Sunday, March 7, 2010

Siapa Ikon Catur Anda?


Pakcik GiLoCatur ingin bertanya kepada anak-anak catur Malaysia terutamanya yang perempuan, siapakah ikon pemain catur anda? Apa? Anak-anak semua yang pakcik GiLoCatur sayangi tiada ikon catur? Pakcik GiLoCatur tak suka tu. Sewajarnya ada ikon catur untuk memberi semangat agar berjaya dan cemerlang dalam bidang sukan yang amat diminati iaitu - CHESS.

OK, biar pakcik GiLoCatur perkenalkan seorang pemain catur wanita yang hebat dan handal untuk dijadikan ikon dan role model kepada anak-anak semua. Nak tahu siapakah beliau yang pakcik GiLoCatur pilih? Tidak lain dan tidak bukan, JUDIT POLGAR. Nak tahu dan kenal siapa dia? Jika ada yang sudah kenal dan tahu, bagus.


JUDIT POLGAR (FIDE 2682 - Mar 2010, ke 51 dunia)


Nama : JUDIT POLGAR
Tarikh Lahir : 23 Julai 1976 (boleh kira sendiri berapa umur dia kan?)
  • Anak bongsu dari 3 orang adik beradik.
  • Berumur 9 tahun ketika memenangi pertandingan catur peringkat antarabangsa.
  • Menjadi juara WYCC age group ketika berumur 12 dan 14 tahun. Bukan kategori "Girls", tetapi kategori "Boys" / "Open".
  • Sewaktu berumur 12 tahun, bersama kakak2nya dan seorang pemain lain, Judit memenangi pingat emas Olimpik wanita. Kejayaan tersebut diulangi sekali lagi pada tahun 1990.
  • Pada tahun 1991, Judit telah berjaya menjadi seorang Grandmaster dan merupakan yang termuda ketika itu memecahkan rekod Bobby Fischer, seorang legenda chess Amerika.
  • Beliau mewakili pasukan lelaki Hungary di chess Olypiad sebanyak 4 kali.
  • Merupakan pemain catur Numero Uno (No 1) wanita dunia selama 20 tahun berturut2 dari tahun 1989.
  • Pada tahun 2005, menduduki ranking ke 8 dunia (FIDE)
  • Telah mengalahkan pemain-pemain catur ternama dunia seperti Spassky, Karpov dan Kasparov.
  • 7 kali mendapat award "Chess Oscar"
  • Telah dianugerah "Women Chess Player of the Century"

Berikut adalah dua permainan terbaik Judit untuk dipelajari anak2 catur Malaysia semua.

Polgar-GM Ferenc Berkes, Budapest 2003
1.e4 e6 2.d4 d5 3.Nc3 Nf6 4.Bg5 dxe4 5.Nxe4 Be7 6.Bxf6 Bxf6 7.Nf3 O-O 8.Qd2 Nd7 9.O-O-O Be7 10.Bd3 b6 11.Neg5 h6 12.Bh7+ Kh8 13.Be4 hxg5 14.g4 Rb8 15.h4 g6 16.hxg5+ Kg7 17.Qf4 Bb7 18.Rh7+ Kxh7 19.Qh2+ Kg8 20.Rh1 Bxg5+ 21.Nxg5 Qxg5+ 22.f4 Qxf4+ 23.Qxf4 Bxe4 24.Qxe4 1-0


Polgar-Kasparov, Russia vs. The Rest of the World match, Moscow 2002
1.e4 e5 2.Nf3 Nc6 3. Bb5 Nf6 4.O-O Nxe4 5.d4 Nd6 6.Bxc6 dxc6 7.dxe5 Nf5 8.Qxd8+ Kxd8 9.Nc3 h6 10.Rd1+ Ke8 11.h3 Be7 12.Ne2 Nh4 13.Nxh4 Bxh4 14.Be3 Bf5 15.Nd4 Bh7 16.g4 Be7 17.Kg2 h5 18.Nf5 Bf8 19.Kf3 Bg6 20.Rd2 hxg4+ 21.hxg4 Rh3+ 22.Kg2 Rh7 23.Kg3 f6 24.Bf4 Bxf5 25.gxf5 fxe5 26.Re1 Bd6 27.Bxe5 Kd7 28. c4 c5 29.Bxd6 cxd6 30.Re6 Rah8 31.Rexd6+ Kc8 32.R2d5 Rh3+ 33.Kg2 Rh2+ 34.Kf3 R2h3+ 35.Ke4 b6 36.Rc6+ Kb8 37.Rd7 Rh2 38.Ke3 Rf8 39.Rcc7 Rxf5 40.Rb7+ Kc8 41.Rdc7+ Kd8 42.Rxg7 Kc8 1-0


Jadi, pakcik GiLoCatur nak la sangat-sangat anak-anak perempuan Malaysia semua berlatih bersungguh-sungguh dan berusaha memperbaiki permainan agar juga boleh berjaya seperti Judit Polgar. Jika tidak dapat contohi 100%, dapat 50% pun jadilah. Sekurang2nya dapat juga title WFM atau WIM. Kepada para ibubapa, didik, bentuk dan latihlah anak2 anda terutamanya yang perempuan agar menjadi seorang jaguh catur, jika tidak genius catur sekali pun. Jika Laszlo Polgar, ayah Judit boleh melahirkan seorang "genius" dengan perancangan dan penyelidikan rapi lagi terancang, apakah kita yang juga educated, terpelajar, dan berpendidikan tidak boleh lakukan perkara yang sama? TEPUK DADA TANYA DIRI KITA!


Sumber :

No comments:

Post a Comment