Semoga IM Mas akan bermain lebih cemerlang di pusingan-pusingan berikut. GO Mas GO!
Ini adalah blog aku seorang anak Kampar, salah satu etnik MELAYU yang berasal dari Pulau Belimbiong, Pekan Kuok, Bangkinang, Sumatera, yang minat pada catur. (This is a blog of a Kamparian son whose ancestors are from Kuok, Bangkinang, Sumatera. I love to play chess.)
Showing posts with label 8th Asian Contental Individual Open. Show all posts
Showing posts with label 8th Asian Contental Individual Open. Show all posts
Friday, May 22, 2009
Update on IM MAS at 8th Asian Continental Open
IM Mas telah menang 2 dan tewas 2 pada empat pusingan berikutnya dari kemaskini terakhir pada 18 Mei lalu. Memasuki pusingan ke 10 pada petang ini, IM Mas telah berjaya mengumpul 4 mata. Beliau menang di pusingan ke 7 dan ke 8 kepada Haridas Pascua dari Filipina dan FM Jasem Alhuwar dari UAE. Beliau telah ditewaskan oleh IM Abdullah Hassan dari UAE dan GM Chakkravarthy Deepan dari India masing-masing di pusingan ke 6 dan ke 9.
Monday, May 18, 2009
IM MAS at 8th Asian Continental

IM MAS sedang menyertai 8th Asian Continental Individual Open di Subic, Filipina. Seramai 86 pemain catur handalan dari seluruh negara-negara Asia seperti China, India, Filipina dan Vietnam menyertai kejohanan tersebut. Dari sejumlah itu, hampir separuh iaitu 40 orang merupakan GrandMasters (GM). IM Mas yang memiliki FIDE rating terkini 2425 pun berada di ranking permulaan ke 56. Setakat ini 5 pusingan telah berlalu dan pada pukul 3.00 petang ini, pusingan ke 6 akan bermula.
Melihat senarai pemain-pemain, Filipina mengungguli penyertaan dengan 19 peserta diikuti dengan China - 17, dan Vietnam - 10. Indonesia diwakili 4 peserta sementara Malaysia pula 2 peserta. Selain Mas, seorang lagi pemain Malaysia ialah Aaron Chua. Agak pelik juga bagi GiLoCatur kerana tiada pemain Singapura menyertai kejohanan ini (Lelaki).


Setakat 5 pusingan, IM Mas telah menang 1 game, seri 2 dan tewas 2. Beliau tewas di pusingan pertama dan kelima kepada pemain yang memiliki FIDE rating yang lebih tinggi. Bagi Aaron Chua pula setakat ini beliau telah memperolehi 1 mata. Diharap mereka akan lebih cemerlang di pusingan-pusingan berikut.
Di antara upset-upset yang GiLoCatur perasan dalam kejohanan ini ialah :
- Di pusingan pertama - IM Julio Sadorra berjaya tewaskan seeded ke empat GM dari Kazakhstan, GM Hou Yi Fan tewas mengejut kepada seeded ke 53, IM Irwanto Sadikin dari Indonesia berjaya seri dengan seeded ke 6, GM Susanto Megaranto telah tewas kepada pemain seeded 61
- Di pusingan kedua - Chess prodigy Filipina GM Wesley So, berada pada ranking permulaan kedua dan masih berumur belasan tahun telah tewas kepada GM Yu Shaoteng, IM Irwanto Sadikin berjaya tewaskan GM Vietnam, Nguyen Truong seeded ke 10
- Di pusingan ketiga - GM Susanto Megaranto tewas kepada IM Oliver Dimakiling dari Filipina, IM Richard Bitoon tewaskan rakan senegara GM Mark Paragua
- Di pusingan keempat - GM Ziaur Rahman dari Bangaldesh tewaskan GM Li Shilong, IM Sadorra tewaskan GM dari Iran, seeded ke 6
- Di pusingan kelima - GM Shilong tewas kepada Gao Rui
Subscribe to:
Posts (Atom)