Saya sungguh gembira kerana prestasi permainan di Kejohanan Catur Terbuka UPSI Ke Dua agak memberansangkan. Saya menang 3 dan seri 1 menentang pemain-pemain unrated. Kesemua game yang saya tewas kepada pemain-pemain national rating 1500 ke atas adalah buah hitam. Saya memberi tentangan sengit kepada Khair Wahiduddin (1714), adik NM Kamal Arifin, di pusingan kedua. Tetapi beliau masih belum tandingan saya.
Kemudian lawan saya di pusingan keempat, game pertama pada hari kedua, kedengaran mengeluh dengan serangan saya. Tetapi dengan kehebatannya bertahan dan ending saya yang masih lemah, beliau berjaya menewaskan saya. Beliau yang memiliki rating 1655 dan merupakan jaguh di kalangan pemain-pemain 17ChessClub adalah Sahir Sarifdin.
Di pusingan keenam, sekali lagi dengan bermain buah hitam saya berjaya memberi tentangan sengit kepada pemain yang memiliki rating kebangsaan 1520. Nama beliau adalah Norazwan Kamaruzaman merupakan pemain catur dari Utara tanahair. Nampaknya saya masih belum berjaya untuk menewaskan pemain-pemain rated. Tetapi prestasi permainan memang sangat meningkat.
Berikut adalah detail game saya di Kejohanan Terbuka UPSI Ke Dua.
Pusingan 1, Meja 32, Saleh Abd Latif vs Amaluddin Bebakar (1-0)P
Pusingan 2, Meja 12, Mohd Khair Wahiduddin [1714] vs Saleh Abd Latif (0-1)
Pusingan 3, Meja 26, Saleh Abd Latif vs Azrul Aminurrasyid Abu Bakar (1-0)
Pusingan 4, Meja 15, Sahir Sarifdin [1655] vs Saleh Abd Latif (1-0)
Pusingan 5, Meja 23, Saleh Abd Latif vs Ibrahim Amat (1-0)
Pusingan 6, Meja 16, Norazwan Kamaruzaman [1520] vs Saleh Abd Latif (1-0)
Pusingan 7, Meja 24, Saleh Abd Latif vs Umi Hani Ahsan (1/2 - 1/2)
Salam..en.salleh..upsi open yg ke 3 ada tak en. salleh masuk?
ReplyDeletesy seawal game pertama bertemu national player Nur Nabila Azman Hisyam di meja #10,walaupun bermain putih saya tak setanding dengannya..dia seorang pemain yg cukup hebat diusia adik bongsu saya..
Alhamdulillah setelah penat lelah 2 hari dan 7 game kesemuanya sy berjaya mendapat terbaik staf upsi..dan pemenang 3rd upsi open kali ni pemain dari filipina tu..saya pon xingat namanya..nantikan 4th upsi chess open pd oktober nanti..:)
w.salam
ReplyDeletesaya tak participate. tapi anak2 semua masuk. nabila mmg hebat.
jgn border sgt psal tu. jajni enjoy main chess. practice, practice, practice then try kat tournament. make sure ada improve dari masa ke semasa. mesti ada progress.
insya allah, jika tak ada aral melintang sya sekeluarga akan hadir.