Sunday, January 3, 2010

"The Kings of New York" dan Alex Lenderman



Memandangkan "M"embaca merupakan salah satu kegemaran dan kegilaan GiLoCatur, pelbagai bahan bacaan seperti buku, suratkhabar atau "koran" di Indonesia dan majalah menjadi santapan mata. Dari segi membeli, hanya buku-buku yang benar-benar diminati yang akan dibeli memandangkan harga buku di Malaysia agak mahal. Biografi Nelson Mandela merupakan di antara buku-buku yang GiLoCatur beli. Ia dibeli di sebuah kedai buku di lapangan terbang di Johanessburg sewaktu GiLoCatur berada di sana beberapa tahun yang lalu.

Selain itu, GiLocatur juga telah membeli buku di atas di MPH MidValley, kalau tidak salah ingatan pada hari Khamis 19 November 2009, sewaktu WYCC 2009 di Antalya, Turki. GiLoCatur masih ingat, setelah membeli buku tersebut yang berharga RM 68.00, GiLoCatur mencari tempat duduk untuk menyaksikan "live game" Nur Nabila di internet.

GiLoCatur baru sahaja selesai membaca buku setebal 281 mukasurat tersebut bulan lepas. Ia berkenaan pasukan catur Sekolah Menengah Edward R Murrow di Amerika Syarikat yang telah mendominasi kejohanan catur peringkat Bandaraya New York, negeri dan kebangsaan. Dengan usaha gigih dan kecekalan guru kelab catur sekolah tersebut, Eliot Weiss, pasukan catur Sekolah Menengah Edward R Murrow telah memenangi 5 kali Kejohanan Catur Bandaraya NY, 7 kali Kejohanan Catur Negeri dan 3 tahun berturut-turut (2004 - 2006) Kejohanan Catur Sekolah Kebangsaan.

Salah satu watak dalam buku ini dan salah seorang pemain utama pasukan catur sekolah Edward R Murrow adalah Alex Lenderman yang baru sahaja mendapat gelaran GM (Grand Master) kira-kira enam bulan yang lalu. Beliau merupakan pemain catur USA pertama yang menjadi juara di WYCC, World Youth Chess Championship. Alex merupakan juara bagi kategori U16 di WYCC 2005 yang telah diadakan di Belfort, Perancis.


Alex Lenderman (USA)


Disebabkan perasaan ingin tahu (curiosity) dan salah satu kegemaran GiLoCatur, "M"engkaji atau research, GiLoCatur pun meng"googling" berkenaan Alex Lenderman. Maka terjumpalah GiLoCatur senarai nama pemenang WYCC 2005 seperti di bawah di laman chessbase.com.



Dengan 8 kemenangan, 2 seri dan 1 kekalahan, Alex telah dinobatkan sebagai juara U16 Lelaki dengan 9 mata, setengah mata di hadapan pemain-pemain lain.

Setelah "M"engkaji lebih lanjut, rupa-rupanya Alex Lenderman berjaya mengenepikan pemain pilihan yang juga merupakan pemain dari negara ASEAN iaitu Nguyen Ngoc Truong Son yang telah berjaya mendapat gelaran GM beberapa bulan sebelumnya. Walaupun mereka tidak bertemu, GM Truong Son yang pada ketika itu memiliki Elo Ratings 2554 hanya mampu menang 5, seri 5 dan kalah sekali (7.5/11 mata) di pusingan terakhir kepada Maxime Lagrave-Vachier. Untuk pengetahuan, GM Truong Son merupakan juara U10 Boys di kejohanan WYCC 2000. Begitulah hebatnya pertandingan WYCC.

Justeru itu, apabila Amier Hamzah dan Nur Nabila yang hampir berjaya menempatkan nama di kalangan 5 pemain terbaik di kejohanan WYCC 2009 di Turki bagi kategori masing-masing, mereka merupakan pemain-pemain catur harapan negara. Pemain catur prodigy Li Tian telah menempa sejarah dengan berjaya mendapat tempat keempat bagi kategori U8 Boys pada tahun 2007 juga di Turki. Li Tian telah dihantar berlatih di Beijing selama enam minggu bersama Tan Li Ting. Diharap ia dapat melonjakkan mereka di persada catur antarabangsa. Diharap mereka bakal berjaya memperolehi gelaran IM (International Master) dalam masa terdekat. Begitu juga kepada pemain-pemain catur muda negara yang lain. Program-program terancang perlu disediakan dan agenda-agenda latihan dan pembangunan tersusun perlu dirangka. Apakah Malaysia tidak mampu menyaingi Vietnam, Filipina dan Indonesia dalam sukan catur? Itulah cabaran yang perlu disahut oleh chess fratenity di negara ini.

Selain itu tiga orang pemain catur dari negara ASEAN telah menarik perhatian GiLoCatur. Mereka ialah GM Le Quang Liem yang mula dikenali sewaktu membuat coverage Kejohanan Catur Dragon Vietnam ke-2. Pemain nombor satu Vietnam tersebut dengan mudah telah mempertahankan kejuaraannya. Rupa-rupanya beliau merupakan juara U14 Lelaki di WYCC 2005 dengan memperolehi 9/11 mata.

Selain itu, GM Wesley So, pemain catur dari negara Phillipines yang mencuri tumpuan di Kejohanan Catur Dunia dengan berjaya ke pusingan keempat, rupa-rupanya berkongsi mata dengan 3 pemain lain bagi kategori U12 Lelaki. Dia berada di tempat keempat mengikut tie-break.

WGM Irene Kharisma Sukandar, dari Indonesia, juga telah tersenarai di antara 5 pemain terbaik bagi kategori U14 Perempuan. Beliau berjaya memperolehi 8.5/11 mata dan berada di kedudukan keempat. GiLoCatur mula mengenali nama beliau sewaktu kejohanan Malaysian Open di MidValley.

Justeru disebabkan kegemaran GiLoCatur "M"enulis, maka entry ini pun dinukilkan malam ini. Apa tujuannya? Untuk menambah knowledge, memberi peransang dan motivasi, dan membuka minda dan awareness pemain2 dan peminat2 catur Malaysia.

GiLoCatur sarankan kepada pemain2, para official, guru2 catur, ibubapa dan peminat2 catur di negara ini agar membaca buku The Kings of New York kerana ia boleh memberi insights dan panduan bagaimana untuk membangunkan chess.

Di antara beberapa perkara menarik bagi GiLoCatur dari buku tersebut :

1) "chess is all about seeing things that no one else sees" - Salvijus Bercys

2) Program Chess-in-the-Schools ( http://www.chessintheschools.org/s/index.cfm )



Berikut adalah permainan-permainan Alex Lenderman di WYCC 2005.


[Round "11.1"]
[White "Warakomski, Tomasz"]
[Black "Lenderman, Alex"]
[Result "0-1"]
[ECO "C43"]
[WhiteElo "2375"]
[BlackElo "2378"]

1. e4 e5 2. Nf3 Nf6 3. d4 Nxe4 4. Bd3 Nc6 5. Bxe4 d5 6. Nxe5 dxe4 7. Nxc6 bxc6 8. O-O Bd6 9. Qh5 O-O 10. Re1 f5 11. Bg5 Qd7 12. f3 Rb8 13. fxe4 Rxb2 14. c3 fxe4 15. Nd2 h6 16. Be3 Qf5 17. Qe2 Qg6 18. Rf1 Rxf1+ 19. Qxf1 Kh7 20. a4 Qh5 21. g3 Bh3 22. Qe1 Rc2 23. Qf2 Qg4 24. Re1 h5 25. Qe2 Qxe2 26. Rxe2 Rc1+ 27.Kf2 Rh1 28. Bf4 Rxh2+ 29. Ke3 Bxf4+ 30. gxf4 Rxe2+ 31. Kxe2 Bf5 32. Nc4 h4 33.Ne3 Be6 34. a5 Kg6 35. Kf2 Kf6 36. c4 g5 37. fxg5+ Kxg5 38. d5 cxd5 39.cxd5 Bf7 40. a6 0-1


[Round "10.1"]
[White "Lenderman, Alex"]
[Black "Nepomniachtchi, Ian"]
[Result "1-0"]
[WhiteElo "2378"]
[BlackElo "2502"]

1. e4 c5 2. d4 cxd4 3. Nf3 d6 4. Nxd4 Nf6 5. Nc3 a6 6. Be3 e5 7. Nb3 Be7 8. f3 Be6 9. Qd2 Nbd7 10. O-O-O O-O 11. g4 Nb6 12. h4 Qc7 13. Kb1 Rfc8 14. g5 Nfd7 15. Rh2 Nc4 16. Bxc4 Bxc4 17. Nd5 Bxd5 18. Qxd5 a5 19. a4 Qc4 20. Qxb7 Qxa4 21.Nc5 Nxc5 22. Qxe7 Na6 23. b3 Qb5 24. Rhd2 Nb4 25. Qxd6 h5 26. g6 fxg6 27. Qxg6 Nxc2 28. Qe6+ Kh8 29. Rxc2 Rxc2 30. Kxc2 Qe2+ 31. Bd2 a4 32. bxa4 Qxf3 33. Qc4 Qg4 34. Bc3 Rc8 35. Qd5 Qg2+ 36. Rd2 Qg3 37. Qd3 Qxh4 38. a5 Qe7 39. Qd6 Qe8 40. Qd7 Qg8 41. Rd5 Qf8 42. Qf5 Rxc3+ 43. Kxc3 Qa3+ 44. Kd2 Qb2+ 45. Ke1 Qc1+ 46. Rd1 Qc3+ 47. Kf1 Qc4+ 48. Kg1 Qc5+ 49. Kh1 Qxa5 50. Qxh5+ Kg8 51. Qg5 Kh7 52. Qh4+ Kg8 53. Rd8+ 1-0


[Round "9.5"]
[White "Lenderman, Alex"]
[Black "Spoelman, Wouter"]
[Result "1-0"]
[WhiteElo "2378"]
[BlackElo "2365"]

1. e4 c5 2. d4 cxd4 3. Nf3 e6 4. Nxd4 Nc6 5. Nc3 Qc7 6. Be2 a6 7. a3 Nf6 8. Be3 Bd6 9. Qd2 Nxd4 10. Bxd4 Bf4 11. Be3 Be5 12. Bd4 Bf4 13. Qd3 e5 14. Be3 Bxe3 15. fxe3 b5 16. O-O-O Bb7 17. g4 h6 18. h4 Qc4 19. Qd6 Qe6 20. Qc7 Bc6 {#} 21.Rd6 (21. Rd6 Qe7 22. Rxc6 dxc6 23. Qxc6+) 1-0


[Round "8.8"]
[White "Diamant, Andre"]
[Black "Lenderman, Alex"]
[Result "0-1"]
[WhiteElo "2226"]
[BlackElo "2378"]

1. e4 e5 2. Nf3 Nc6 3. Bb5 a6 4. Ba4 Nf6 5. O-O Be7 6. Re1 b5 7. Bb3 O-O 8. h3 d6 9. c3 Na5 10. Bc2 c5 11. d4 Qc7 12. Nbd2 cxd4 13. cxd4 Nc6 14. Nb3 a5 15.Be3 a4 16. Nbd2 Bd7 17. Qe2 Nb4 18. Bb1 Rac8 19. a3 Nc2 20. Bxc2 Qxc2 21. dxe5 dxe5 22. Nxe5 Be8 23. Bd4 b4 24. Qe3 Bb5 25. Ndc4 Bxc4 26. Rac1 Qb3 27. Nxc4 Qxe3 28. Nxe3 bxa3 29. Bxf6 Bxf6 30. bxa3 Bb2 31. Rc4 Ra8 32. Nd5 Rfb8 33. Rb1 g6 34. g4 Rb3 35. Kg2 Kg7 36. Ne3 Ra7 37. h4 h6 38. h5 Kh7 39. Nd5 gxh5 40.gxh5 Ra8 41. Rc7 Rg8+ 42. Kf1 Kg7 43. Ke2 Rgb8 44. Rg1+ Kf8 45. Rg4 Be5 46. Re7 Bd6 47. Rd7 Be5 48. Re7 Bd6 49. Rd7 Be5 50. Ne3 Rxa3 51. Nc4 Ra2+ 52. Kf1 Re8 53. Ne3 Bf6 54. Rf4 Re6 55. Nd5 Be7 56. Rb7 a3 57. Ra7 Re5 58. Rf3 Ra1+ 59. Kg2 Rg5+ 60. Rg3 Rxg3+ 61. Kxg3 Bc5 62. Ra8+ Kg7 63. e5 Rg1+ 64. Kf4 Bxf2 65. Rxa3 Bh4 66. Rf3 Bg5+ 67. Kf5 Rh1 68. Nf6 Rh4 69. Ne4 Be7 70. Ng3 Ra4 71. Ne4 Ra5 72. Rg3+ Kf8 73. Rb3 Ra1 74. Ng3 Bg5 75. Rf3 Ke7 76.Ne4 Rg1 77. Rf2 0-1


[Round "7.14"]
[White "Lenderman, Alex"]
[Black "Tologontegin, Semetey"]
[Result "1-0"]
[WhiteElo "2378"]
[BlackElo "2254"]

1. e4 c5 2. d4 cxd4 3. Nf3 d6 4. Nxd4 Nf6 5. Nc3 a6 6. Be3 e5 7. Nb3 Be6 8. f3 Nbd7 9. g4 Nb6 10. Qd2 Be7 11. O-O-O O-O 12. h4 Nc4 13. Bxc4 Bxc4 14. g5 Nh5 15. Nd5 Bxd5 16. Qxd5 Qc7 17. c3 b5 18. Kb1 Kh8 19. Rc1 f5 20. c4 fxe4 21. fxe4 Qd7 22. c5 Rad8 23. c6 Qg4 24. Nd2 Ng3 25. Rcg1 Rc8 26. Rh2 Rf3 27. Bf2 Qf4 28.Nxf3 Nxe4 29. Re1 Qxf3 30. Qxe4 Qf7 31. Bb6 1-0


[Round "6.13"]
[White "Rehberg, Raphael"]
[Black "Lenderman, Alex"]
[Result "1/2-1/2"]
[WhiteElo "2233"]
[BlackElo "2378"]

1. e4 e5 2. Bc4 Nf6 3. d3 c6 4. Nf3 Be7 5. O-O d6 6. Bb3 Bg4 7. h3 Bh5 8. c3 O-O 9. Re1 h6 10. Nbd2 Nh7 11. Nf1 Ng5 12. Bxg5 Bxg5 13. Ng3 Bg6 14. Nxg5 Qxg5 15. Qg4 Na6 16. d4 Rad8 17. Rad1 Nc7 18. Qxg5 hxg5 19. dxe5 dxe5 20. Nf5 Kh7 21. Nd6 b6 22. f3 f6 23. Re2 Rd7 24. Red2 Rfd8 25. Nc4 Rxd2 26. Rxd2 Rxd2 27.Nxd2 Be8 28. Nc4 g6 29. Kf2 Kg7 30. Ne3 Bd7 31. Ng4 Na6 32. Ke3 Nc5 33. Bc2 Be6 34. b4 Nb7 35. Bb3 Bxb3 36. axb3 Kf7 37. Kd3 Ke6 38. Ne3 f5 39. exf5+ gxf5 40.g4 fxg4 41. hxg4 Nd6 42. Nf1 e4+ 43. fxe4 Ke5 44. Nd2 Kf4 45. e5 Nf7 46.e6 Ne5+ 47. Kd4 Nxg4 48. e7 Nf6 49. Ne4 Ne8 50. Nxg5 Kxg5 51. Ke5 Kg6 52. Ke6 Nf6 53. c4 c5 54. bxc5 bxc5 55. Kd6 Kf7 56. Kxc5 Kxe7 1/2-1/2


[Round "4.11"]
[White "Maenhout, Thibaut"]
[Black "Lenderman, Alex"]
[Result "1-0"]
[WhiteElo "2150"]
[BlackElo "2378"]

1. e4 e5 2. Nf3 Nc6 3. Bb5 a6 4. Ba4 Nf6 5. O-O Be7 6. Re1 b5 7. Bb3 O-O 8. h3 d6 9. c3 Na5 10. Bc2 c5 11. d4 Qc7 12. Nbd2 cxd4 13. cxd4 Nc6 14. Nb3 a5 15.Be3 a4 16. Nbd2 a3 17. bxa3 Rxa3 18. Bb3 Ra8 19. Rc1 Qb7 20. Nb1 exd4 21. Nxd4 Na5 22. Bg5 Bd7 23. Nc3 Rac8 24. Bxf6 Bxf6 25. Nd5 Bd8 26. Qd3 Rc5 27. Qg3 Qa6 28. Nf5 Bxf5 29. exf5 Nxb3 30. f6 g6 31. Qxb3 Qc6 32. Rcd1 Re8 33. Qf3 h5 34.Ne7+ Bxe7 35. Rxe7 Ra8 36. Qf4 Rf5 37. Rxd6 Qc5 38. Qd2 Rf8 39. Red7 Qe5 40.Rd8 Rxf6 41. Rxf8+ Kxf8 42. Rd5 Qa1+ 43. Kh2 Qf1 44. Qh6+ Ke7 45. Re5+ Kd6 46.Re3 Qxf2 47. Qf8+ Kd5 48. Qd8+ Kc5 49. Qc7+ Kd4 50. Qe5+ Kc4 51. Rc3+ Kb4 52.Rb3+ Kc4 53. Qxb5+ Kd4 54. Rd3+ Ke4 55. Qd5+ Kf4 56. Rd4+ Qxd4 57. Qxd4+ Kg5 58. a4 Rf5 59. h4+ 1-0


[Round "3.20"]
[White "Lenderman, Alex"]
[Black "Krishnamoorthy, Vljay Keerthi"]
[Result "1-0"]
[WhiteElo "2378"]
[BlackElo "2192"]

1. e4 c5 2. d4 cxd4 3. c3 Nc6 4. cxd4 d5 5. exd5 Qxd5 6. Nf3 e6 7. Nc3 Qd8 8.Bd3 Nf6 9. O-O Be7 10. Bg5 h6 11. Be3 Nd5 12. Nxd5 exd5 13. h3 Bf6 14. Qd2 Qb6 15. Rac1 Ne7 16. Bf4 O-O 17. Bc7 Qe6 18. Rfe1 Qd7 19. Bf4 Qd8 20. Bb1 Be6 21.Bxh6 Qb6 22. Bg5 Bxg5 23. Qxg5 Rae8 24. Re2 f5 25. Rce1 Rf6 26. b3 Nc8 27. Bxf5 Rxf5 28. Rxe6 Ref8 29. Qxf5 Rxf5 30. Rxb6 Nxb6 31. Re7 Rf7 32. Rxf7 Kxf7 33.Ne5+ Ke6 34. Nd3 Nd7 35. Kf1 b6 36. Ke2 Kf5 37. f3 a5 38. Ke3 Nf6 39. Nf4 g6 40. h4 1-0


[Round "2.11"]
[White "Toufighi, Homayoon"]
[Black "Lenderman, Alex"]
[Result "1/2-1/2"]
[WhiteElo "2196"]
[BlackElo "2378"]

1. e4 e5 2. Nf3 Nc6 3. Nc3 Nf6 4. d4 exd4 5. Nd5 Nxd5 6. exd5 Bb4+ 7. Bd2 Qe7+ 8. Qe2 Bxd2+ 9. Kxd2 Qxe2+ 10. Bxe2 Ne7 11. d6 cxd6 12. Nxd4 a6 13. Bf3 Kd8 14.Rhe1 g6 15. Rad1 Nc6 16. Kc1 Kc7 17. Bd5 Rf8 18. Re3 b5 19. Rh3 h5 20. Re1 Bb7 21. Nxc6 Bxc6 22. Bxc6 dxc6 23. Re7+ Kb6 24. Rf3 Rae8 25. Rxe8 Rxe8 26. Rxf7 Re6 27. Kd2 a5 28. h3 d5 29. g4 hxg4 30. hxg4 Kc5 31. f4 Re4 32. g5 a4 33. Rf6 b4 34. Kd3 Kb5 35. Rxg6 Rxf4 36. Rg8 Rg4 37. g6 Kc5 38. g7 Rg3+ 39. Kd2 Kd4 40.c3+ bxc3+ 41. bxc3+ Kc4 42. Rc8 Rxg7 43. Rxc6+ Kb5 44. Re6 Rg2+ 45. Re2 Rg1 46.Re1 Rg4 47. Re8 Rg2+ 1/2-1/2


[Round "1.14"]
[White "Lenderman, Alex"]
[Black "Teixeira, Rafael Goltsman"]
[Result "1-0"]
[WhiteElo "2378"]
[BlackElo "2076"]

1. e4 c5 2. d4 cxd4 3. c3 d3 4. c4 d2+ 5. Bxd2 Nc6 6. Nf3 d6 7. h3 Nf6 8. Nc3 g6 9. Bd3 Bg7 10. O-O O-O 11. Rc1 e6 12. Bg5 Ne5 13. Be2 Qa5 14. Qd2 a6 15.Rfd1 Nxf3+ 16. Bxf3 Rd8 17. Bxf6 Bxf6 18. Nd5 Qxd2 19. Nxf6+ Kg7 20. Nh5+ gxh5 21. Rxd2 Kf6 22. Rcd1 Ke7 23. c5 Bd7 24. Rxd6 Bc6 25. Rxd8 Rxd8 26. Rxd8 Kxd8 27. Bxh5 Ke7 28. e5 Bd5 29. a3 f6 30. f4 fxe5 31. fxe5 Kd7 32. b4 Kc6 33. Be8+ Kc7 34. Kf2 Kd8 35. Bh5 Kd7 36. Bf3 Kc6 37. Ke3 Bxf3 38. gxf3 Kd5 39. f4 h6 40.Kd3 a5 41. bxa5 1-0


Berikut adalah permainan pusingan terakhir GM Truong Son yang tewas kepada Maxime, yang juga merupakan seorang GM sekarang dan berada pada ranking ke-23 dalam senarai FIDE November 2009 . Semoga, ia memberi manafaat kepada semua pemain muda Malaysia khususnya dan pemain2 negara ASEAN amnya.

[Event "WYCC BU16"]
[Site "Belfort, France"]
[Round "11.2"]
[White "Vachier-Lagrave, Maxime"]
[Black "Nguyen, Ngoc Truongson"]
[Result "1-0"]
[ECO "C00"]
[WhiteElo "2527"]
[BlackElo "2554"]

1. e4 e6 2. d4 b6 3. Nf3 Bb7 4. Bd3 d6 5. O-O Nd7 6. c4 Ngf6 7. Nc3 Be7 8. Qc2 c5 9. e5 Ng4 10. Be4 Qb8 11. exd6 Bxd6 12. Bxb7 Qxb7 13. d5 O-O 14. Ne4 Be7 15.Neg5 Bxg5 16. Nxg5 Ngf6 17. dxe6 fxe6 18. Nxe6 Rfe8 19. Ng5 h6 20. Nf3 Qe4 21.Qxe4 Rxe4 22. b3 a6 23. h3 Re2 24. Be3 Ne4 25. Rfe1 Rxe1+ 26. Rxe1 Ndf6 27. Rc1 Kf7 28. Kf1 Ke6 29. Ke2 Rd8 30. Ne1 Nd6 31. g4 Nf7 32. b4 cxb4 33. Nd3 a5 34.Bxb6 Ra8 35. Bd4 Kd6 36. f4 Nd8 37. Be5+ Kc6 38. Ke3 Ne6 39. Bb2 Re8 40. Kf3 Nc5 41. Ne5+ Kc7 42. Bd4 Ne6 43. Be3 Nd8 44. a3 Nd7 45. Nd3 bxa3 46. Ra1 Nb6 47. Ne5 Nd7 48. Bd4 Ne6 49. Bc3 Ng5+ 50. Kg2 Ne4 51. Bxa5+ Kc8 52. Nxd7 Kxd7 53. Rxa3 g6 54. Re3 h5 55. Kf3 hxg4+ 56. hxg4 Nd6 57. Rxe8 Nxe8 58. Bc3 Ke6 59.Be5 1-0


3 comments:

  1. Gilocatur, wah! bagus lah komentari mengenai buku The Kings of New York. Saya pun dah baca buku ini. Alex Lenderman sekarang adalah seorang International Master dan selalu beri ceramah di Internet Chess Club (ICC). :-)

    ReplyDelete
  2. TQ ler firey_rook. jgn ler puji sesangat hehe .. moh kite majukan chess. itu yg penting.

    mmg saya ada jumpe link pasal Alex kat ICC tu .. actually, Alex dah dpt title GM .. maklumat yg kat ICC tu x berapa latest ..

    wah! firey_rook belajor dgn Alex Lenderman ker ape?? Jeram nanti turun tak? sya cdg nak main .. maybe bleh kite jumpe kot ahak ahak ..

    ReplyDelete
  3. TQ for highlighting this book. We recently bought a book on Magnus Carlsen, child prodigy, in London at the recent London Chess Classic. Interesting book as it hightlights his life/training and key games he has played. Book was written by his coach. Perhaps we can exchange/share such books going forward?

    ReplyDelete