Ini adalah blog aku seorang anak Kampar, salah satu etnik MELAYU yang berasal dari Pulau Belimbiong, Pekan Kuok, Bangkinang, Sumatera, yang minat pada catur. (This is a blog of a Kamparian son whose ancestors are from Kuok, Bangkinang, Sumatera. I love to play chess.)
Thursday, May 28, 2009
ISLAM ITU MUDAH
Sunday, May 24, 2009
Interesting Chess Opening
Saturday, May 23, 2009
Chess Tournament Around Malaysia This Weekend
Friday, May 22, 2009
Update on IM MAS at 8th Asian Continental Open
Thank GOD It's Friday! (TGIF)
- Di muka hadapan terpampang tajuk berita "Bank silap masuk RM22j ke akaun sepasang kekasih" - Sepasang kekasih di New Zealand telah mendapat durian runtuh dalam akaun bank mereka apabila permohonan overdraft mereka sebanyak NZ$10,000 iaitu bersamaan lebih kurang RM21,000 dari sebuah bank telah tersilap bayar dengan jumlah NZ$10 juta. Wow! apalagi terus hilang pasangan kekasih tersebut, dipercayai ke luar negara. (GiLoCatur: Kalau perkara sebegini berlaku kepada anda, apakah tindakan anda? Ambil duit tersebut dan melarikan diri. Atau adakah anda terutamanya yang beragama Islam akan memulangkan semula wang tersebut? Pastinya anda dalam dilema samada mahu menjadi seorang yang jujur atau sebaliknya. Jika ini berlaku pastinya satu dugaan dan ujian yang besar.
- Satu lagi berita tentang seorang kanak-kanak di Utah, USA yang bernama Fin Keheller telah mencipta satu rekod dunia dengan melekap siput di atas mukanya. Rekod tersebut ialah "Most Snails On A Face" di mana beliau yang baru berusia 11 tahun telah berjaya melekapkan sebanyak 43 siput jenis mollusks di atas mukanya. Macam-macam kerenah manusia di muka bumi ini. So, bagaimana dengan kanak-kanak di Malaysia? Tidak bercita-cita ingin memecahkan sesuatu rekod dunia yang boleh diiktiraf oleh Guiness World of Records? Jika ada cita-cita bolehlah akses dan lawati laman web ini untuk mencari idea rekod apa yang ingin dipecahkan mengikut kebolehan yang ada pada diri.
Tuesday, May 19, 2009
Cabaran Buat Pemain Remaja Catur Malaysia!
Zahra sahut cabaran seberangi Selat Inggeris
PUTRAJAYA 18 Mei - Perenang muda, Zahra Masoumah Abdul Halim, 18, akan menyahut cabaran menyeberangi Selat Inggeris sejauh 34 hingga 37 kilometer (km) dalam misinya menjadi perenang wanita pertama berjaya melepasi selat yang sejuk dan berarus deras itu pada 2 hingga 6 Julai ini.
Sekiranya berjaya menamatkan cabaran merentasi selat itu dari Dover, Selatan United Kingdom ke Calais, Utara Perancis, Zahra turut bakal melakarkan sejarah sebagai perenang termuda Islam di dunia yang berjaya melepasi selat itu.
Usaha luar biasa yang cuba direalisasikan oleh remaja tersebut mendapatkan sokongan padu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Parimarjan Negi:- I Just try to put in my best during the games, and of course it's very important that I've had good coaching from the start. My parents have encouraged me from the start, and continue to arrange for the right kind of training for me.
Parimarjan Negi:- Computers are essential for chess, as it now is. There has been a dramatic change with the emergence of ever more powerful computer programs in the game. I think it's one of the reasons why chess players are performing at much younger ages, as now the information is much more easily available. Everyone can follow the top stars playing live, and other new games. The engines have made the analysis especially quicker and powerful, but it is necessary also to keep using the brain while analyzing, as often the computer assessment can be wrong, and also it can be harmful for your game to depend fully on the computer.
For me, the computers are the most important tools, as without them it's impossible to achieve a high level of analysis, and of course to keep myself updated with new games. But of course it's important not to over-use them also.
Parimarjan Negi:- I can't say much about this...I got my first laptop when I was 9. But for young children it's I think not necessary to use too much of engines like Fritz, as that might obstruct their natural assessments. But the computers are also very important learning tools, to follow the latest games of strong players, and new opening developments. So in my opinion a computer is an important tool for players who are trying to reach higher levels.
Parimarjan Negi:- I've had a lot of training from the beginning. My first main professional coach was G.B Joshi, and I worked with him for many years. After that I started to work with foreign coaches like Evgeny Vladimirov, who helped me a lot to increase my understanding, and opening repertoire. Currently I am working with GM's Nigel Short, Elizbar Ubilava, Alexander Goloshchapov, Lev Psakhis....and also from time to time with IM Vishal. I 've also worked with other players at various parts.
Parimarjan Negi:- Well....during training I work about 6-7 hrs. (+ or - a little), and often we divide the sessions into morning and evening parts. I also go sometimes for jogging in the evening. During the tournaments the schedule depends on various things like the timings of rounds, and preparation part etc. Also there are school-exam times, and then I don't look much at chess.
Monday, May 18, 2009
IM MAS at 8th Asian Continental
IM MAS sedang menyertai 8th Asian Continental Individual Open di Subic, Filipina. Seramai 86 pemain catur handalan dari seluruh negara-negara Asia seperti China, India, Filipina dan Vietnam menyertai kejohanan tersebut. Dari sejumlah itu, hampir separuh iaitu 40 orang merupakan GrandMasters (GM). IM Mas yang memiliki FIDE rating terkini 2425 pun berada di ranking permulaan ke 56. Setakat ini 5 pusingan telah berlalu dan pada pukul 3.00 petang ini, pusingan ke 6 akan bermula.
- Di pusingan pertama - IM Julio Sadorra berjaya tewaskan seeded ke empat GM dari Kazakhstan, GM Hou Yi Fan tewas mengejut kepada seeded ke 53, IM Irwanto Sadikin dari Indonesia berjaya seri dengan seeded ke 6, GM Susanto Megaranto telah tewas kepada pemain seeded 61
- Di pusingan kedua - Chess prodigy Filipina GM Wesley So, berada pada ranking permulaan kedua dan masih berumur belasan tahun telah tewas kepada GM Yu Shaoteng, IM Irwanto Sadikin berjaya tewaskan GM Vietnam, Nguyen Truong seeded ke 10
- Di pusingan ketiga - GM Susanto Megaranto tewas kepada IM Oliver Dimakiling dari Filipina, IM Richard Bitoon tewaskan rakan senegara GM Mark Paragua
- Di pusingan keempat - GM Ziaur Rahman dari Bangaldesh tewaskan GM Li Shilong, IM Sadorra tewaskan GM dari Iran, seeded ke 6
- Di pusingan kelima - GM Shilong tewas kepada Gao Rui
Saturday, May 16, 2009
SELAMAT HARI GURU
KEJOHANAN CATUR TERBUKA BATU GAJAH
- Terbuka - Bukan Ahli RM 20/Ahli & Pelajar Ikhtibar RM 15
- Bawah 15 Tahun - Bukan Ahli RM 15/Ahli & Pelajar Ikhtibar RM 10
- Bawah 12 Tahun - Bukan Ahli RM 15/Ahli & Pelajar Ikhtibar RM 10
Wednesday, May 13, 2009
Cerita Ceriti Di Pagi Khamis ...
- Semalam diberitakan di India ada seorang hamba Allah yang tidak mandi selama 35 tahun kerana bernazar. Wah, macam manalah agaknya tidak mandi selama itu. Tidak gatal ke badan dia? Cuba bayangkan jika ada pemain-pemain catur yang tidak mandi dalam kejohanan catur terutamanya jika mereka adalah lawan kita. Anak-anak GiLoCatur pernah komplen tentang seorang lawan mereka yang mulutnya berbau. Mereka sungguh tidak selesa dan terpaksa menutup hidung. GiLoCatur juga pernah tidak mandi sehari dua sewaktu menuntut di Texas, USA suatu ketika dahulu. Tetapi bezanya badan tidak berbau kerana cuaca yang tidak "humid" seperti di negara kita. Jika di Malaysia sure badan akan berbau jika tidak mandi sehari dua.
- Di Kosmo, salah satu berita yang menarik minat GiLoCatur ialah tentang satu program yang akan dilaksana oleh JAIP (Jabatan Agama Islam Pahang) terhadap pelaku-pelaku maksiat. Program tersebut ialah aktiviti lawatan ke rumah mayat, ke hospital melihat pesakit-pesakit kronik dan ke rumah-rumah orang tua. GiLoCatur amat bersetuju dengan program tersebut kerana ia mungkin lebih berkesan dari kuliah-kuliah dan ceramah agama. So apa komen pembaca-pembaca blog GiLoCatur?
- Wah satu lagi berita hebat tentang ICT yang berlaku di negara ini. RapidPenang sedang buat pilot selama 3 bulan menyediakan nilai tambah ("value add") pada perkhidmatan bas mereka dengan menyediakan perkhidmatan WiFi percuma kepada penumpang-penumpang. Hebat tu sebab boleh akses internet secara percuma dalam bas. Harap-harap tidak berlaku aktiviti jenayah ragut notebook pula di negara ini. GiLoCatur bagi "thumb up" kepada RapidPenang mengenai perkhidmatan percuma tersebut. Harap ia bukan sekadar "hangat-hangat tahi ayam" di mana ia hanya bertahan untuk seketika. Sudah tentu kena ada maintenance untuk memastikan perkhidmatan tersebut berterusan dan tiada gangguan.
Thursday, May 7, 2009
KEJOHANAN CATUR TERBUKA BATU GAJAH, PERAK 2009
- Terbuka = Bukan Ahli RM 20 Ahli RM 15
- Bawah 18 Tahun = Bukan Ahli RM 15 Ahli RM 10
- Bawah 12 Tahun = Bukan Ahli RM 15 Ahli RM 10
Wednesday, May 6, 2009
Can U Find Check Mate In 2??
Kenangan 5 hb Mei
- Tarikh 5 hb Mei merupakan hari sambutan ulangtahun kelahiran anak perempuan GiLoCatur. Beliau genap 11 tahun. Sungguh pantas masa berlalu. Sebagai menyambutnya, GiLoCatur sekeluarga tanpa anak sulung yang sedang berada di asrama pergi ke Secret Recipe malam tadi. Beli kek sepotong untuk beliau dan sepotong lagi untuk si anak bongsu. GiLoCatur tak berapa nak makan kek sangat. Orang rumah pun setakat tumpang makan sahaja. Anis baru saja menyertai Kejohanan Catur Terbuka Selangor edisi ke 36 dari 30 April hingga 3 Mei. Beliau telah menang 2 dan seri 2, yang selebihnya kalah. Kejohanan tahun ini agak tough berbanding tahun lepas yang merupakan kali pertama anak-anak GiLoCatur sertai. Ini bermakna tahun ini merupakan kali kedua.
- Sedangkan anak sulung GiLoCatur telah seri 5 permainan. Boleh dikatakan ke semua lawannya memiliki rating yang lebih tinggi. Memang memenatkan bagi mereka untuk bermain 9 game kawalan masa 90 minit dalam masa 4 hari. Ada satu hari yang perlu bermain 3 game. GiLoCatur yang tidak sertai pun terasa amat penat menghantar, menjemput dan memantau mereka. Sehinggakan tidak berkesempatan untuk membuat coverage kejohanan tersebut. Ini merupakan satu pengorbanan bagi mereka untuk berjaya dalam sukan catur. GiLoCatur bercadang untuk menjadikan kejohanan ini sebagai satu acara tahunan bagi mereka.
- Pagi semalam juga ketika GiLoCatur memandu ke SDMC untuk membuat medical check up, GiLoCatur terima SMS dari abang di kampung yang memberitahu tentang kematian seorang ulama di kampung. Allahyarham yang kami kenali sebagai Kiyai Haji Ahmad Shuhud merupakan seorang yang sangat tinggi ilmu pengetahuan agama dan ilmu falakh. Beliau yang pernah menuntut ilmu agama di Mekah berbelas-belas tahun ketika usia mudanya merupakan imam di kampung GiLoCatur dan arwah ayah GiLoCatur merupakan khatib. Setiap malam Jumaat kami sekampung akan membaca surah Yasin secara berjamaah di rumah beliau setelah bersolat di surau berhampiran rumahnya. Satu perkara yang paling GiLoCatur respect tentang beliau yang sangat wara' ialah ketinggian ilmu falakhnya. Kerap kami sekampung yang mula berpuasa dan menyambut hari raya tidak sama dengan yang lain. Teringat GiLoCatur, di penghujung tahun 1980an, samada pada 1986 atau 1987 jika tidak silap, kami telah menyambut hariraya awal. Memandangkan seluruh negara masih berpuasa, kami tidak membuat sebarang sambutan lagi. Di waktu petang di sekitar pukul 6 petang seperti biasa bila di kampung GiLoCatur akan melepak-lepak di tepi jalan raya dengan rakan-rakan sekampung. Apa yang sangat menakjubkan yang diperlihatkan kepada kami ialah anak bulan telah kelihatan dengan jelas. Ini sudah jelas 1 Syawal telah tiba. Al-Fatihah buat allahyarham yang juga nerupakan salah seorang tok guru tempat GiLoCatur menuntut ilmu sewaktu kecil dahulu di kampung.
Kejohanan Catur Terbuka Hulu Selangor -1 2009
- Terbuka – RM 20
- Bawah 16 – RM 10
- Bawah 12 – RM 10
- En Zullkafli – 012 294 5748
- En Mohd Noor - 012 355 8878
- Pn Suffiah - 012 208 5413
Tuesday, May 5, 2009
Tanjung Karang Chess Open Postponed!!
Dear all chess bloggers and chess lovers,Pleased be informed that on behalf of the organiser, I would like to announce the Tanjong Karang Open 2009 earlier scheduled on May 30th has been postphoned to SUNDAY, 14th JUNE 2009. Venue and time remain unchanged.New closing date shall be on 9th JUNE 2009.
We apologise for any inconvenience caused.
Thank you.
Azhar Mohd Said