Showing posts with label perak. Show all posts
Showing posts with label perak. Show all posts

Saturday, May 16, 2009

KEJOHANAN CATUR TERBUKA BATU GAJAH


KEJOHANAN CATUR TERBUKA BATU GAJAH, PERAK 2009
 
Tempat           : Dewan Majlis Dearah Kinta Barat.
Tarikh & Masa    : (Ahad ) 31 Mei 2009 & Jam 8.30 Pagi
Tarikh Tutup     : 27 Mei 2009.
 
Kategori & Yuran: 
  • Terbuka - Bukan Ahli RM 20/Ahli & Pelajar Ikhtibar RM 15
  • Bawah 15 Tahun - Bukan Ahli RM 15/Ahli & Pelajar Ikhtibar RM 10      
  • Bawah 12 Tahun - Bukan Ahli RM 15/Ahli & Pelajar Ikhtibar RM 10
 
TENTATIF PROGRAM AHAD 31 Mei  2009                     

Aktiviti Masa Terbuka
                                                             Terbuka       Bawah 15     Bawah 12 
Pendaftaran 8.00-9.30pg        1st : RM1,000      RM200        RM150 
Pusingan 1 10.00 – 10.50  pg  2nd : RM500        RM100        RM70 
Pusingan 2 11.00 – 11.50  pg   3rd : RM250        RM80         RM50 
Pusingan 3 12.00 – 12.50 tgh  4th : RM150        RM60         RM40 
REHAT 12.50 –   2.00 ptg       5th : RM80         RM30         RM30 
Pusingan 4 2.00 –   2.50  ptg   6th : RM80         RM30         RM30 
Pusingan 5 3.00 –   3.50  ptg   7th : RM80         RM30         RM30 
Pusingan 6 4.00 –   4.50  ptg   8th : RM60         RM30         RM30 
Pusingan 7 5.00 –   5.50  ptg   9th : RM60         RM30         RM30 
Penyampaian Hadiah 6 ptg      10th: RM60  
+ SIJIL RM30
+ SIJIL RM30
+ SIJIL 
 
Hadiah-Hadiah Sampingan:-
 
1. Piala Pusingan dan Medal             
2. Best Lady - Pertama= RM50/-,   Kedua = RM40/-,   Ketiga = RM30/-
3. Best Pelajar IKHTIBAR - Pertama= RM50/-,   Kedua = RM40/-,   Ketiga = RM30/-
4. Best Vateran - Pertama= RM50/-,   Kedua = RM40/-,    Ketiga = RM30/


Sila emelkan atau sms Nama ,  No I/C  and  No telefon kepada kamaruddin33@yahoo.com atau En. Kamaruddin (017-573 1099)  / Cikgu Yunus (013-390 1829) 

Thursday, May 7, 2009

KEJOHANAN CATUR TERBUKA BATU GAJAH, PERAK 2009

JEMPUT LAH BERAMAI2 KITA BERTARUNG CATUR DI NEGERI PERAK. "AYUH KOME...!! AJAK KAWAN2 MIKE SEKALI MOH KITE BERTANDANG KE NEGERI PERAK...!!"

KEJOHANAN CATUR TERBUKA BATU GAJAH, PERAK 2009
Anjuran Bersama Pesatuan Catur Negeri Perak, Majlis Daerah Kinta Barat Dan 
Penaja Utama Pusat Tuisyen IKTIBAR

Perasmian Oleh : Pihak Majlis Dearah Kinta Barat.

Objektif : 
i) Memberi peluang kepada semua warga yang berbakat untukmendalami
permainan catur serta mengasah lagi bakat yangsedia ada.
ii) Mempertajamkan minda bagi menghadiri pertandingan yang lebih mencabar.
iii) Ke arah mencapai matlamat FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA dan WAWASAN 2020 iaitu rakyat yang sihat dari segi jasmani, rohani, akademik dan intelek.

Sasaran : Mempelawa golongan remaja dan wakil sekolah dan orang ramai dariseluruh malaysia yang ingin menjadi juara dalam Pertandingan Kejohanan Catur Terbuka yang diadakan di Batu Gajah, Perak. 

Tempat : Dewan Majlis Dearah Kinta Barat.
Tarikh & Masa : (Ahad ) 31 Mei 2009. Jam 8.30 Pagi

Tarikh Tutup : 27 Mei 2009. 
Kategori & Yuran: 
  • Terbuka = Bukan Ahli RM 20 Ahli RM 15 
  • Bawah 18 Tahun = Bukan Ahli RM 15 Ahli RM 10 
  • Bawah 12 Tahun = Bukan Ahli RM 15 Ahli RM 10

Urus Setia :
i) Pesatuan Catur Negeri Perak - (Setiausaha)
En. Kamariddin Phone No. 017-573 1099 

ii) Pusat Tuisyen IKTIBAR (Guru)
Mr. Thamotharan Phone No. 012-525 0041 

TENTATIF PROGRAM AHAD 31 Mei 2009 
Aktiviti Masa Terbuka
Terbuka Sekolah Bawah 18 TerbukaSekolah Bawah 15 
Pendaftaran / Taklimat 8.00-9.30pg 1st : RM500 RM100 RM80 
Pusingan 1 10.00 – 10.50 pg 2nd : RM400 RM90 RM70 
Pusingan 2 11.00 – 11.50 pg 3rd : RM300 RM80 RM60 
Pusingan 3 12.00 – 12.50 tgh 4th : RM200 RM70 RM50 
REHAT 12.50 – 2.00 ptg 5th : RM150 RM65 RM45 
Pusingan 4 2.00 – 2.50 ptg 6th : RM100 RM60 RM40 
Pusingan 5 3.00 – 3.50 ptg 7th : RM95 RM55 RM35 
Pusingan 6 4.00 – 4.50 ptg 8th : RM90 RM50 RM30 
Pusingan 7 5.00 – 5.50 ptg 9th : RM85 RM45 RM25 
Penyampaian Hadiah 6 ptg
+ Piala Pusingan 10th: RM80
+ SIJIL RM40
+ SIJIL RM20
+ SIJIL 

Friday, February 6, 2009

KRISIS POLITIK DI PERAK

Di pagi Jumaat yang amat barakah ini, GiLoCatur ingin menyentuh tentang krisis dan pergolakan politik di negeri Perak Darul Ridzuan.

Krisis dan kemelut politik di Perak amat mengejutkan dan menyedihkan kebanyakan warga Malaysia. Walaupun hanya seorang pemain dan peminat catur, GiLoCatur amat mengambil berat tentang peristiwa ini. Sebagai seorang warganegara Malaysia, GiLoCatur amat prihatin dengan berita dan perkembangan terkini tentang apa yang sedang berlaku di Perak. GiLoCatur akan terpaku menonton berita di TV dan membaca akhbar-akhbar selain di internet. Dan GiLoCatur juga percaya ramai di luar sana terutamanya di negara-negara Asean juga sedang mengikuti apa yang sedang berlaku.

GiLoCatur berharap pemain2 dan peminat2 catur di Malaysia, tidak kira yang dewasa mahupun yang muda, juga mengambil berat dan tahu tentang peristiwa penting yang sedang berlaku. Sekurang2nya kita perlu berdoa kepada Tuhan semoga ia berakhir dengan segera dan aman.

GiLoCatur agak bersedih dengan kemelut dan krisis politik yang sedang berlaku di negeri Perak. Walaupun GiLoCatur adalah warga dan anak Selangor, tetapi negeri Perak mempunyai nilai sentimental dan sejarah seperti berikut:

  • Di negeri Peraklah nenek moyang GiLoCatur bertapak bila berhijrah dari Sumatera iaitu di Sungai Balai, Bagan Datoh.
  • Jasad-jasad sebahagian besar nenek moyang GiLoCatur bersemadi di bumi Perak - seperti Haji Hassan Basri bin Sulaiman  (datuk sebelah ayah), Opah Ghaini Binti Djamin (nenek sebelah ayah) dan adik beliau Kasid Bin Djamin (datuk sebelah emak)  dan moyang Langgi (datuk emak GiLoCatur).
  • Kedua ibubapa GiLoCatur bernikah dan berkahwin di Perak sewaktu zaman Jepun.
  • Moyang GiLoCatur (Djamin) pernah memiliki sederet kedai di Teluk Anson (Teluk Intan). 
  • Arwah ayahanda GiLoCatur (Haji Abdul Latif bin Haji Hassan Basri) bersekekolah di Teluk Intan dan Gunung Semanggol.
  • Keluarga GiLoCatur memiliki sebuah rumah di Jalan Manggis, Teluk Intan.
  • Ramai ahli keluarga GiLoCatur merupakan warga dan anak negeri Perak.
  • Keluarga ayah mertua GiLoCatur juga berasal dari Perak, iaitu Selekoh, Bagan Datoh.

GiLoCatur amat berharap dan berdoa agar kemelut dan pergolakan politik di negeri Perak akan berakhir dengan aman dan baik. Memandangkan rakyat Malaysia sedang berdepan dengan kegawatan ekonomi, diharap masalah politik ini tidak berpanjangan.

Marilah semua rakyat Malaysia berdoa semoga krisis politik ini berakhir dengan aman dan sejahtera.

YA ALLAH! KAU SELAMATKAN DAN PELIHARALAH BUMI MALAYSIA AMNYA DAN NEGERI PERAK KHUSUSNYA DARI SEBARANG MALA PETAKA DAN KEMUSNAHAN. AMIN YA RABBAL A'LAMIN.
 

Saturday, October 25, 2008

To Tanjung Malim for 2nd UPSI Chess Open Tournament

Just crossed the river arriving in Perak.

This morning at around 8:45 am my children and I are driving to Tanjung Malim, 75 kilometer away from home. The reason of our journey is to participate in the 2nd UPSI Chess Open. Actually Tanjung Malim is located in the border of Selangor and Perak. Therefore, the town is divided into two separated by a river. UPSI is a university, being promoted from a college few years back. Actually, it is an old instituition where many teachers have been produced since few decades ago. 
The turnament is a 7-round 45-minute time control. Today, there will be 3 rounds, while the other four will be tomorrow. In the first round, I play white on table #32. I won when my opponent did not show up. Both my kids also won their respective games.  There are 80 participants in Open category and 39 others in school category.


Monday, October 6, 2008

Beraya ke Ipoh

'Clock Tower' Kampar


Petang semalam selepas solat Asar aku dan dua orang birasku memandu kereta masing-masing membawa keluarga masing-masing dan kedua-dua ibubapa mertua kami ke Ipoh iaitu ke rumah makcik isteriku iaitu adik perempuan bapa mertuaku. Dari Simpang 5, kami memandu melalui Sungai Besar, Sabak Bernam, Teluk Intan, Langkap, Mambang Di Awan, Kampar, dan Gopeng. 

Ketika melalui bandar Kampar, anak perempuanku telah mengambil gambar 'clock tower'. Kalau anda perasan nama bandar ini sama dengan nama etnikku. Menurut arwah bapaku, nama bandar ini adalah bersempena dengan nama etnikku yang di antara terawal menghuninya. Ramai orang-orang Kampar yang telah berniaga dan membuka kedai di sini. Cerita arwah ayahku, Haji Abdul Latif yang lahir sebelum 1920 dan banyak mengetahui sejarah-sejarah negara ini, memang boleh diterima pakai. Di antara faktor-faktornya, beliau merupakan seorang yang sangat kuat ingatan, suka membaca dan banyak bergaul dengan orang-orang lama. Di samping itu, beliau juga telah banyak merantau dan berjalan ke pelusok negara.

Beliau bersekolah rendah di Teluk Intan di awal tahun 1930an. Menurutnya, beliau pertama kali datang ke Malaysia dari Kuok, Bangkinang di Sumatera pada hari kelahiran ibuku yang juga merupakan sepupunya. Tetapi malangnya aku tiada maklumat tentang nama sekolah tersebut. Kemudian beliau menuntut di Gunung Semanggul, Ehya Al Sharif, dan Ustaz Abu Bakar Bakir merupakan salah seorang tok gurunya. Dari kajian dan telahanku berdasarkan maklumat-maklumat yang ku ketahui, beliau dan beberapa rakan Kampar yang lain seperti Engku Rahim merupakan di antara murid-murid terawal di situ.