Saturday, February 27, 2010

Sparring Session on 26th Feb 2010 at McDonalds


Setelah GiLoCatur miss sparring session pada minggu lepas, malam ini GiLoCatur datang bersama kedua-dua anak lelaki - "abang" Fikri dan "adik" Fahim. Kami tiba di McD lebih kurang pada jam 9.30 malam. GiLoCatur sekeluarga keluar berjalan-jalan ke Sunway Pyramid petang tadi at about 4.00 o'clock. Setelah having dinner di Restoran SHAZ di TTDI Jaya, GiLoCatur dan keluarga tiba di rumah pada kira-kira jam 8.30 malam.

Setelah mandi dan solat, GiLoCatur keluar untuk menuju ke McD di Seksyen 3, tempat biasa chess sparring. Pada kali ini, si anak bongsu GiLoCatur turut serta. Kami keluar rumah at about 9.05 pm. Lebih kurang selama setengah jam kami menunggu rakan-rakan sparring yang lain.

Pada sesi sparring pada kali ini, beberapa muka baru telah muncul. Seorang pemain yang dikenali sebagai Zaid dan seorang lagi yang GiLoCatur belum sempat kenal telah menyertai sesi sparring. Maxtal dan Fikri telah berjaya ditewaskan oleh Zaid pada pusingan pertama dan kedua. Diharap lebih ramai muka-muka baru akan muncul di masa hadapan bagi memeriahkan lagi sesi sparring di McD. Di harap sesi sparring sebegini akan dapat mempromosi catur di kalangan masyarakat Shah Alam khususnya dan Selangor umumnya.

"Wak Fauzi dan geng Subang Utarid juga sudah kerap bersparring di McD selain di tempat mereka. Tungguuuuuuuuuuuu ... mereka bakal menyerlah di Kejohanan Catur Amatur Stonemaster 21 Mac nanti!"

GiLoCatur berentap sebanyak tiga kali (game) dengan Wak Fauzi malam ini sebelum mini-tournament. Keputusannya, 2 -1 yang berpihak kepada beliau.

"Relax aje Abg Bro main chess sambil minum. Ni bukan pasal lawannya adalah seorang wanita. Tapi dah memang Abg Bro seorang pemain catur pro yang cool di negara ini. Semangat dan kegilaannya bermain catur memang sangat tinggi. Sebelum bersparring di McD ini, beliau bertanding di Kompleks PKNS dalam Insofar FIDE-rated Tournament. Selepas tamat mini-tournament, Abg Bro sambung sparring lagi. Catur sudah menjadi satu budaya hidup Abg Bro. Mampukah pemain-pemain catur muda Malaysia mencontohi Abg Bro?"


"Tidak sangka boleh bukak 7 papan malam ini yakni seramai 14 pemain." Terima kasih kepada Maxtal di atas set clock dan chess set beliau di samping yang lain.



The final ranking of the fourteen players participated in the mini tournament.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan sesi sparring dan mini-tournament ini. Semoga "chess" akan lebih bertapak dan "alive" di Shah Alam seperti suatu ketika dahulu.


No comments:

Post a Comment