Friday, December 26, 2008

Tanam minat main catur - Raja Nazrin

I found below article regarding the recent KLCA Chess Open at Utusan archive.




KUALA LUMPUR 21 Dis. - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini berangkat menyempurnakan majlis penutup Kejohanan Catur Terbuka Kuala Lumpur 2008.
Baginda turut menyampaikan Piala Cabaran Raja Nazrin Shah kepada peserta dari Uzbekistan yang menjuarai kategori terbuka iaitu Filippov Anton.

Anton membawa pulang Trofi Cabaran Raja Nazrin Shah dan wang tunai RM10,000.
Kejohanan berkenaan yang berlangsung dari 15 Disember hingga hari ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM45,000.

Raja Nazrin bertitah, catur merupakan permainan yang menguji kemahiran taktik dan strategi selain mampu mencerdaskan pembangunan mental seseorang individu.

"Kehadiran ramai pemain Grandmasters di Malaysia bagi kejohanan ini merupakan satu perkara yang menggembirakan dan diharapkan lebih ramai rakyat Malaysia berminat untuk mempelajari permainan hebat ini," titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam kenyataan media yang dikeluarkan sempena berakhirnya kejohanan tersebut hari ini.

Hadir sama Canselor Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill, Raja Datuk Seri Azureen Sultan Azlan; Presiden Persekutuan Catur Malaysia, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Presiden Persekutuan Catur Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), Ignatius Leong.
Kejohanan Catur Terbuka Kuala Lumpur 2008 disertai oleh 140 pemain dari 11 negara termasuk Uzbekistan, Indonesia, Filipina, Vietnam, India, China dan Myanmar.

Sementara itu, Presiden Persatuan Catur Kuala Lumpur, Datuk Edmund Santhara berkata, persatuan berkenaan komited untuk meningkatkan minat terhadap permainan catur di kalangan belia di negara ini.

"Kejohanan catur yang akan berlangsung pada tahun depan bakal menyaksikan penganjuran yang lebih besar.

"Pembangunan kemahiran catur akan diadakan di kalangan golongan muda melalui kelas dan seminar," katanya.


Source : Arkib Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment