Saturday, February 21, 2009

TAHNIAH PASUKAN CATUR SK BUKIT JELUTONG

GiLoCatur baru saja update blog catur SKBJ Chess Club. Agak lambat sikit kerana GiLoCatur agak sibuk last few days ni. In fact, sewaktu menulis entry ini GiLoCatur masih berada di Labuan kerana urusan pejabat. Pagi nanti akan pulang ke Shah Alam menaiki flight pada pukul 8:10 pagi transit di Miri. 

Pasukan catur SKBJ sangat cemerlang di pertandingan peringkat daerah pada 16 & 17 Februari yang lalu. Pasukan lelakinya telah memenangi ke empat-empat tempat teratas dan akan mewakili daerah Petaling Perdana ke pertandingan peringkat negeri Selangor. Kedua-dua pasukan lelaki SKBJ telah mendominasi tempat Pertama dan Kedua.

Bagi pasukan perempuan pula, pasukan A telah berjaya mengungguli sebagai Johan. Sementara pasukan B pula hanya kurang 1 mata untuk mendapat tempat empat terbaik. Dua orang pemain pasukan A, telah berjaya mendapat tempat Pertama dan Keempat. Ini bermakna, enam pemain catur SKBJ akan mewakili Daerah Petaling Perdana ke peringkat negeri. Sila ke laman Kelab Catur SKBJ untuk mengetahui keputusan lebih lanjut.

Minggu hadapan, tumpuan GiLoCatur akan ke pertandingan peringkat negeri Selangor di Bandar Baru Salak Tinggi pula. Kedua-dua anak GiLoCatur telah berjaya di peringkat daerah. Alhamdulillah! Semoga mereka akan terus cemerlang dalam sukan catur sehingga ke peringkat paling tertinggi.

Di bawah adalah link mengenai Pertandingan Catur MSSD yang GiLoCatur temui.



No comments:

Post a Comment