Satu lagi kejohanan anjuran Insofar kepada pemain-pemain catur junior (Bawah 20) yang berminat. Konsep yang sama dengan Insofar Elite Open Tournament - format & hadiah kejohanan. Hadiah wang RM2,000 dan RM1,00o kepada juara dan naib juara di pusingan terakhir, pada pandangan GiLoCatur, adalah yang terbesar kepada pemain-pemian catur junior di negara ini.

Stage 1 akan diadakan hujung minggu ini di Subang Permai, Shah Alam. Stage-stage berikut dijadualkan seperti berikut:
Stage 2 : 30 Oktober 2010 (Sabtu), KL
Stage 3 : November 2010
Stage 4 : Disember 2010
Para Penaja :
- HBM Group of Companies (Shah Alam)
- Az-Zahrah Private Hospital (Bandar Baru Bangi)
- Ibsul Holdings Sdn Bhd (Shah Alam)
Jadi, kepada pemain2 catur junior di negara ini, ARE YOU READY TO TAKE THE CHALLENGE? ARE YOU THE BEST MALAYSIAN JUNIOR CHESS PLAYER?