Friday, July 3, 2009

GiLoCatur Bertemu Sahabat Lama


"Itik gembo-gembo
Aye kedek-kedek
Bilo tembok
Jalan seiringe
Muka come lote
Peel biar molek

Anak muda masa kini
Tak menyedari segalanya
Apa jua yang dikatakan
Tak difikirnya kan binasa
Hingga ada yang terlupa
Siapa dirinya ooo

Itik gembo-gembo
Aye kedek-kedek
Bilo tembok
Jalan seiringe
Muko come lote
Peel biar molek

Jangan pula kau sengaja
Tak Memahami
Oh berpura
Apa jua yang kau rasa
Telah kuduga
Oh semua
Hingga ada yang terlupa
Siapa dirinya ooo"

Ya! Bukan salah mata anda memandang. Jika anda mengenali siapa jejaka Jawa yang bersama GiLoCatur dalam foto di atas. Beliau adalah penyanyi lagu Itik Gembo-Gembo iaitu Lann A to Z. Bagaimana GiLoCatur mengenali beliau? Cukup sekadar jika GiLoCatur katakan yang kami mempunyai pengalaman tinggal sebumbung di asrama yang sama di awal-awal 80an. Dan sudah pasti ada ketikanya kami akan berkomunikasi dalam bahasa ibunda beliau iaitu Jawa. :)-

Sudah lama juga kami terputus hubungan. Dan semalam alhamdulillah kami berkesempatan untuk bertemu menyambung silaturrahim. Ada beberapa perkara menarik yang baru GiLoCatur tahu berkenaan Lann ni. Rupa-rupanya salah seorang bekas MB Selangor merupakan saudaranya atau "dulur" dalam term Jawanya. Dan yang terlebih menarik, beliau juga boleh bermain catur. Sayang GiLoCatur tidak berkesempatan untuk test power dengan beliau di atas papan catur. Lann juga telah bersetuju untuk bersama-sama GiLoCatur dan beberapa orang rakan old boys yang lain untuk menganggotai sebuah kelab catur. Semoga kelab catur tersebut akan aktif dengan aktiviti-aktiviti dan pertandingan-pertandingan catur.

Lann sekarang kurang aktif menyanyi kerana sibuk dengan bidang perniagaan yang diceburinya. Dua minggu sekali beliau akan berada di Indonesia menguruskan perniagaannya. GiLoCatur doakan beliau semakin maju dengan bisnesnya.


Di antara album-album Lann A to Z.



No comments:

Post a Comment