Saturday, November 1, 2008

First Round Sarawak Open

YB Dr Abang Haji Abdul Rauf made a chess move to officiate the tournament. 

The first round game started at around 9:00 pm. After the opening ceremony officiated by YB Dr Abang Haji Abdul Rauf, the sponsor of the tournament, the briefing and the first round pairing had been carried out. 

Below are the first round games for me, my kid, Fikri, and Irfan.

Fikri vs Yahaya Ahmad from Kedah on Table 36.

Playing black, Fikri drew the game after 44 moves.

Irfan vs Mr Robin Chong on Table 30.

Playing black, Irfan also drew in the first round.

My opponent for the first round on Table 38, Arnold Ong.

A good start for me as I checkmated my opponent after 34 moves. I wonder who is gonna be my next opponent in the second round.  Other results, most of the higher rated players won their respective games. One big upset is when a Singaporean FM was defeated by a top Sabahan player, Abdul Sahim Wising.

Not a bad start for the three of us. After the game finished, we had our dinner at McD. While walking home to the hotel we snapped few pictures in front of the "Kucing' monument. Really need a rest since there will be three rounds tomorrow.



Friday, October 31, 2008

KUCHING, HERE I COME!

'Belon' yang membawa aku ke Kuching.

Aku baru sahaja check in di Hotel Borneo setelah selamat tiba di Kuching pada jam 1:05 petang. Bersama-sama anakku Fikri, dan anak Azhar MS, Irfan, tujuan ke Kuching adalah untuk menyertai Pertandingan Catur Terbuka Sarawak yang akan bermula pada malam ini.  Kejohanan bertaraf FIDE ini bakal disertai 70 pemain catur dan dijalankan sebanyak 9 pusingan.

Kali terakhir aku berada di Kuching adalah beberapa tahun yang lalu. Aku dan sekeluarga telah datang bercuti selama seminggu. Pernah juga aku bertugas selama dua minggu di Airport Kuching sewaktu pemasangan sistem komputer.

Ketika di hotel, aku berasa amat terkilan kerana gambar-gambar di kamera digitalku yang belum sempat disalin ke komputer telah hilang (terdelete) rupanya. Ini kemungkinan besar disebabkan kamera digital tersebut melalui scanner sewaktu check in untuk boarding. Aku berasa sangat ralat kerana tidak pula aku salin dahulu di rumah malam tadi. Apakan daya ia telah berlaku. Hilang sudah gambar-gambar Fikri dan Anis ketika menerima trofi Tokoh Membaca (Nilam) yang diadakan semalam di sekolah mereka. 

INDIA! The Powerful Chess Force


India won 4 gold medals in the recently concluded 2008 World Youth Chess Championship in Vung Tau, Vietnam. It shows how India has become a dominant force in chess. Furthermore, Viswanathan (Vishy) Anand had just defended his World Chess Title few days ago.

WYCC2008 - The Champions

Open 18 - IM Ivan Saric (Croatia) 8/11
Girls 18 - WGM Valentina Golubenko (Croatia) 9/11

Open 16 - IM Adhiban (India) 9/11
Girls 16 - WFM Nazi Paikidze (Georgia) 9/11

Open 14 - Vidit Santosh Gujrathi (India) 9/11
Girl 14 - WIM Padmini Rout (India) 10/11

Open 12 - Sayantan Das (India) 9.5/11
Girl 12 - Zhai Mo (China) 8.5/11

Open 10 - Jan-Krysztof (Poland) 9.5/11
Girls 10 - Aleksandra Goryackina (Russia) 9/11

Open 8 - Tran Minh Thang (Vietnam) 10/11
Girl 8 - Zhansaya Abdumalik (Kazakhstan) 10/11

Thursday, October 30, 2008

Nama Jalan

Saya pernah terbaca satu artikel di PENDAPAT@sinar berkenaan isu penukaran nama Jalan Alor kepada Jalan Kejora. Dan saya amat bersetuju dengan pendapat penulis betapa kita sangat suka menukar nama jalan terutamanya nama jalan yang berbahasa Inggeris. Pada pandangan saya, apalah salahnya nama-nama jalan yang telah ujud sebelum waktu kemerdekaan dikekalkan. Ini adalah kerana nama-nama tersebut mempunyai nilai-nilai sejarah yang tersendiri. 

Ketika saya berjalan-jalan di kota Singapura beberapa tahun yang lalu, didapati nama-nama jalan dari zaman silam masih digunakan. Ini memudahkan saya mengimbau kisah-kisah sejarah yang pernah berlaku sebelum ini. Berdasarkan kepada nama-nama jalan yang disebutkan dalam beberapa buah buku memoir yang dibaca seperti Meniti Lautan Gelora, biografi politik Pak Said Zahari  dan Memoir Samad Ismail, saya bisa menyelusuri jalan-jalan di Singapura dan membayangkan apa yang telah berlaku beberapa dekad yang lalu.

Apatah pula jika nama sesuatu jalan itu telah popular dan sudah terkenal seperti Jalan Alor. Dilaporkan bahawa laman portal gergasi Yahoo menyenaraikan 900,000 jawapan untuk carian mengenai Jalan Alor. 

Wednesday, October 29, 2008

NOV Local Chess Tournaments


1) 31 Okt - 3 Nov, Jumaat - Isnin - Sarawak Open Chess Championship (FIDE-rated): 9 pusingan, 90 minit 

2) 2 Nov, Ahad - 14th Kepong Juniors Open @SKJC Kepong (nationally-rated) : 6 pusingan, 30 minit

3) 9 Nov, Ahad - 2nd KEC (Klang Executive Club) Chess Open : 7 pusingan (postponed)

4) 16 Nov, Ahad - UIA Chess Open : 7 pusingan, 25 minit

5) 16 Nov, Ahad - Royal Selangor Club (RSC) Chess Festival : 8 pusingan, 25 minit

6) 23 Nov, Ahad - Kejohanan Catur Terbuka INTEC, UITM Seksyen 18 Shah Alam

7) 30 Nov, Ahad - Pertandingan Catur Terbuka GERAK KHAS di Melaka : 7 pusingan, 25 minit


My Round 7 Game


16. ... Qe8

The above is my round 7 game at the 2nd UPSI Chess Open againts one of the IPT's player. I missed the move to fork my opponent's queen and rook. At least I can get back a pawn when my opponent capture my pawn on e6 square. Instead my next move was g4. Is there anyone who also does not see the move as what I did in the game?? :)- 


Tuesday, October 28, 2008

Update on Sarawak Open from SCA's President

Dear chess friends,

With two more days to the closing date, the FIDE-rated and National-rated 2008 Sarawak Open have received 69 entries: 32 from Kuching, 12 from KL, 6 from Brunei, 8 from Sabah, 5 from Singapore, 1 from Johor, 3 from Miri, 1 from Sarikei and 1 from Sibu.

Among them, there are 23 FIDE-rated players:

1. FM Mok Tze Meng Kuching 2308
2. Yee Soon Wei Brunei 2235
3. Amir Fahkry bin Hj.Sulaiman Brunei 2233
4. FM Fernandez Daniel Howard Singapore 2212
5. Kamaluddin Yusuf KL 2184
6. Abdullah Che Hassan Johor 2125
7. Ismail Ahmad KL 2106
8. Abg.Mohd.Reduan Kuching 2083
9. Nik Ahmad Farouqi KL 2081
10 NM Edward Lee Kim Han KL 2054
11 Masrin b.Erowan Sabah 2032
12 Kueh Yan Chew Kuching 1977
13 Lim Kian Hwa Kuching 1964
14 Morsin Ahmad Kuching 1941
15 Tan Ken Wei KL 1937
16 Ahmad Afiq Afyfy Kuching 1929
17 Faeznor Razali Kuching 1927
18 Johnharry Pereira Singapore 1926
19 Lim Zhuo Ren KL 1871
20 Japeri Reduan Kuching 1854
21 Mark Ho En-Tian Singapore 1836
22 Danielle Ho En-Huei Singapore 1738
23 Draup, Abang Azman Kuching 1714

I will be requesting gilachess to post the locality map of the Tournament venue - Ultimate Professional Centre. Please browse gilachess site if you need help to get there.

Regards,
Lim Kian Hwa
President, Sarawak Chess Association
(016-8603180)

Monday, October 27, 2008

My Results @2nd UPSI Chess Open


Saya sungguh gembira kerana prestasi permainan di Kejohanan Catur Terbuka UPSI Ke Dua agak memberansangkan. Saya menang 3 dan seri 1 menentang pemain-pemain unrated.  Kesemua game yang saya tewas kepada pemain-pemain national rating 1500 ke atas adalah buah hitam. Saya memberi tentangan sengit kepada Khair Wahiduddin (1714), adik NM Kamal Arifin, di pusingan kedua. Tetapi beliau masih belum tandingan saya. 
Kemudian lawan saya di pusingan keempat, game pertama pada hari kedua, kedengaran mengeluh dengan serangan saya. Tetapi dengan kehebatannya bertahan dan ending saya yang masih lemah, beliau berjaya menewaskan saya. Beliau yang memiliki rating 1655 dan merupakan jaguh di kalangan pemain-pemain 17ChessClub adalah Sahir Sarifdin.

Di pusingan keenam, sekali lagi dengan bermain buah hitam saya berjaya memberi tentangan sengit kepada pemain yang memiliki rating kebangsaan 1520. Nama beliau adalah Norazwan Kamaruzaman  merupakan pemain catur dari Utara tanahair. Nampaknya saya masih belum berjaya untuk menewaskan pemain-pemain rated. Tetapi prestasi permainan memang sangat meningkat. 

Berikut adalah detail game saya di Kejohanan Terbuka UPSI Ke Dua.

Pusingan 1, Meja 32, Saleh Abd Latif vs Amaluddin Bebakar (1-0)P
Pusingan 2, Meja 12, Mohd Khair Wahiduddin [1714] vs Saleh Abd Latif (0-1)
Pusingan 3, Meja 26, Saleh Abd Latif vs Azrul Aminurrasyid Abu Bakar (1-0)
Pusingan 4, Meja 15, Sahir Sarifdin [1655] vs Saleh Abd Latif (1-0)
Pusingan 5, Meja 23, Saleh Abd Latif vs Ibrahim Amat (1-0)
Pusingan 6, Meja 16, Norazwan Kamaruzaman [1520] vs Saleh Abd Latif (1-0)
Pusingan 7, Meja 24, Saleh Abd Latif vs Umi Hani Ahsan (1/2 - 1/2)

Sukan Yang Telah Terpinggir Dari Masyarakat Kita

Dalam kelesuan dan keletihan bermain catur selama dua hari di UPSI, cuti umum pada hari ini aku ambil peluang bersantai di rumah setelah ke Mydin membeli groceri. Aku begitu tertarik dengan satu artikel di Kosmo yang bertajuk Novel Sukan Bantu Pupuk Minat tulisan Alias Ismail. Di antara intipati artikel tersebut ialah beberapa pandangan ahli akademik dan pakar sejarah, Prof. Tan Sri Khoo Kay Kim. 

1) Sistem pendidikan sudah tidak lagi mengutamakan sukan. (Aku amat bersetuju sekali dengan pendapat ini. Kebanyakan ibubapa lebih mementingkan bidang akademik demi masa hadapan.)

2) Sistem pendidikan yang lebih menjurus dan berorientasi kepada Amerika Syarikat, sedangkan sebelum ini lebih dipengaruhi British. (Aku kurang bersetuju dengan pandangan ini kerana Amerika Syarikat juga mementingkan sukan. Banyak biasisiwa yang disediakan kepada atlit-atlit. Cuma di Amerika Syarikat sukan sudah terlalu komersil.) 

3) Sebelum ini terutamanya di awal negara memperoleh kemerdekaan jabatan kerajaan seolah-olah mewajibkan kakitangannya bersukan dan perlu menubuhkan kelab sukan sendiri. (Banyak faktor yang membantutkan mereka untuk bersukan seperti kesesakan lalu lintas, window shopping, mengambil anak-anak, buat part time dan sebagainya.)

4) Kakitangan awam yang komited dan berbakat dalam sesuatu jenis sukan sentiasa diberi penghormatan.

5) "Selagi fokus kita terhadap kejayaan dalam peperiksaan awam terlalu tebal, selagi itulah kita memanjangkan barah kehidupan."

6) "Kita terlalu bergantung kepada satu dahan iaitu kejayaan akademik, dan disilau dan dilemaskan oleh kerlipan dan arus sonsang dunia hiburan."


Sungguh mendalam maksud kata-kata tokoh pengkritik sukan tersebut. Semua pihak perlu mengambil peranan dan menggembeling tenaga dalam mengembalikan kegemilangan sukan yang pernah dikecapi oleh negara kita di waktu lalu. Pemimpin-pemimpin dan peneraju kelab-kelab sukan di negara ini perlu bersatu hati untuk memajukan sukan. Kepentingan diri perlu dielakkan. Perbalahan sesama sendiri tidak kira atas apa jua alasan perlu dihindarkan.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!"