Thursday, July 23, 2009

World Chess Championship Qualifiers Zone 3.3


Pusingan kelayakan Kejohanan Catur Dunia bagi Zon 3.3 akan bermula esok dengan pusingan pertama dijadualkan pada jam 10.00 pagi. Ia akan berlansung di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam. Seramai 54 pemain catur dari 8 negara - Malaysia, Vietnam, Phillipine, Indonesia, Singapura, Thailand, Jepun dan Mongolia akan menyertai kategori lelaki sementara 31 pemain catur pula akan bertanding dalam kategori wanita.

Malaysia hanya diwakili seorang peserta iaitu IM Mas Hafizulhelmi yang diletakkan pada ranking ke 18. Sementara Indonesia menghantar seorang pemain bagi kategori lelaki iaitu GM Susanto Megaranto dan 4 pemain wanita. WGM Irine Kharisma Sukandar mengetuai pemain-pemain wanita. Apa yang menarik perhatian GiLoCatur ialah penyertaan WCM Warda Aulia Medina di dalam kejohanan ini di mana beliau sebaya dan dalam age-group yang sama dengan WCM Nabila.

Kategori lelaki diketuai oleh "chess prodigy" dari Phillipine, GM Wesley So, yang pada mulanya tidak bercadang untuk menyertai kelayakan Zon 3.3 ini. "Chess prodigy" Vietnam pula, GM Nguyen Ngoc Truong Son, berada pada ranking ketiga. Bagi kategori wanita pula, WGM dari Monggolia merupakan seeded yang pertama diikuti WGM dari negara tuan rumah, Vietnam.

Pada pusingan pertama nanti, IM Mas akan bermain buah putih pada papan ke-18 menentang pemain tuan rumah, Nguyen Hung Cuon. Mari kita semua rakyat Malaysia mendoakan kejayaan pemain tunggal negara kita dalam kejohanan ini. Selamat berjuang IM Mas!



No comments:

Post a Comment