Pada hari Sabtu lalu, GiLoCatur dan keluarga pergi melawat Fikri di asrama putera SMK Seksyen 18. Kami membeli KFC untuk beliau. Sungguh berselera Fikri makan KFC setelah dia sedikit kelaparan kerana tidak makan makanan asrama. Kami tiba agak lewat sedikit dari yang dijanjikan iaitu pada pukul 2 petang. Macam-macam yang dibualkan walaupun hanya berpisah selama seminggu. Masih segar diingatan sewaktu zaman GiLoCatur tinggal di asrama di Kajang di awal 80an. Tiada ahli keluarga yang datang melawat. Al maklum, jarak kampung GiLoCatur dengan asrama (kalau tak salah) adalah sejauh 150 km. Tetapi "transportation" dan infra jalanraya pada ketika itu tidak secanggih dan sepantas zaman sekarang. Tambahan pula keluarga GiLoCatur tiada kereta walaupun sebenarnya mampu.
Sebulan sekali barulah GiLoCatur pulang ke kampung menaiki perkhidmatan awam iaitu bas bersama-sama abang senior. Itu pun memakan masa setengah hari, dan mungkin lebih lama jika naik "bas lompat"; bukan bas ekspress. Perubahan zaman iaitu urbanisasi dan serba kemodenan telah merubah landscape kehidupan anak-anak. Gangguan-gangguan seperti astro, gameboy, play station, mp3, mp4 dan youtube telah mempengaruhi kehidupan kanak-kanak dewasa ini berbanding di zaman kanak-kanak GiLoCatur.
Back to the story, pada kira-kira jam 6 petang, kami beredar dari asrama Fikri. Bagi menghilangkan kebosanan di hujung minggu, (bosan sungguh rupanya bila masa tidak diisi dengan aktiviti2 dan pertandingan catur), GiLoCatur telah membawa ahli keluarga "drive cruising" ke Padang Jawa. Adakah anda tahu di mana ia? Pernah ada satu pertandingan catur diadakan di Padang Jawa. Sudah agak lama GiLoCatur tidak pergi ke Padang Jawa. Begitu juga dengan "orang rumah" GiLoCatur yang pernah mengajar di sebuah sekolah di Padang Jawa sewaktu bujang dahulu. Sebenarnya GiLoCatur nak survey kot kot ada tempat makan yang istimewa.
Sewaktu di Padang Jawa, GiLoCatur tertarik kepada sebuah rumah seperti gambar di atas. Sungguh cantik dan unik sekali rumah tersebut pada pandangan mata GiLoCatur. Dengan warna biru lembut atau "biru laut" yang merupakan warna favourite GiLoCatur, di samping pagar kayu yang simple dan kemas, rumah tersebut memang benar-benar telah menawan hati. Rumah siapalah agaknya. Diharap tuan empunya rumah tidak marah apabila GiLoCatur paparkan di laman blog ini.
Akhirnya GiLoCatur dan keluarga telah berhenti di sebuah restoran yang nampak cantik dan anggun. Tidak perlulah GiLoCatur menyatakan nama restoran tersebut kerana "SUDAH TERANG LAGI BERSULUH". Lokasi restoran adalah tidak jauh dari traffics lights jalan masuk ke Padang Jawa.
Sempat pula "kakak", Anis, dan "adik", Fahim, berposing di hadapan air pancut seperti gambar di atas. GiLoCatur dah pesan awal-awal dengan mereka agar tidak memesan sebarang makanan kerana mereka berdua telah kenyang makan "snack plate" bersama Fikri. Mereka hanya dibenarkan untuk order air minuman sahaja he he he ... Sebab nanti takut tak habis, membazir sahaja.
Wah GiLoCatur dan isteri makan apa tu? Lain macam pinggan makanan GiLoCatur tu. Actually, GiLoCatur memesan "koay / kuey / kway" (yang mana satu ni?) teow kungfu. Makanan apa pula yang dipesan oleh wife GiLoCatur? Alamak tak nampak sangatlah, terlindung dek tangan.
Hah! Dah nampak? Mmmm meehun sup maa ... Eh lain macam aje tempat meehun sup tu? Rupanya agak special lor .. look like small "kuali". Kira uniklah "pinggan"nya. Kalau berminat dengan bekas meehun sup tu, jangan tanya GiLoCatur ya ... tu kena tanya tauke restoran ... kat mana dia beli. Tapi kalau berminat dengan tudung yang mrs GiLoCatur pakai, tu boleh order. Memang dia ada jual.
So, kalau korang semua ada tersampai ke Padang Jawa atau tinggal di kawasan berhampiran, bolehlah berkunjung ke restoran tersebut. Sedap tak makanan2 kat situ? Bab-bab sedap tak sedap ni agak subjektif. Ikut salero masing-masing. Tapi koay teow kungfu GiLoCatur tu, "I like" meminjam kata2 Linda Onn. Aik, tak kenal Linda Onn atau LO? Check out her blog here.
No comments:
Post a Comment