Monday, March 30, 2009

Monday Blues

Berikut adalah beberapa info atau berita catur yang ingin GiLoCatur kongsi bersama. Semoga ia memberi manafaat dan semangat kepada pemain2 dan pencinta catur di samping ibubapa di negara ini.  

"There's been an explosion of interest, many more kids are playing," said Weeramantry, whose group provides chess instruction in more than 70 schools.
"Schools are seeing a variety of academic benefits from chess," Weeramantry said. "Particularly, increased concentration and critical-thinking skills."
sumber : http://susanpolgar.blogspot.com/2009/03/theres-been-explosion-of-interest.html
Catur sedang "booming" di serata dunia termasuklah di USA. Sememangnya dengan bermain catur anak-anak kita dapat faedah dari segi akademik di mana ia boleh menambah konsentrasi dan kemahiran berfikir secara kritis. Di Malaysia juga catur sedang "booming". GiLoCatur observe semakin ramai ibubapa dan anak-anak mereka yang mula menyertai pertandingan catur terutamanya semasa MSSM baru-baru ini. Diharap perkembangan sihat ini akan berterusan. Dan diharap juga kepada mereka yang telah terlibat sama-sama mempromosi dan memberi galakan dan berkongsi pengalaman dengan ibubapa dan anak-anak yang baru berjinak-jinak dengan catur.

sumber : http://www.bernama.com.my/bernama/v3/news_sports.php?id=400092
Berita dan info mengenai Malaysian Open Ogos tahun ini ada disiarkan dalam laman blog Susan Polger seperti link di atas. GiLoCatur harap coverage tentang pertandingan catur tersebut ada dibuat bagi mempromosi Malaysia dan catur ke peringkat antarabangsa. Diharap ia dapat menarik minat ramai GM2 untuk menyertainya. Justeru itu semua pihak harus memain peranan tidak kira pemain2 catur, organizer, dan media. Di kalangan pemain2 catur sendiri diharap beramai-ramai sertai supaya ia jadi satu pertandingan yang berjaya.

No comments:

Post a Comment