Wednesday, May 19, 2010

Berita Dari India, Tanahair Sang Juara Catur Dunia Vishy Anand


Berikut adalah sms dari Sarjan Ismail Ahmad yang mengetuai kontijen kecil Malaysia yang bertarung di Kejohanan Catur Komanwel di India. Kejohanan 11 pusingan baru saja selesai semalam 18 Mei 2010. Bukan senang untuk melahirkan juara sebenarnya, memerlukan pengorbanan dari segala aspek. GiLoCatur berharap pemain-pemain catur cilik Malaysia - Subramanian, Nithyalakshmi, Jagathees dan Nur Islamurni, ini akan meneruskan kembara mereka dalam sukan catur dan seterusnya mengharumkan nama MALAYSIA di masa hadapan. SYABAS dan TAHNIAH kepada mereka terutamanya kepada Sarjan Ismail yang bertungkus lumus memberikan tunjuk ajar.

Message from Ismail Ahmad :U10 g.johan darling tiffany charne.afrika s. n.johan.nithyalakshmi. malaysia ke3 tejaswini india.u8g johan.kaul palkin n.johan.adyasa mahapatra dua2 india ke3 nurislamurni yahaya.malaysia. hadiah hanya 3 setiap kategory.walau sy dpt 5.5 mata sy puas hati krana tanggungjawab jadi jurulatih bjaya.6jam sy latih spanjang hari disini islamurni berbaloi.game sy .sy abaikan bg sokongan di blakang dia.t.k.kami sdang tunggu pnyampaian hadiah gambar sy masukan dlm face book sy sbentar lg.la ni 4.45pm.hadiah jam 5pm.

Dipetik dari facebook Ismail Ahmad

Jika ingin view gambar-gambar mereka di Delhi, India sila ke facebook beliau di sini.


No comments:

Post a Comment