Thursday, June 24, 2010

Corat Coret NCC 2010 - Part 1

To' Penghulu (kanan) dengan gaya yang tersendiri.


Sewaktu menunggu Fikri dan Anis bertarung dengan lawan masing-masing di Kejohanan Catur NCC di Kolej Pendeta Za'ba UKM Bangi baru-baru ini, GiLoCatur amat tertarik dengan mini blitz tournament yang berlansung di luar dewan pertandingan. GiLoCatur tidak berapa mengenali mereka tetapi permainan mereka amat menarik perhatian dan menghiburkan. Kata-kata bersifat provokasi dan sinis sewaktu menggerakkan buah menjadikan permainan catur mereka very intriguing. Style dan gaya permainan mereka juga agak berbeza dari kebiasaan.


GiLoCatur dan anak bongsu, Fahim, bergambar di hadapan D Asria Cafe seusai makan malam

Singgah makan malam di cafe ini merupakan satu kenangan pahit bagi Fikri. Kerana beliau telah kehilangan handphone Nokia baru yang merupakan hadiah dari bondanya atas kejayaan mewakili Selangor di Kejohanan Catur MSSM 2010 di Perlis. Bak kata orang Negeri Sembilan, "Apo Nak Dikato!", "Malang Tak Berbau". Terpaksa terima hakikat, lubang tandas menjadi destinasi handphone tersebut untuk hilang.


Kenapa agaknya GiLoCatur memaparkan gambar pondok kayu di atas?

Sebenarnya, pondok kayu kecil di atas merupakan "prayer room" di sebuah restoran bernama D Asria Cafe, tempat GiLoCatur sekeluarga menjamu selera "dinner" setelah berakhir pusingan kelapan NCC baru-baru ini. Ia sebenarnya agak istemewa bagi GiLoCatur sebagai satu nostalgia sewaktu zaman kanak2 dahulu di kampung yang boleh dikatakan kesemua surau-surau diperbuat daripada kayu.

2 comments:

  1. These guys were at one time strong contenders in PCMM tournaments and guess they still contenders

    ReplyDelete
  2. sifu, mesti kenal dgn to' penghulu tu kan ... bleh lah crite sket pasal dia .. :) sekurang2 boleh documented dalam blog .. seeloknya kena dicompile / dibukukan ... supaya sejarah catur di negara ini dpt diketahui semua peminat2 catur

    ReplyDelete