Wednesday, April 21, 2010

Pictures During MSS Selangor 2010 Chess Championship


Berikut adalah gambar-gambar yang di"snap" oleh GiLoCatur sewaktu Kejohanan Catur MSS Selangor 2010 yang diadakan di SMK Sungai Besar dari 13 hingga 15 April yang lalu. Pelbagai kenangan - samada suka duka dan pahit manis, yang dialami oleh para pemain, guru-guru pengiring (PT, pengurus dan jurulatih) dan para ibubapa.


Sungguh relax memandu ke Pekan Sungai Besar di waktu pagi. Tiada traffic jam, tidak seperti di bandar-bandar besar seperti KL, Shah Alam dan JB.



Restoran ni memang menjadi favourite GiLoCatur. Sesuai dengan citarasa GiLoCatur. Lagi pun seronok bercakap2 dengan tuan punya restoran, Abang Rashid, yang pandai bercakap dialek Kampar walaupun dia seorang "kulaan" atau Banjar.


Pagi sebelum bermula kejohanan, GiLoCatur pekena Roti Telur di Restoran Rashid. GiLoCatur breakfast sorang-sorang aje. Cuba perhatikan roti canai di atas betul-betul. Ada berbeza tak dengan yang kat kedai2 mamak tu?


Pukul 8:15 pagi, GiLoCatur dah sampai ke tempat kejohanan iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar. Kereta kena park kat luar, tak boleh bawak masuk.



Hah! Satu poster yang menarik. Ia ditampal di atas meja di kantin sekolah. Cuba baca betul-betul apa isi kandungannya. "Syarat Poligami" tu ...



Lensa sebelum kejohanan bermula. Ada yang hanya duduk-duduk bersembang. Ada yang buat warm-up session.

Cikgu Mizi (kanan) dari Daerah Kuala Langat. Sedang duduk bersantai-santai di pintu masuk dewan tempat pertandingan.







Di hari pertama, para pemain bertarung empat (4) pusingan. Setiap pusingan maksima 2 jam iaitu sejam bagi setiap pemain. Para pemain terpaksa mengharungi secepat-cepatnya 2 jam dan selewat-lewatnya 8 jam di hari pertama kejohanan. Memang menguji ketahanan minda dan fokus para pemain.

No comments:

Post a Comment