Wednesday, April 15, 2009

IM Mas @ 2009 Sydney International Open (SIO)


Setelah menyertai Doeberl Cup di Canberra,  IM Mas sertai pula Sydney International Open yang telah pun bermula pagi ini. Sydney lebih awal 2 jam dari Kuala Lumpur dan pusingan pertama telah bermula jam 9.30 pagi tadi bersamaan 7.30 pagi waktu di Malaysia. IM Mas telah disenaraikan di tempat ke 14 dalam senarai 100 orang peserta. Selain Mas ada dua orang lagi pemain catur Malaysia yang menyertai pertandingan tersebut iaitu Abang Draup Haji Abang Azman dan Zamanhari Abang Draup. Good luck to all of them! 

Starting rank list

No.NameFEDRtg
1GMZhao Zong-YuanAUS2583
2GMReinderman DimitriNED2560
3GMJones Gawain C BENG2550
4GMNeelotpal DasIND2514
5GMKunte AbhijitIND2513
6GMDeepan Chakkravarthy JIND2482
7IMRoy Chowdhury SaptarshiIND2469
8IMSengupta DeepIND2466
9IMSolomon Stephen JAUS2455
10IMSriram JhaIND2453
11GMJohansen Darryl KAUS2452
12IMSatyapragyan SwayangsuIND2428
13IMRathnakaran KIND2427
14IMMas HafizulhelmiMAS2425
15GMGhane ShojaatIRI2415

Di papan 14, IM Mas bertemu dengan pemain catur Australia Tony Davis yang memiliki FIDE rating 1983. Mengikut rating, Insya Allah IM Mas yang bermain buah hitam tiada masalah untuk memenangi pusingan pertama ini. Abang Draup bertemu dengan Andrew Bird dari Australia sementara Zamanhari bertemu dengan FM Lee Jones juga dari Australia. Kedua-dua mereka bermain buah hitam. 


No comments:

Post a Comment