluruhan Catur MSSM 2009.

GiLoCatur sekeluarga tumpang gembira di atas kejayaan Anis yang berjaya menjadi Juara P12 Berpasukan MSSM 2009 dalam penyertaan sulung di Pertandingan Catur MSSM. Semoga beliau terus berjaya dalam sukan catur sehingga peringkat paling tertinggi. Diharap juga Fikri dan Fahim akan berjaya mewakili Negeri Selangor di MSSM 2010 tahun hadapan.

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG BERJAYA! JANGAN LEKA DENGAN KEJAYAAN, TERUSKAN USAHA. KEKALKAN KEMENANGAN. KEPADA YANG TIDAK BERJAYA, JANGAN PUTUS ASA. CUBA LAGI DI TAHUN HADAPAN. KEJAYAAN PERLUKAN USAHA DAN PENGORBANAN. 

BRAVO DAN KUDOS KEPADA SEMUA YANG MENGORBANKAN MASA DAN TENAGA UNTUK CATUR MSSM 2009 - GURU-GURU, IBUBAPA, JURULATIH2 DAN PEMAIN2. SEMOGA CATUR AKAN LEBIH CEMERLANG DI MALAYSIA.