Saturday, February 20, 2010

BULAN JUN, TAHUN 2010!


Gambar 1 : (dari kiri) NM Zarul, Fairin, Abdullah & Saprin aka Nf6

Gambar 2 : Kamaluddin Yusof aka Abg Bro (kanan)

Gambar 3 : Keluarga Wahiduddin

Gambar 4 : Azman H dan Kamal


Kenapa GiLoCatur paparkan gambar-gambar di atas? Mungkin semua pembaca blog ini tertanya-tanya. Berikut adalah kaitannya.

JAFFOLEA AKAN MENGANJURKAN SATU KEJOHANAN CATUR MELAYU TERTUTUP DI NEGARA INI PADA BULAN JUN 2010.


Jadi apakah kaitan gambar-gambar di atas dengan kejohanan yang akan dianjurkan? Mereka adalah beberapa pemain catur yang berpotensi untuk menjadi juara kejohanan catur tertutup Melayu 2010.

Justeru itu, kepada semua pemain-pemain catur Melayu di negara ini, bersiap siagalah dengan segala persiapan terbaik seperti ulangkaji pembukaan, latih tubi bermain catur, dan menuntut ilmu dan pengetahun baru seperti berguru dengan GM. Maklumat terperinci akan menyusul kemudian. Kerap-keraplah menjenguk laman blog ini dari masa ke semasa.

Menurut satu sumber, agak lumayan hadiah-hadiah yang bakal disediakan oleh pihak penganjur. GiLoCatur memang yakin jika ianya ditaja oleh Tuan Haji Yahaya Ahmad, salah seorang penganjur dan penaja kejohanan catur yang aktif dan dermawan ketika ini. GiLoCatur mendoakan agar Allah akan mengurniakan rezeki yang lebih banyak kepada beliau.



Nota : Semua gambar adalah dari koleksi og8180fotopages (NWM Roslina Marmono).

No comments:

Post a Comment