Friday, October 31, 2008

KUCHING, HERE I COME!

'Belon' yang membawa aku ke Kuching.

Aku baru sahaja check in di Hotel Borneo setelah selamat tiba di Kuching pada jam 1:05 petang. Bersama-sama anakku Fikri, dan anak Azhar MS, Irfan, tujuan ke Kuching adalah untuk menyertai Pertandingan Catur Terbuka Sarawak yang akan bermula pada malam ini.  Kejohanan bertaraf FIDE ini bakal disertai 70 pemain catur dan dijalankan sebanyak 9 pusingan.

Kali terakhir aku berada di Kuching adalah beberapa tahun yang lalu. Aku dan sekeluarga telah datang bercuti selama seminggu. Pernah juga aku bertugas selama dua minggu di Airport Kuching sewaktu pemasangan sistem komputer.

Ketika di hotel, aku berasa amat terkilan kerana gambar-gambar di kamera digitalku yang belum sempat disalin ke komputer telah hilang (terdelete) rupanya. Ini kemungkinan besar disebabkan kamera digital tersebut melalui scanner sewaktu check in untuk boarding. Aku berasa sangat ralat kerana tidak pula aku salin dahulu di rumah malam tadi. Apakan daya ia telah berlaku. Hilang sudah gambar-gambar Fikri dan Anis ketika menerima trofi Tokoh Membaca (Nilam) yang diadakan semalam di sekolah mereka. 

No comments:

Post a Comment