Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

Hari ini 16 hb Mei merupakan sambutan Hari Guru. Selamat Hari Guru GiLoCatur ucapkan kepada semua guru-guru di seluruh negara samada yang masih berkhidmat atau yang telah pencen. Di kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan GiLoCatur memang ramai yang bertugas sebagai guru, iaitu isteri, adik, kakak ipar, sepupu dan lain-lain lagi. GiLoCatur dahulu pada satu ketika sebelum memulakan karier dalam bidang IT juga pernah bertugas sebagai seorang guru sementara selama satu penggal di sebuah sekolah menengah i.e. SUA (Sek Ungku Aziz) di Sabak Bernam.

Memang tidak dapat dinafikan guru sangat besar jasanya dalam kehidupan kita semua. Tanpa guru kita tidak akan mengenal huruf dan angka, tidak boleh membaca dan menulis dan menjawat jawatan-jawatan samada awam dan swasta. Tidak kiralah guru di peringkat sekolah rendah atau menengah, guru akademik atau agama, guru tidak rasmi apatah yang rasmi dan sebagainya. Sebagai anak murid kita wajib menghormati dan menghargai semua guru-guru yang pernah mendidik kita.

Justeru itu di kesempatan Hari Guru pada hari ini, GiLoCatur ingin mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada :

pertama sekali, buat isteri tersayang yang sedang berkhidmat di SKBJ, Bukit Jelutong, Shah Alam, semoga akan terus berkhidmat dan berbakti dengan cemerlang dan berdedikasi kepada nusa bangsa dan negara.

dan seterusnya ...

bekas guru-guru di SKST, Sekolah Kebangsaan Sungai Tengar, Sabak Bernam (sekolah rendah)

bekas guru-guru di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang (sekolah menengah rendah)

bekas guru-guru di KIK, Kolej Islam Kelang (sekolah menengah tinggi)

bekas guru-guru sewaktu TOEFL di seksyen 6, Shah Alam

bekas guru-guru mengaji Al-Quran

dan tidak dilupakan juga ... guru-guru catur di seluruh negara yang membantu perkembangan catur di negara ini.


TERIMA KASIH! THANK YOU! SYUKRAN! PARA GURU.

  

No comments:

Post a Comment