




Ini adalah blog aku seorang anak Kampar, salah satu etnik MELAYU yang berasal dari Pulau Belimbiong, Pekan Kuok, Bangkinang, Sumatera, yang minat pada catur. (This is a blog of a Kamparian son whose ancestors are from Kuok, Bangkinang, Sumatera. I love to play chess.)
JAIS nafi edardoa pelindung H1N1
SHAH ALAM 13 Ogos – Umat Islam di negeri ini dinasihat supaya tidak terpedaya dan terkeliru dengan risalah doa pelindung diri daripada dijangkiti selesema babi atau influenza A (H1N1) yang kini tersebar luas.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, risalah yang didakwa disediakan oleh Bahagian Pendakwah Bebas JAIS itu sebenarnya tiada kaitan dengan jabatan itu dan dikhuatiri boleh mengelirukan umat Islam.
Menurutnya, setelah merujuk kepada Jabatan Mufti Selangor, doa tersebut bukanlah doa khusus bagi melindungi H1N1 yang dimaksudkan tetapi merupakan doa yang diamalkan oleh ahli kumpulan Al-Arqam yang sudah diharamkan.
‘‘JAIS tidak bertanggungjawab dan tidak pernah mengarahkan doa ini disebarkan kepada umum dan nama yang tertera dalam edaran itu juga bukan kakitangan pihak berkuasa agama negeri ini,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan ekoran penyebaran risalah doa pelindung H1N1 yang diedarkan kepada orang ramai di tempat-tempat awam dan risalah tersebut kononnya disediakan oleh seorang ustaz daripada Bahagian Dakwah Bebas JAIS.
Antara isi kandungan risalah berkenaan ialah menyeru orang ramai membaca satu doa yang sangat masyhur pada zaman dahulu.
Doa tersebut dikatakan ditulis oleh Asy-Shekh Ibnu Ahmad Al-Tamimi Al-Malizi yang merupakan seorang murshid.
sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0814&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_21.htm
Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia
PETALING JAYA: Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 42 (GiLoCatur: 40 sebenarnya), disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.
Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.
Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.
Dia menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.
Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.
Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapab tahun berturut-turut.
Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.
Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.
Berita Urgent/Panas untuk peminat catur di Kedah khasnya dan di Utara amnya:
Kerana kesuntukan masa tetapi untuk merebut peluang sebelum aktiviti catur rehat sempena kedatangan bulan ramadhan, sukacita dimaklumkan bahawa Jaffolea Enterprise sekali lagi akan menganjurkan pertandingan catur Kedah Open Siri 2 seperti ketetapan berikut:
Tarikh: Sabtu ini, 8.8.2009
Tempat: Guar Chempedak, Kedah
Hadiah Utama/Johan Open : Tidak kurang RM300
Detail akan diup-load esok petang selepas diconfirm tempat dan senarai hadiah.
Pohon war-warkan kepada semua peminat dan kerjasama rakan blogger amatlah diharapkan bagi menjayakan aktiviti ini.
Terima kasih.
Ahmad Fuad b Othman.
Suku Kampar: Asal Usul Kita
Orang-orang suku Kampar (Kampau) berasal dari lima (5) kota utama yang merupakan penempatan utama di tepi Sungai Kampar di Kabupaten (daerah) Kampar di Riau, Sumatera iaitu:
i. Kuok (pekan sehari: Selasa)
ii. Salo (pekan sehari: Isnin)
iii. Bangkinang (pekan sehari: Ahad dan Rabu)
iv. Air Tiris (pekan sehari: Sabtu)
v. Rumbio (pekan sehari: Khamis)
Setiap kota terdiri daripada empat (4) suku utama iaitu:
i. Domo Bagindo Bosau
ii. Tok Said
iii. Piliang
iv. Melayu
Setiap suku mempunyai seorang ketua. Oleh yang demikian setiap kota akan memiliki 4 orang ketua suku yang akan menghadiri pertemuan ketua-ketua suku di kota Bangkinang. Ketua suku yang mempunyai bilangan anak buah yang teramai akan dipilih sebagai ketua suku sesebuah kota. Setiap perhimpunan ketua-ketua suku di Bangkinang akan dihadiri oleh 20 orang ketua suku (4 X 5). Seorang ketua suku sesebuah kota yang mewakili anak buah yang paling ramai akan menjadi ketua suku orang Kampar.
Orang Kampar datang ke Semenanjung Tanah Melayu melalui jalan laut Selat Melaka. Setelah itu mereka menggunakan jalan sungai dan darat. Seterusnya mereka membuat penempatan baru di kawasan sekitar sepanjang Sungai Pahang. Penempatan baru orang-orang Kampar bermula dari Pekan – Chenor – Temerloh – Jerantut. Selain itu mereka juga tersebar ke Kuantan – Mentakab – Kerdau - Kuala Krau dan Kuala Lipis.
Orang-orang Kampar yang mendarat di pantai barat Semenanjung membuat penempatan baru di Selangor (terutamanya di Batang Kali dan Kajang), di Perak (terutamanya di Batu Gajah, Kampar dan Parit Buntar).
Pekerjaan utama orang-orang Kampar ialah berdagang. Mereka menguasai bidang-bidang peniagaan kecil seperti perniagaan kain di pekan-pekan sehari terutamanya di daerah Pahang Selatan. Di bandar Temerloh, para peniaga orang Kampar mendiami rumah kedai di Jalan Abu Bakar (bangunan pink) dan deretan kedai yang di kenali sebagai Kedai Lintang (kerana kedudukannya melintang di hujung dua blok rumah kedai Jalan Abu Bakar. Sudirman Hj Arshad seorang penghibur Nombor 1 Malaysia pada satu masa dulu ialah seorang anak Kampar kelahiran Temerloh yang paling terkenal di Pahang. U-Wei Hj Saari, seorang pengarah filem terkenal Malaysia ialah anak Kampar kelahiran Mentakab.
Kini anak-anak keturunan Kampar sudah tersebar di merata ceruk-rantau Malaysia dan hidup membaur dengan keturunan suku-suku yang lain. Sebahagian daripada masih mewarisi bahasa dan budaya Kampar manakala sebahagian lagi sudah terputus hubungan dengan asal usul mereka.