Sunday, February 8, 2009

Keputusan GiLoCatur di Kelang Chess Open

Mendapat seeded nombor 85 dari 146 peserta dalam kategori terbuka, GiLoCatur bertemu Jax Tham (national rating-1770) di meja 12 dalam pusingan pertama. Bermain buah putih, seperti biasa GiLoCatur guna pembukaan  Queen Gambit ala Alekhine. Bermain menentang pemain catur yang hebat seperti Jax memang agak payah kerana beliau amat mahir dengan banyak opening. GiLoCatur cuba bermain sebaik mungkin agar tidak dibelasah oleh beliau.



Di pusingan kedua GiLoCatur bertemu dengan pemain catur wanita. GiLoCatur bermain buah hitam. GiLoCatur bermain agak agresif dengan menyerang walaupun bermain buah hitam. Kalau tidak silap, GiLoCatur castling Queenside. 


GiLoCatur berjaya checkmate pemain lawan dengan menggunakan kelebihan extra rook. Di pusingan ketiga, sekali lagi GiLoCatur menentang pemain wanita, kali ini dengan bermain buah putih. GiLoCatur menang pusingan tersebut. 

Di pusingan keempat, GiLoCatur bertemu pula dengan Sahir, salah seorang pemain 17ChessClub, yang memiliki rating 1615.  Boleh tahan permainan GiLoCatur, boleh membuat upset tetapi rupanya GiLoCatur masih kurang finishing skills, yang penting sekali tidaklah memalukan he he he ... 

Dalam pusingan kelima, Cikgu Zullkafli (gambar di bawah) pula menunggu GiLoCatur. Ingatkan GiLoCatur kena belasah dengan beliau, tetapi rupa-rupanya mampu juga memberi persaingan sengit. Sayang GiLoCatur tidak cukup finishing touch untuk membuat upset terhadap Cikgu Zul yang mempunyai rating kebangsaan 1558. Jika tidak TPR GiLoCatur akan bertambah baik.



Entah apa yang GiLoCatur fikir kerana gerakkan Rhg1 (nota: sebenarnya Rab1, baru perasan board terbalik rupanya :)- ). GiLoCatur boleh dapat capture rook dengan gerakkan Qa8+ (nota: Qh8+). Mungkin ada chess expert boleh membantu GiLoCatur move apa yang terbaik untuk checkmate pemain lawan dengan posisi seperti di atas. (NG6? Sahir? Yedman? mungkin boleh bantu :)- )


Dalam pusingan keenam, GiLoCatur resign di posisi buah seperti di atas ketika menentang Shamsuddin Sabri, kalau tidak silap. Walaupun beliau tidak memiliki rating kebangsaan dalam kejohanan ini, tetapi beliau merupakan seorang pemain catur yang bagus. 


Pada pusingan ketujuh, sekali lagi GiLoCatur bertemu dengan pemain wanita. Pemain wanita ini merupakan seorang OKU dan berasal dari Thailand. GiLoCatur berjaya checkmate beliau. Pada pusingan terakhir, GiLoCatur bermain buah hitam menentang seorang pelajar IPT. Beliau resign bila GiLoCatur berjaya queening.

Jadi, dalam pertandingan ini GiLoCatur menang 50% (4 game) dan kalah 50% (4 game). Permainan GiLoCatur memang agak meningkat dan diharap akan menang lebih banyak game di kejohanan-kejohanan catur di masa hadapan.

Tidak pula GiLoCatur bertemu dengan chess buddies dalam pertandingan ini seperti Zali Ng6, Max, Faizul dan Cikgu Rashid Jamaluddin.

No comments:

Post a Comment