Thursday, April 16, 2009

SIO Update - Pusingan ke 4

GM Jones, Gawain C B (FIDE 2550) ENG
Gemar bermain bukamainan (opening) Sicilian, French Defense dan King's Indian, mengikut statistik chessgames.com.
GM Jones ada blog dan boleh diakses di sini.
(GiLoCatur : Bagus juga jika sekiranya IM Mas ada blog sendiri yang memaparkan chess travelogue dalam pencarian mendapatkan title GM :)- ).

***************

TAHNIAH! IM Mas berjaya seri di pusingan ke 4. Ini satu keputusan yang dikira sudah cukup bagus pada pandangan GiLoCatur. Semoga Mas meneruskan prestasi yang sebegini atau lebih baik lagi di pusingan2 akan datang.

*** 4.46 ptg waktu tempatan ***


Dalam pusingan ke 4, IM Mas akan bertemu dengan GM dari England yang bernama Gawain Jones atau Mr Jones di papan ke 4. GM tersebut merupakan seeded ke 3 dalam kejohanan SIO ini. Jones menjadi naib johan di Kejohanan Doeberl Cup dengan 7 mata tewas dengan Tie Break dengan juara, IM Deep Sengupta, yang juga mendapat 7 mata. Semoga IM Mas, yang rating performance setakat ini adalah 2476, terus cemerlang ketika berlawan dengan GM Jones pada petang ini jam 1.30 waktu tempatan, iaitu sejam dari sekarang.


No comments:

Post a Comment