Thursday, June 25, 2009

Apabila GiLoCatur Ber"googling"

Setelah penat bertungkus lumus dengan urusan kerja dan usai membuat pembentangan di pejabat pelanggan petang tadi, malam ini GiLoCatur berehat dengan surfing dan browsing di alam maya. Sudah pasti info dan maklumat yang GiLoCatur "googling" dan surfing tidak lari dari catur. Berikut GiLoCatur ingin berkongsi info dan maklumat yang ditemui:

  • Mungkin ramai yang tidak tahu, rupanya ada sebuah jalan di negara ini yang diberi nama catur. Nama jalan tersebut ialah Lebuh Catur yang terletak di Ipoh, Perak. Berminat juga GiLoCatur ingin tahu sejarah tentang bagaimana ia mendapat nama sebegitu. Jika ada sesiapa yang tahu, harap boleh beritahu.
  • Agak mengejutkan GiLoCatur apabila mendapati catur tidak tersenarai dalam Persatuan Sukan Kebangsaan Malaysia di laman web rasmi Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN). Sedangkan sukan golf ada tiga persatuan yang berdaftar dengannya. GiLoCatur pun kurang pasti samada ia disebabkan catur bukan dikategorikan sebagai sejenis sukan. Sila klik di sini jika ingin mengetahui senarai lengkap Persatuan Sukan Kebangsaan.
  • GiLoCatur pun baru tahu rupanya ada sebuah laman blog catur yang hampir sama namanya dengan laman blog ini iaitu GilaCatur. Ia mempunyai nama domain sendiri dan ditulis dalam Bahasa Melayu. Tetapi agak sayang ia sudah lama tidak dikemaskini. Harap pengendali laman tersebut kembali aktif mengemaskini laman tersebut.
  • GiLoCatur sangat tertarik dengan satu pesanan dari seorang guru yang menggalakkan ibubapa menjadikan catur sebagai hobi untuk anak-anak. Pesanannya " P.s. Jika anda ingin mencari hobi terbaik untuk anak anda. Jadikan catur sebagai pilihan utama kerana ia banyak membantu pembelajaran anak anda. " Sila ke link ini untuk membaca pengalaman beliau mengenali dunia catur di mana akhirnya beliau terlibat dalam pengadilan pertandingan catur.

No comments:

Post a Comment