Wednesday, July 1, 2009

Top 10 Pemain Catur MALAYSIA - Julai 2009


Sebagai pemain dan pencinta catur di negara ini, kita seharusnya mengetahui siapa yang menduduki 10 tempat teratas dalam carta pemain terbaik catur negara yang dikeluarkan oleh FIDE.

Nampaknya kedudukan teratas telah berubah di mana FM Nicholas Chan telah mengambil alih kedudukan IM Mas Hafizulhelmi. Satu persaingan yang bagus bagi GiLoCatur, tetapi perlu dilihat permainan (game) IM Mas melebihi 60. GiLoCatur amat berharap FM Nicholas Chan dan lain-lain pemain catur berbakat negara dapat menyertai lebih banyak pertandingan dan kejohanan catur berstatus "FIDE rated". Walaupun masing-masing sibuk dengan pelbagai aktiviti seperti bekerja dan belajar, tetapi di harap dapat mencuri ruang dan masa untuk catur yang amat mereka minati. GiLoCatur juga amat berharap lebih banyak pertandingan-pertandingan dan kejohanan catur bertaraf Fide yang diadakan di negara ini. GiLoCatur amat berharap lebih banyak syarikat-syarikat swasta dan juga pihak kerajaan yang boleh menaja dan menjadi penganjur. Percayalah, dengan semangat "MALAYSIA BOLEH" negara kita tidak kekurangan bakat untuk menonjol di persada catur antarabangsa seperti yang telah dibuktikan oleh WFM Najiha, WCM Nabila, NWM Tan Li Ting dan Fairuz Hamizah.


Untuk mengetahui senarai Top 100 sila ke link ini. Jika nama anda tidak termasuk dalam senarai tersebut seharusnya ada satu motivasi untuk sasaran menempatkan nama dalam senarai tersebut. Jika nama anda telah tersenarai, seharusnya sasaran anda seterusnya adalah untuk memperbaiki ranking. Jika ke semua pemain-pemain catur Malaysia memiliki cita-cita dan motivasi sebegini, sudah pasti catur akan semakin berkembang dan kompetitif di Malaysia dan prestasi pemain-pemain catur negara akan meningkat. Yang muda beri persaingan sihat kepada yang telah berusia. Yang baru beri cabaran kepada yang lama.


No comments:

Post a Comment