Showing posts with label Anugerah Seri Asrama Terbilang 2009. Show all posts
Showing posts with label Anugerah Seri Asrama Terbilang 2009. Show all posts

Monday, June 22, 2009

The Photos of ASAT 2009 Chess Event

Aqmar vs Fikri

Nurhusnina vs Rabiatul Adawiyah

It is very interesting in Round 3 when on board 1, PP (Petaling Perdana) players both boy (Fikri) and girl (Nurhusnina) played againts SB (Sabak Bernam) players. Even, both also played the same colour, white. Unfortunately, the result is not the same. If Fikri won his game, Nurhusnina could not manage to win.

The Chief Arbiter

The Pairing Arbiter

The arbiters had managed the chess event to run smoothly. Basically, the pairings and the games were on time. The venue of the chess event was arranged and setup properly.

The final game of the first board was to determine the champion of the event. It was the decider game for Catur Lelaki Sekolah Menengah event Both players, Fikri of PP (left) and Annaz of KLG (right) had won all their previous three games. The winner would get the gold medal whereas the loser would get the silver medal. Some enthusiastic audience and supporters were watching the game from outside.


On board 2, it was a decider game for the bronze medal between Zaim of GOM and Aqmal of SB.

Adawiyah (right) wearing the Selangor corporate shirt, the eventual gold medallist for Catur Perempuan Sekolah Menengah event beat the host player Anis Arita (right).

Amanina from SPG (left) won againts Shahirah from HS on Board 2 to be the silver medallist with 3 wins and 1 lost.

Nurhusnina (left), the PP district representative, beat the chess player from Gombak, Muqinah, to win the bronze medal. She had the same points with the silver medallist but lost to tie break.

Fikri received his gold medal.

Nurhusnina received her bronze medal.

Cikgu Ramli, the Petaling Perdana (PP) chief contigent, during the closing ceremony. Petaling Perdana had participated in 9 events and won 2 golds, 1 silver and 1 bronze. Beside winning gold and bronze in chess events, PP won gold in Bola Jaring and silver in Bahas (Ala Parlimen).

Ustaz Fadli, the chief warden of SMK Seksyen 18 Shah Alam where GiLoCatur's son, Fikri, is boarding. GiLoCatur just found out that he also studied and stayed in the same buildings in Sungai Kantan, Kajang as GiLoCatur did and had. He was also the same alumni of Kolej Islam Kelang (KIK) as GiLoCatur.


Sunday, June 21, 2009

ASAT 2009 - CATUR di SMKA Kuala Selangor (20 Jun 2009)


Fikri, anak sulung GiLoCatur, telah terpilih untuk mewakili asrama sekolahnya, SMK Seksyen 18 Shah Alam, dan Daerah Petaling Perdana (PP) dalam acara catur di Majlis Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) 2009 peringkat Negeri Selangor di SMKA Kuala Selangor semalam. Fikri bersama 9 pemain catur lelaki dari setiap daerah di Selangor yang lain berentap untuk mendapatkan medal emas dan kejuaraan bagi acara Catur Lelaki Sekolah Menengah yang merupakan salah satu acara dari 12 acara yang di pertandingkan. Acara-acara lain adalah seperti Bola Sepak dan Bola Jaring, Sekolah Rendah dan Menengah, Catur Perempuan Sekolah Menengah, Pidato (Bahasa Melayu) Sekolah Rendah, Pidato (Bahasa Inggeris) Sekolah Menengah, Bahas (Ala Parlimen) Sekolah Menengah, Nasyid, dan Nyanyian Solo Irama Malaysia (Lelaki dan Perempuan) yang semuanya bagi Sekolah Menengah.

Bagi tahun ini, asrama sekolah Fikri i.e. SMK Seksyen 18, Shah Alam mewakili Daerah PP dalam kesemua acara indoor sementara SMK Seksyen 11, Shah Alam pula mewakili daerah dalam acara-acara outdoor i.e. Bola Sepak dan Bola Jaring.

Acara Catur Perempuan diwakili oleh pelajar tingkatan 4, Nurhusnina Bt Mohd Hisham yang mendapat tempat ke 10 dalam Kejohanan Catur MSSD PP kategori Bawah 18 Perempuan tahun lepas.

Catur Lelaki

Berikut adalah senarai peserta Catur Lelaki.
  1. Fikri Bin Saleh (Petaling Perdana -PP)
  2. Muhd Adha Bin Salim (Hulu Selangor -HS)
  3. Muhd Khuzairi Muhd Jefri (Sepang -SPG)
  4. Muhammad Zaim Bin Zambri (Gombak -GOM)
  5. Zainul Ariffin Mohd Alfi (Kuala Selangor -KS)
  6. Meor Amar Meor Nadzri (Hulu Langat -HL)
  7. Annaz Bin Anoiar (Kelang -KLG)
  8. Ammar Zulfattah (Petaling Utama -PU)
  9. Mohd Shahmir Arief Rosli (Kuala Langat -KL)
  10. Mohd Aqmal Abd Razak (Sabak Bernam -SB)
Mengikut semakan dan info GiLoCatur, hanya dua peserta yang memiliki National rating iaitu pemain PP (1382) dan KLG (1178). Dua orang peserta merupakan wakil daerah masing-masing di Kejohanan Catur MSSS di Sepang pada bulan Februari lalu. Pemain GOM telah mendapat tempat keempat individu sementara pemain PP mendapat tempat ke 10 individu dan juara berpasukan dalam ketegori Lelaki 15 Tahun.

Pusingan Pertama
  1. PP (0) lwn HL (0) - (1 - 0)
  2. KLG (0) lwn HS (0) - (0 - 1)
  3. SPG (0) lwn PU (0) - (0 - 1)
  4. KLG (0) lwn GOM (0) - (0 - 1)
  5. KS (0) lwn SB (0) - (0 - 1)

Pusingan Kedua
  1. PU (1) lwn PP (1) - (0 - 1)
  2. GOM (1) lwn KLG (1) - (0 - 1)
  3. SB (1) lwn SPG (0) - (1 - 0)
  4. HS (0) lwn KLG (0) - (1 - 0)
  5. HL (0) lwn KS (0) - (1 - 0)

Pusingan Ketiga
  1. PP (2) lwn SB (2) - (1 - 0)
  2. KLG (2) lwn HL (1) - (1 - 0)
  3. GOM (1) lwn HS (1) - (1 - 0)
  4. KS (0) lwn PU (1) - (1 - 0)
  5. SPG (0) lwn KL (0) - (0 - 1)

Pusingan Keempat
  1. KLG (3) lwn PP (3) - (0 - 1)
  2. SBG (2) lwn GOM (2) - (0 - 1)
  3. HS (1) lwn PU (1) - (? - ?)
  4. KL (1) lwn KS (1) - (? - ?)
  5. HL (1) lwn SPG (0) - (? - ?)

Pusingan 4 : KLG (putih) lwn PP (hitam)

Di pusingan terakhir (keempat), pemain KLG dan pemain PP yang masing-masing menang kesemua pusingan sebelumnya bertemu untuk menentukan siapa juara. Pemain KLG bermain buah putih manakala pemain PP bermain buah hitam. Pemain KLG telah terkena perangkap dengan menggunakan King untuk capture pawn di petak h5 (Kxh5). Tanpa membuang masa pemain PP telah gerakkan Rh8# untuk checkmate. Dengan 4 mata dari menang kesemua empat pusingan Daerah PP telah mendapat emas dalam acara Catur Lelaki Sekolah Menengah. Sementara Daerah KLG mendapat perak dan gangsa pula dimenangi oleh Daerah GOM setelah berjaya menumpaskan pemain SB di pusingan keempat.



Catur Perempuan

Berikut adalah senarai peserta Catur Perempuan.
    1. Amanina Husna (Sepang) -1309 5thmss, P15 S'gor
    2. Anis Arita Bt Ariffin (Kuala Selangor)
    3. Rabiatul Adawiyah Abdul Wahid (Sabak Bernam) -1479 6th msss,P18 S'gor
    4. Alya Ridha Rasheqa (Hulu Langat)
    5. Muqinah Bt Samsuri (Gombak)
    6. Norashikin Bt Abd Hakim (Kelang)
    7. Nur Atikah Bt Ahmad (Petaling Utama)
    8. Nur Nadia Mohd Iskandar (Kuala Langat)
    9. Nurhusnina Bt Mohd Hisham (Petaling Pardana)
    10. Shahirah Bt Salleh (Hulu Selangor)
                      Mengikut semakan dan info GiLoCatur, hanya dua peserta catur perempuan yang memiliki National rating iaitu pemain SPG (1309) dan SB (1479). Kedua-dua orang peserta tersebut juga merupakan wakil daerah masing-masing di Kejohanan Catur MSSS di Sepang pada bulan Februari lalu dan seterusnya mewakili Negeri Selangor di kejohanan MSSM di Kelang. Pemain SPG telah mendapat tempat kelima individu (kategori P15) sementara pemain SB mendapat tempat keenam individu (kategori P18).

                      Pusingan Pertama
                      1. SPG (0) lwn KLG (0) - (1 - 0)
                      2. PU (0) lwn KS (0) - (0 - 1)
                      3. SB (0) lwn KLG (0) - (1 - 0)
                      4. PP (0) lwn HL (0) - (1 - 0)
                      5. GOM (0) lwn HS (0) - (1 - 0)

                      Pusingan Kedua
                      1. SB (1) lwn SPG (1) - (1 - 0)
                      2. KS (1) lwn GOM (1) - (0 - 1)
                      3. KLG (0) lwn PP (1) - (0 - 1)
                      4. HL (0) lwn KL (0) - (0 - 1)
                      5. HS (0) lwn PU (0) - (1 - 0)
                      (GiLoCatur : berdasarkan gambar-gambar, kerana ter"miss" gambar pairing)


                      Pusingan Ketiga
                      1. PP (2) lwn SB (2) - (0 - 1)
                      2. GOM (2) lwn SPG (1) - (0 - 1)
                      3. KL (1) lwn KS (1) - (0 - 1)
                      4. HL (0) lwn HS (1) - (0 - 1)
                      5. PU (0) lwn KLG (0) - (0 - 1)

                      Pusingan Keempat
                      1. KS (2) lwn SB (3) - (0 - 1)
                      2. SPG (2) lwn HS (2) - (1 - 0)
                      3. PP (2) lwn GOM (2) - (1 - 0)
                      4. KLG (1) lwn KL (1) - (? - ?)
                      5. PU (0) lwn HL (0) - (? - ?)
                      (GiLoCatur : Harap arbiter acara catur ASAT 2009 boleh emelkan keputusan pusingan terakhir dan keputusan penuh ke sabdlati@gmail.com.)

                      Di pusingan kedua, pemain pilihan iaitu pemain SB dan dan pemain SPG bertemu setelah menewaskan lawan masing-masing di pusingan pertama. Kemenangan berpihak kepada pemain SB yang bermain buah putih. Setelah menang di pusingan ketiga bertemu pemain PP, pemain SB merupakan satu-satunya pemain perempuan yang berjaya mengumpulkan 3 mata penuh. Pemain SB hanya perlukan seri di pusingan terakhir ketika bertemu dengan pemain tuan rumah, KS. Dengan 4 mata penuh, pemain SB telah berjaya menggondol pingat emas. Pingat perak dan gangsa masing-masing dimenangi oleh pemain SPG dan pemain PP.

                      GiLoCatur mengucapkan tahniah dan syabas kepada kedua-dua pemain catur PP dan SMK Seksyen 18 Shah Alam, iaitu Fikri Saleh (Tingkatan 1) dan Nurhusnina Mohd Hisham (Tingkatan 4), yang masing-masing berjaya meraih pingat emas dan gangsa. Selain catur, Daerah PP juga berjaya menggondol satu lagi pingat emas dalam acara Bola Jaring Sekolah Menengah di samping menjadi Naib Johan dalam acara Bahas (Ala Parlimen) Sekolah Menengah. Dalam karnival ASAT peringkat Negeri Selangor ini, Daerah PP hanya menyertai 9 dari 12 acara yang dipertandingkan. Ia tidak menyertai ketiga-tiga acara bagi Sekolah Rendah kerana di Daerah Petaling Perdana tiada asrama untuk Sekolah Rendah.