Thursday, September 25, 2008

Bulan Ramadhan Dan Catur



Wah sungguh cepat masa berlalu. Hari ini masuk hari ke 24 berpuasa. Ya sudah 24 Ramadhan hari ini. Seminggu lagi Aidil Fitri pula akan menjelma. Di Bulan Syawal nanti, beberapa pertandingan catur akan diadakan dan Insyaallah aku dan anak-anak akan menyertai. Di antaranya Kuala Langat Open (12 okt) dan Pearl Point Open (19 Okt). Anak sulungku, Fikri, telah selesai peperiksaan UPSR dan PSRAnya. Peperiksaan PSRA akan selesai petang ini.

Aku juga tidak sabar-sabar menantikan hari pertandingan. Nak test setakat mana improvement permainan chess aku. Dijangkakan ramai pemain-pemain catur tempatan akan menyertai terutamanya Kuala Langat Open.

Dalam bulan Ramdhan ini, selain Pertandingan Catur Komuniti Putrajaya, anak-anakku menyertai pertandingan catur sekolah mereka. Anis menyertai Pertandingan Catur Tertutup SK Bukit Jelutong pada hari Sabtu 20 September 2008. Seramai 70 murid-murid SKBJ menyertai. Anis telah menang 4 permainan, seri sekali dan kalah sekali kepada Juara di pusingan terakhir. Dengan mata 4 1/2 mata, Anis telah mendapat tempat ke 6.

Sementara Fikri pula alhamdulillah dapat mengekalkan reputasi sebagai pemain catur terbaik SKBJ dengan menang ke semua 6 pusingan pertandingan catur untuk murid-murid Tahun 6 semalam, Rabu 24 September 2008.

Adalah menjadi harapanku agar anak-anakku akan lebih cemerlang dan bisa menjuarai pertandingan-pertandingan catur di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment