Saturday, November 21, 2009

Just a Break from Chess!!

(sumber : facebook kawan sekolah GiLocatur, Cikgu Buck Rogers)


[ For foreign visitors and readers, this entry is about GiLoCatur's comment and opinion on the above picture of a Malay essay written by a school pupil. For information, Malay or Bahasa Malaysia is the national language of the country. English, Chinese and Tamil are also taught at Malaysian schools.]


Kawan satu sekolah GiLoCatur, Cikgu Buck Rogers telah menguploadkan satu karangan salah seorang murid beliau untuk dikomen. Tujuan paparan karangan tersebut bukan untuk mengaib dan menghina murid tersebut, tetapi untuk renungan bersama.

Pandangan dan komen GiLocatur : Murid tersebut ada imaginasi dan cerita yang hendak dikarang. Cuma penceritaan - jalan cerita dan gaya penulisan, dan ayat-ayat yang digunakan kelam kabut, tidak tersusun dan kelakar. GiLoCatur bukanlah seorang guru Bahasa, tetapi karangan di atas pasti tidak akan mendapat markah yang baik.

Kita tidak seharusnya ketawa dengan karangan di atas. Ideanya ada cuma latihan penulisan itu yang perlu lebih banyak dibuat. Memang tidak dinafikan, banyak karangan seperti di atas yang disemak oleh para guru. Justeru itu, dengan mengenengahkan (betulkah perkataan ini? :)- ) isu-isu seperti ini, semoga para ibu bapa dapat memantau dan membantu anak-anak mereka.

Ibu bapa wajib memberi galakan agar anak-anak mereka rajin membaca. Para ibu bapa sendiri wajar menunjukkan contoh tauladan yang baik terlebih dahulu dengan rajin membaca. Mereka juga sewajarnya membawa anak-anak ke perpustakaan untuk menanam dan menyemai sikap suka membaca. Amat sedih sekali kerana rakyat Malaysia tidak gemar membaca.

GiLoCatur juga terpaksa kerap ke perpustakaan untuk menyemai sikap membaca kepada anak sulung, Fikri. Ada ketika yang GiLoCatur sekeluarga akan ke perpustakaan negara di Jalan Tun Razak setiap hujung minggu. Alhamdulillah, minat membaca berjaya juga dipupuk kepada Fikri. Dan dia juga telah berjaya menjadi "Tokoh Nilam", yang dianugerahkan kepada pelajar yang membaca buku terbanyak. Nasib baik GiLoCatur masih belum terlambat memupuk semangat membaca kepada anak-anak bak kata pepatah, "kalau melentur buluh biarlah dari rebungnya."

Satu perkara yang ingin GiLoCatur komen di sini ialah karangan atau tulisan di atas sesuai untuk daily journal atau jurnal harian. Di Amerika Syarikat terutamanya, ia sangat popular dan diamalkan oleh guru-guru di sana. Kemudian pelajar akan diminta membaca karangan mereka di depan kelas. Pada pengamatan GiLoCatur, senario begini amat jarang di sekolah-sekolah di negara ini. Jika ini tidak betul, harap seseorang beritahu.

Satu lagi perkara yang ingin GiLoCatur sarankan terutamanya kepada pelajar-pelajar di negara ini ialah gunakan kemudahan teknologi yang ada iaitu internet, komputer dan ICT untuk latihan penulisan melalui laman-laman blog. Cuba amalkan penulisan seperti di kelas iaitu mengikut tatabahasa yang betul. Ini juga boleh melatih kreativiti mereka. Elakkan penggunaan singkatan yang boleh mempengaruhi penulisan ketika menjawab kertas-kertas bahasa - samada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.


"MARI MEMBACA!"

No comments:

Post a Comment