Showing posts with label catur. Show all posts
Showing posts with label catur. Show all posts

Thursday, January 7, 2010

RAYUAN CATUR MSSM 2010


GiLoCatur siarkan luahan hati seorang bapa kepada 4 orang anak yang bergiat aktif dalam sukan catur berkenaan isu Catur yang digugurkan dari kalendar MSSM Tahun 2010. Luahan beliau juga merupakan luahan sebahagian ibubapa di negara ini termasuklah GiLoCatur yang ketiga-tiga orang anak juga aktif dan terlibat dalam sukan catur. Diharap luahan hati kami didengari dan di ambil perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan. Kami juga ingin menyumbang jasa kepada negara seperti ibubapa Dato' Nicole David yang mengharumkan nama negara dalam sukan skuash di persada dunia.BANTULAH KAMI!



Adalah amat menyedihkan dan mengecewakan apabila sukan catur digugurkan daripada acara di kejohanan tahunan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) 2010. Setelah acara ini kian mendapat perhatian ramai khususnya daripada golongan pelajar, kini catur kembali menjadi ‘kambing hitam’ (scapegoat) di atas sebab dan alasan yang tidak jelas dan tidak menepati slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Setelah sekian lama catur telah berjaya membuktikan bahawa ianya adalah ‘mind-related sport’ dan berupaya membantu kecemerlangan akademik seseorang pelajar hingga ke IPT, kini mereka terpaksa menelan kepahitan sekali lagi ekoran ketiadaan pembabitan dalam bidang ko-korikulum seandainya catur tidak segera dikembalikan ke tempatnya.

Ramai para ibubapa telah menjadikan sukan catur sebagai bidang pilihan ko-kurikulum bagi anak anak mereka diatas pelbagai alasan dan sebab, antaranya saiz fizikal dan tumpuan, disamping catur amat mudah dimainkan walau dimana saja, juga memadai dengan peruntukan kewangan yang sedikit dan mudah dipelajari.

Catur juga sebenarnya adalah sukan yang dimainkan di seluruh dunia dan ianya juga diperakui keujudan dan ‘ketulenannya’ hingga di Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Dunia mahupun keperingkat Olympiad di samping kejohanan lain di peringkat dunia. Banyak Negara telah menjadikan catur sebagai mata pelajaran didalam bidang persekolahan di Negara mereka dan tidak hairan lah kenapa Negara Negara lain telah mampu melahirkan jaguhan dunia, Grand Master dan sebagainya. Negara berkonflik seperti Iran, Iraq, Palestin mahupun Negara yang ‘kelihatan’ lebih tidak stabil ekonominya seperti Indonesia, Vietnam, Filipina, Bangladesh, Afghanistan dan puluhan Negara Eropah lain telah berjaya melahirkan jaguhan dunia serta Grand Master manakala kita masih belum punyai nya walaupun seorang, masih ketandusan hingga kini. Dimanakah silapnya?

Catur sepatutnya dilihat, dipraktikan dan dijadikan sukan utama kearah matlamat integrasi nasional kerana disertai oleh semua kaum di dalam Negara ini, tanpa mengira perbezaan kaum, agama, umur, kedudukan taraf hidup, fizikal dan sebagainya. TIADA SATU PUN sukan lain yang mampu berada di tahap ‘keistimewaan’ catur ini. Apa tidaknya, adakah wujud cabang sukan lain yang boleh menemukan seorang kanak-kanak berumur 8 atau pun 10 tahun dengan seseorang yang berumur melebihi 20 tahun dan kanak-kanak ini berupaya menang? Juga adakah kita berpeluang melihat perempuan berjaya mengalahkan lelaki didalam sesuatu pertandingan acara sukan rasmi melainkan catur? Juga pernahkah kita melihat golongan orang kurang upaya walaupun golongan cacat penglihatan bertanding menentang mereka yang celik melainkan di dalam acara catur?

Jawapannya sudah pasti TIDAK, kerana hanya catur yang benar benar mampu dan berupaya menyatukan semua golongan ini, yang miskin berupaya mengalahkan yang kaya, yang perempuan berjaya mengalahkan lelaki, yang kecil berjaya mengalahkan yang lebih dewasa, yang cacat berjaya mengalahkan mereka yang sempurna, jadi segala-galanya ada didalam catur, ditambah pula dengan kos yang amat kecil dan murah untuk menyertainya, tidak seperti kebanyakkan sukan lain yang ‘diangkat’ ketahap yang lebih tinggi yang bukan sahaja memerlukan komitmen malahan perbelanjaan yang amat tinggi.

Mengikut fakta, sukan catur ini pernah ‘diharamkan’ daripada kalendar MSSM pada tahun 1998 diatas sebab sebab tertentu hingga lah di hidupkan kembali pada edisi 2004 di Labuan, dan pengguguran pada kali ini adalah dirasakan amat perit sekali memandangkan sukan ini telah berjaya menarik minat dan komitmen kian ramai pelajar dan ibubapa hingga anak anak mereka berjaya hingga ke peringkat Kejohanan Remaja Dunia (World Youth Chess Championship).

Bermula dengan skuad ke Remaja Dunia di Turki pada 2007 dimana seorang peserta kita telah berjaya mendapat tempat keempat dunia dan dua lagi berjaya menempatkan dirinya di kalangan kelompok dua puluh terbaik dunia, dan diikuti pencapaian pada Remaja Dunia 2008 di Vietnam dengan dua orang peserta kita berjaya pada kedudukan dua puluh terbaik dunia, dan yang terbaru pada edisi 2009 di Turki, ramai yang langsung tidak pernah tahu bahawa ada anak Malaysia yang sentiasa berada di kelompok atas dalam kejohanan tersebut dan mengalahkan peserta peserta handalan dunia yang lain dan berjaya berada dalam kelompok lima belas terbaik dunia.

Juga ada pelajar Malaysia yang berjaya menawan Singapore Challenge, Asean Age-Group di Vietnam dan beberapa kejohanan antarabangsa di tanahair. Bersesuaian dengan peningkatan demi peningkatan ini saya berasakan telah tiba masanya kerajaan memberikan peluang agar catur ini dimasukan kedalam takwim MSN maupun KKBS diperingkat remaja khususnya, tapi apa yang mereka terima pada hari ini adalah sebaliknya malah amat menyedihkan apabila catur digugurkan daripada MSSM, belum pun sempat menjengah pintu MSN ataupun KKBS.

Matlamat merealisasikan impian mencari ‘Grand Master’ pertama Negara kini seolah olah tanpa penghujung nya. Siapa yang sepatutnya membantu agar matlamat ini segera di realisasikan? Pentas MSSM sepatutnya di gunakan sebagai tapak ke arah matlamat ini.

Persekutuan Catur Malaysia juga seharusnya dapat membantu agar catur dapat dimasukan semula kedalam kalendar MSSM dan diharap Presidennya, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan kabinetnya dapat membantu apatah lagi Tan Sri Ramli adalah mantan menteri kabinet yang setentunya punyai banyak ‘link’, juga kepada pihak yang berwajib di Kementerian Pelajaran, mungkin Pengarah nya, begitu juga dengan Menteri Pelajaran yang baru yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan paling perlu agar YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dapat membantu agar catur ini dikembalikan segera ke tempat yang sepatutnya dan marilah kita sama sama menjadikannya sukan perpaduan rakyat kearah integrasi nasional di samping menghayati dan menunaikan maksud “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan juga agar slogan ‘Malaysia Boleh’ dapat dimanfaatkan sepenuhnya.


Kepada mereka diatas, saya ajukan beberapa persoalan ini :

Kepada pelajar yang menjadikan catur sebagai target 10% ko-kurikulum, mereka akan kehilangan hak kemasukan ke SBP mahu pun IPT kerana tiada bidang lain yang bersesuaian dengan fizikal mereka. Apakah jaminan dan nasib mereka?

Seandainya KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) masih memutuskan untuk ‘menggantung’ catur ini di atas masalah bajet ataupun sebaliknya, apakah KPM atau pun pihak kerajaan sendiri dapat meluluskan catur ini dimasukan semula kedalam MSSM sekiranya ada pihak lain berjaya mendapatkan penajaan?


Kesimpulannya, CATUR AMAT PERLU di masukkan kembali kedalam MSSM. Kementerian dan pihak pihak lain yang berwajib harus sama sama memikirkan bagaimana kah caranya untuk merealisasikan misi nasional ini.

Apa yang saya khuatirkan ‘tsunami catur’ ini akan menjangkiti dan merebak hingga ke peringkat bawahan seperti MSS Negeri dan Daerah. Jika ini berlaku, adalah di bimbangi ‘edah’ darurat nya akan lebih panjang dan dahsyat daripada musim suram akibat pengharaman terdahulu yakni dari 1998 hingga 2003. Cukuplah penderitaan selama enam tahun sebelumnya kita jadikan pedoman dan diharap agar semua pihak dapat mengambil iktibar daripadanya.


“ KEMBALI KAN CATUR KE MSSM! “

“ KEMBALI KAN CATUR KE MSSM! “

“ KEMBALI KAN CATUR KE MSSM !“


Ikhlas,
Azhar Mohd Said
Selangor
7 Jan 2010

Monday, November 9, 2009

Catur Dan Solat


Saya tidak perlu menipu anda tentang kebaikan catur terhadap solat atau sebaliknya.
Saya sendiri tidak pernah dengar perkara yang sedemikian.

Apa yang saya cuba ketengahkan di sini adalah keperluan pemain catur Muslim meneliti jadual pertandingan agar tidak mengganggu solat. Dalam erti kata yang lain, abaikan pertandingan yang mengganggu aktiviti solat.

Bagi sahabat-sahabat non-Muslim, tulisan saya ini dapat dijadikan panduan sekiranya anda mahu menganjurkan kejohanan yang bersifat mesra Muslim :)

Seorang Muslim bersolat biasanya tidak lebih dari 20 minit bagi satu solat 4 rakaat. Abaikan makna `rakaat' jika anda tidak faham maknanya, cuma fahamkan 4 rakaat adalah jumlah kitaran terbanyak bagi solat yang WAJIB kepada Muslim. Jelasnya, anda boleh andaikan dengan selamat bahawa seseorang Muslim boleh diberi masa 20 minit untuk menunaikan 1 solat.

Setiap hari, Muslim diwajibkan 5 kali solat. Jangan risau sahabat-sahabat non-Muslim sekalian. 2 daripadanya tidak berada di dalam jangka waktu biasa bagi pertandingan-pertandingan catur yang pernah diadakan.

Senarai di bawah adalah senarai waktu ringkas(Waktu Malaysia) 5 solat sehari bagi Muslim:

Subuh - sekitar 05.45 pagi hingga 7.15 pagi
Zuhur - sekitar 01.00 petang hingga 04.20 petang
Asar - sekitar 04.20 petang hingga 07.30 malam
Maghrib - sekitar 07.30 malam hingga 08.20 malam
Isya' - sekitar 08.20 malam hingga Subuh.

Memandangkan jarang berlaku pertandingan seawal 07.00 pagi atau melepasi 12.00 malam, maka 2 waktu solat sudah selamat tidak diganggu.

Waktu ketiga yang biasanya tidak diganggu juga adalah waktu Zuhur yang mana, manusia-manusia bertamadun, mengambil masa sekitar 12.30 tgh hari sehingga 02.00 petang untuk dijadikan waktu makan tengah hari. Waktu Zuhur berada di dalam waktu makan tengah hari tersebut. Selamat satu lagi solat tanpa gangguan.

Bagaimanapun terdapat beberapa ketika, penganjur tidak cermat tentang waktu tengah hari ini. Terdapat penganjur yang menetapkan waktu mula aktiviti pada jam 01.30 petang. Sungguhpun pada waktu ini mungkin ramai Muslim sudah solat, tetapi ia menimbulkan satu kecemasan kepada pencatur Muslim. Takut-takut terlewat mula permainan.

Dua waktu yang berbaki iaitu Asar dan Maghrib tidak menjadi masalah kepada acara rapid, tetapi sekiranya acara tersebut bertempoh 1 jam bagi setiap pemain, perkara ini harus diperhatikan.

Kita ambil contoh, Penang Chess League yang akan diadakan pada 19 dan 20 Disember ini. Round 2 bermula 04.10 petang dan Round 3 bermula 07.30 malam.

Round 2 akan berakhir - sekiranya digunakan secara maksimum - pada jam 06.10 petang. Masih boleh solat Asar walaupun ia kurang baik bagi individu Muslim tersebut. Round 3 akan berakhir pada jam 09.30 malam sekiranya digunakan sepenuhnya. Maka solat Maghrib tidak dapat dilakukan.

Saya tahu arbiter boleh benarkan peserta keluar solat, walaupun rasanya agak payah, tetapi sekiranya mudah keluar sekalipun, ia mengganggu fokus pemain, menimbulkan rasa cemas, solat tidak boleh fokus dan hati yang tidak tenang.

Saya juga tahu masa tidak semestinya digunakan sepenuhnya. Tetapi anda juga tahu, tidak ada pemain yang akan meninggalkan meja lebih awal sekiranya pemain tersebut merasakan beliau boleh menang. Segalanya mungkin.

Mujurlah rasanya pada 19 dan 20 Disember ini, waktu Maghrib di Penang masuk lebih awal. Sila semak jadual waktu solat di Pulau Pinang. Itupun, masih boleh menimbulkan rasa cemas. Lagi-lagi pula sekiranya dewan solat tidak berada berdekatan dengan tempat pertandingan.

Round 2 DATCC FIDE Rated Individual (Classical) yang bakal diadakan pada 14 November ini juga menimbulkan masalah yang sama. 07.00 malam - 10.00 malam, tiada waktu untuk solat Maghrib.

Atas semangat 1Malaysia, saya syorkan jadual diubah sedikit mengikut kebijaksanaan tuan penganjur. Contohi penganjur IIUM 2009 yang sanggup menerima kritikan, membetul kesilapan atas semangat masyarakat Malaysia yang majmuk.

Salam 1Malaysia, Majulah Catur untuk Negara.


IYASILIAS

Thursday, August 20, 2009

Komentar Catur


GiLoCatur amat tertarik apabila membaca "post entry" Minda Catura di laman blog SelChess seperti di bawah. Beliau telah memberi sedikit ulasan, komentar dan pandangan berkenaan sukan catur di negara ini.

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Selamat menyambut bulan kemerdekaan MC ucapkan kepada semua peminat dan penggemar sukan catur di Malaysia. Semoga sambutan kemerdekaan pada tahun ini akan membawa seribu keinsafan buat kita semua, apatah lagi sambutan pada tahun ini adalah dalam bulan Ramadhan yang mulia. Mudah-mudahan keinsafan dan ketaqwaan akan bersama kita dalam mengharungi saki baki usia tahun 2009.

Bercakap tentang kemerdekaan ini mengingatkan MC tentang sukan catur di negara kita. Ada sesetengah pendapat mengatakan sukan catur ini belum sepenuhnya merdeka di negara kita. Pelbagai ulasan dan komentar yang MC dengar dalam hujah mereka untuk menegakkan dakwaan tersebut. Pelbagai matra dan dimensi disentuh, antaranya pengurusan, perancangan, penglibatan, komitmen, dan bermacam-macam lagi.

(Sukan catur belum sepenuhnya merdeka! Benarkah? Ini pada pandangan GiLoCatur merupakan satu perkara pokok yang perlukan perbincangan dan kajian yang mendalam. Jika catur ingin menjadi salah satu sukan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di negara ini, pelbagai usaha perlu dilakukan dan dilaksanakan. Usaha ini amat perlu dilakukan jika sukan catur ingin bersama-sama sukan lain seiring menyahut seruan KISMAS 2009 yang telah berlansung baru-baru ini dalam bulan kemerdekaan.

Apakah KISMAS? Adakah penggiat-penggiat sukan catur terutamanya orang-orang penting persatuan-persatuan dan kelab-kelab catur menyertainya? Jika tidak adalah amat malang sekali kerana sudah tentu pelbagai maklumat dan info penting tentang halatuju industri sukan di negara ini tidak dapat digapai dan diketahui. Ini bermakna kita akan ketinggalan dalam perancangan untuk pembangunan dan kemajuan sukan catur. Ini bermakna kita tidak peka dengan info dan maklumat penting yang boleh membantu meningkatkan industri sukan catur di negara ini. Jangan di kemudian hari kita menyalahkan orang lain apabila sukan catur masih ketinggalan jauh di belakang sedangkan sukan-sukan lain jauh maju kehadapan.

Berbalik kepada KISMAS atau Konvensyen Industri Sukan Malaysia yang telah dianjurkan oleh KBS dan ISN pada 7 dan 8 Ogos di Berjaya Times Square Convention Center, Kuala Lumpur. Apakah objektif atau tujuan konvensyen tersebut? Seperti yang dinyatakan pada laman web ISN (Institut Sukan Negara), objektif KISMAS adalah -
Objektif utama penganjuran konvensyen ini ialah untuk menjana pembangunan sukan sebagai suatu industri di Malaysia dengan lebih professional, teratur, berkualiti, kompeten dan menguntungkan bagi semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung. Selain itu, ia juga diharap dapat menggalakkan rakyat terlibat secara aktif di dalam sukan dan rekreasi agar faedahnya dapat dirasai seluruh Negara sekaligus membentuk “1 BELIA 1 MALAYSIA”.
Sila ke link ini untuk saksikan sesi sidang media oleh Menteri Belia dan Sukan berkenaan KISMAS.)

Persatuan di peringkat pusat bagi MC perlulah menjadi pendorong ikhlas untuk mempercambahkan lagi kewujudan persatuan-persatuan catur di peringkat negeri dan daerah. Sesuatu perlu difikirkan hari ini demi memastikan kesinambungan sukan ini bukan sahaja tidak mati, malahan akan menjadi lebih baik dan bertambah baik pada masa-masa yang akan datang.

(GiLoCatur amat bersetuju dengan pandangan ini. Kelab-kelab catur di peringkat akar umbi perlu diperbanyakkan terutamanya di peringkat komuniti, taman-taman perumahan dan kejiranan, di samping sekolah-sekolah. Amatlah wajar dan penting persatuan catur di peringkat pusat menjalinkan hubungan dua hala dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, dan Jabatan-jabatan pendidikan negeri dan daerah bagi merancang dan memajukan catur di peringkat sekolah-sekolah.

Kita perlu membantu penggiat-penggiat catur di kalangan guru-guru yang selama ini telah berjasa dan berusaha memaju dan mengaharumkan sukan catur di persada negara seperti Cikgu Rahman (ayah IM Mas Hafizulhelmi), Cikgu Bakri (ayah FM Anas dan NWM Alia Aznin), Cikgu Ahmad Fuad (ayah Fairuz Hamizah & Sirajuddin), Cikgu Zaza (ibu Nabil, WCM Nabila & WFM Najiha), Cikgu Sabirin (ayah Aisyah dan Khadijah) dan ramai lagi yang lain [.. hanya sekadar menyebut beberapa nama ..].

Kita juga amat perlu mempromosi dan memajukan sukan catur di kawasan-kawasan perumahan dan jiran tetangga juga komuniti-komuniti masyarakat di seluruh negara. Hubungan erat juga perlu dijalin dengan shopping kompleks-shopping kompleks dan pusat-pusat DUN dan MPP dalam penganjuran pertandingan-pertandingan catur.)

Kepimpinan hari ini perlulah (1) memikirkan dan melihat sukan ini 10 tahun, 20 tahun, atau lebih daripada itu dalam merangka strategi untuk memartabatkan sukan ini, khususnya menaikkan nama negara ke persada dunia. Janganlah tumpuan dinihari sahaja yang cuba dicapai sedangkan kecemerlangan secara tekal dan tuntas di masa hadapan tidak pula tergapai. Anak-anak muda kita semakin hari semakin bertambah dan bercambah menceburi sukan ini dan hari ini hampir kesemua sekolah dan pusat pengajian tinggi sudah membentuk persatuan catur mereka, justeru kita seharusnya memperbanyakkan kegiatan bercatur ini di peringkat komuniti pula kerana untuk menarik minat generasi muda mencintai sukan ini secara bersungguh, maka (2) ibu bapa mereka terlebih dahulu dimesrakan dengan sukan ini. Bukankah kata pepatah, tidak kenal maka tidak cinta.

(GiLoCatur amat-amat bersetuju dengan dua point dalam perenggan di atas. Pertama, Pelan perancangan dan pembangunan untuk jangkamasa panjang (long-term planning and development blueprint) perlu dirangka dan dikaji. Seterusnya perlu dilaksana. Kedua, para ibubapa perlu diperkenal dan digalakkan agar meminati sukan catur bagi mendorong anak-anak mereka pula bergiat dan berkecimpung sama. Sudah ramai para ibubapa yang GiLoCatur temui tidak ada maklumat dan info asas dan penting tentang catur. Di mana mereka hendak merujuk dan bertanya? Dan ramai juga di kalangan para pelajar yang berminat dan berbakat tetapi tidak mendapat sokongan daripada ibubapa mereka.

Jika para ibubapa, pemain-pemain dan peminat-peminat di negara-negara lain ingin mendapatkan maklumat tentang catur mereka boleh akses ke laman-laman rasmi persatuan catur induk negara mereka seperti -


Sebenarnya perjalanan sukan catur di negara ini masih jauh. Banyak yang masih boleh diperbaiki dan dimajukan. Tetapi "spark" dan apinya sudah bermula dan semakin hebat. Apa indikatornya?

Semakin banyak pertandingan catur yang telah dan akan diadakan sehingga ada ketikanya bertimpa-timpa pada satu masa dan boleh dikatakan setiap minggu.

Ramai pemain-pemain catur yang sudah lama tidak aktif kembali aktif.

Semakin banyak laman-laman blog tentang catur di negara ini.

Kelab-kelab catur yang semakin banyak dan aktif dan juga permintaan jurulatih dan program-program catur semakin tinggi dan banyak.

Justeru itu, GiLoCatur berseru kepada semua penggiat dan peminat-peminat catur di seluruh negara terutamanya orang-orang penting dalam persatuan catur menggembeling tenaga dalam memajukan industri sukan catur seiring dengan KISMAS 2009.

Kepada pemain-pemain muda catur negara, rebutlah peluang yang ada sekarang seperti peluang menyertai Malaysian Masters 2009 dan pelbagai pertandingan catur untuk meningkatkan kualiti permainan dan tanamkanlah cita-cita mendapat gelaran tertinggi dan sentiasa memperbaiki rating. Jangan sekadar terlibat hanya untuk suka-suka dan mendapat sijil untuk sokongan akademik.

"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" maksudnya jika sudah terlibat dalam sukan catur DO THE BEST AND BE SERIOUS. Learn, learn, learn, practice, practice and practice. BE UNITED, learn, analyze and practice together among yourselves how to beat the senior players. Prove that you all are capable to challenge the senior top players. Be on the top. Get and earn high FIDE ratings. TAKE THE CHALLENGE!)

Sukan ini juga mampu bertindak sebagai medium bagi menyatupadukan segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakangnya. Jika ini berjaya dilaksanakan, betapa beruntungnya semua penggemar sukan ini dan tidak ada lagi prasangka negatif lagi pesimis sesama kita...........Siapa pun kita,,kita anak Malaysia....Jika ini dipegang, barulah kita benar-benar merdeka.
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! Sekian.

MINDA CATURA

Sumber : SelChess Blogspot

More stories about KISMAS 2009
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm
http://bola-kempis.blogspot.com/2009/08/konvensyen-industri-sukan-malaysia.html

Saturday, July 4, 2009

Catur Dan Sekolah


Di hujung minggu ini terdapat beberapa kejohanan dan pertandingan catur. Hari ini sedang berlansung dua pertandingan. Satu di SK Seri Hartamas, Kuala Lumpur di mana berlansungnya kejohanan catur age-group di samping beberapa aktiviti lain bersempena dengan Karnival Kokurikulum anjuran PIBG sekolah tersebut. Dan satu lagi Kejohanan Catur Rapid Aizek di SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun.

Esok pula akan berlansung dua lagi pertandingan catur yang juga diadakan di sekolah. Yang pertama ialah Kejohanan Catur Terbuka Hulu Selangor yang diadakan di SMK Taman Bunga Raya (1), Bukit Beruntung. Yang kedua ialah Kejohanan Catur Terbuka Chung Ling yang bakal berlansung di dewan SMJK Chung Ling, Pulau Pinang.

GiLoCatur berpendapat sekolah-sekolah masih berperanan penting dalam memaju dan menyuburkan pertandingan-pertandingan catur. Walaupun catur belum lagi dijadikan sebagai satu subjek atau kokurikulum wajib di sekolah-sekolah, tetapi guru-guru dan PIBG tidak melupakan catur sebagai salah satu aktiviti dalam karnival anjuran mereka.

GiLoCatur berharap peminat-peminat dan pemain-pemain catur dapat menyertai dan memeriahkan acara tersebut agar ia dapat diteruskan dan dijayakan dengan sebaik mungkin. Jika acara catur tidak mendapat sambutan dan galakan sudah pasti pihak penganjur akan mengeluarkan acara catur dari program-program karnival akan datang.

GiLoCatur tidak dapat menyertai pertandingan catur hari ini kerana anak-anak GiLoCatur ada aktiviti di sekolah mereka. InsyaAllah, esok GiLoCatur dan anak-anak akan ke Bukit Beruntung menyertai pertandingan di sana.


SK Seri Hartamas anjur Karnival Kokurikulum

Oleh Basir Zahrom
basir@bharian.com.my

DALAM memastikan pelajar mendapat input seimbang, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Seri Hartamas (SKSH) akan menganjurkan Karnival Kokurikulum bagi menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan warga sekolah itu.

Pengerusi PIBG sekolah berkenaan, Nor Iza Abu Bakar, berkata program sehari esok (Sabtu) memberi peluang pelajar menunjukkan bakat masing-masing dalam kegiatan sukan dan kokurikulum disertai, selain fokus kepada pelajaran.

Katanya, program itu juga bertujuan mengumpul dana bagi membiayai aktiviti dirancang dan menambah baik prasarana sekolah terbabit.

“Kami bersyukur kerana menerima sumbangan berjumlah RM20,000 daripada pelbagai penaja termasuk Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan, Bukit Kiara Properties Sdn Bhd, Sunrise Berhad, Seni Nusantara Sdn Bhd, Pusat membeli belah Hartamas, Zaitun Industries Sdn Bhd, Clark Hatch Fitness Centre, Dawama Sdn Bhd dan KH Land Sdn Bhd.

“Pelbagai aktiviti menarik disusun, antaranya kejohanan catur, pertandingan futsal, bola jaring, sukan rakyat seperti lari dalam guni, congkak dan tarik tali, selain pembabitan stesen radio Hot Fm dan Fly Fm.

Sumber :
http://www.bharian.com.my/Friday/Pendidikan/20090703073156/Article/index_html


Saturday, May 23, 2009

Chess Tournament Around Malaysia This Weekend

Hujung minggu ada beberapa pertandingan catur yang diadakan bagi pencinta dan pemain catur di negara ini.


Bersempena ulangtahun ke 50 penubuhan Persatuan Melayu Miri, satu pertandingan catur diadakan Sabtu dan Ahad ini. Diharap ramai yang menyertai pertandingan tersebut terutamanya dari peminat dan pemain catur di kawasan Miri dan sekitarnya. 

Bersempena sambutan ke 35 tahun Persatuan Catur Selangor atau CAS (Chess Association of Selangor), satu kejohanan catur rapid tertutup akan diadakan esok pada hari Ahad di DAT Chess Center, Level 4, Kompleks Wilayah. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman blog CAS di sini.

Tuesday, May 19, 2009

Cabaran Buat Pemain Remaja Catur Malaysia!


Zahra sahut cabaran seberangi Selat Inggeris

PUTRAJAYA 18 Mei - Perenang muda, Zahra Masoumah Abdul Halim, 18, akan menyahut cabaran menyeberangi Selat Inggeris sejauh 34 hingga 37 kilometer (km) dalam misinya menjadi perenang wanita pertama berjaya melepasi selat yang sejuk dan berarus deras itu pada 2 hingga 6 Julai ini.

Sekiranya berjaya menamatkan cabaran merentasi selat itu dari Dover, Selatan United Kingdom ke Calais, Utara Perancis, Zahra turut bakal melakarkan sejarah sebagai perenang termuda Islam di dunia yang berjaya melepasi selat itu.

Usaha luar biasa yang cuba direalisasikan oleh remaja tersebut mendapatkan sokongan padu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Petikan berita di atas dari Utusan Malaysia seharusnya memberi satu motivasi dan galakan kepada semua belia dan remaja di negara ini untuk menjadi seorang yang cemerlang dan gemilang. Sewajarnya para belia dan remaja yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti tidak sihat seperti dadah, bohsia, mat rempit dan sebagainya teruja untuk melakukan sesuatu yang hebat sebegitu jika ingin mencari satu kepuasan. 

Begitu juga kepada pemain-pemain catur remaja negara. Sewajarnya memiliki kekuatan mental dan ketabahan berserta pengorbanan untuk mencapai kejayaan tertinggi dalam bidang catur seperti menjuarai kejohanan dunia, mendapat title FM, IM atau GM.  Bayangkan bagaimana usaha yang dilakukan oleh Zahra setiap hujung minggu berenang sejauh 20 km sebagai latihan. Usaha beliau di bantu sokongan ibubapa telah mendapat perhatian PM untuk melakukan satu lagi "Malaysia Boleh" feat.  Apakah dengan berlatih dan mendalami permainan catur sekurang-kurangnya 3 - 4 jam setiap hari tidak akan menghasilkan seoarang juara catur bukan hanya setakat di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa?

GiLoCatur ingin mencabar pemain-pemain catur remaja di negara ini agar beroleh kejayaan yang membanggakan di peringkat antarabangsa. Usaha ini perlu dilakukan untuk membuka mata semua pihak supaya memberi perhatian serius dan sewajarnya kepada sukan catur yang bisa mengharumkan nama negara di persada dunia. Sokongan ibubapa yang tidak berbelah bagi seharusnya tidak dipersia-siakan dan wajar dimanafaatkan. 

Ayuh tunjukkan bakat dan kehebatan anda semua, wahai pencatur-pencatur muda negara. 

Jika golf boleh berbangga dengan US.Kids.Golf programnya dan dana sumbangan RM 1 juta ...

Jika bolasepak boleh berbangga dengan program-program seperti Arsenal Soccer Schools Malaysia (AASM) dan Little League Soccer ...


Jangan patah semangat jika sukan catur di negara ini tiada program-program seumpama itu. Masih banyak lagi resources untuk memperbaiki permainan. Be creative! Be bersemangat! Jika pemain-pemain bolasepak di zaman dahulu boleh mengharumkan negara di persada antarabangsa dengan semangat berjalan kaki atau berbasikal berbatu-batu untuk pergi berlatih, tidak jemu-jemu bermain bola di padang, banyak adakan friendly games dan sebagainya ... 

Adakah pemain-pemain catur remaja kita patah semangat dengan kecanggihan ICT di negara ini? Adakah anda semua leka dengan permainan computer games, video games, game boys, cartoon network dan lain-lain lagi? Tidakkah anda semua cemburu jika pemain-pemain catur remaja negara lain seperti Wesley So (Filipina) dan Negi Parimarjan (India) telah berjaya mendapat gelaran GrandMaster (GM) dan bermain di kejohanan catur bertaraf dunia seperti 8th Asian Continental Individual Open yang sedang berlansung di Subic, Filipina sekarang? Adakah anda hanya ingin bermain setakat di kejohanan-kejohanan tempatan? atau MSSM? 

Fikir-fikirkan !!! Sahutlah cabaran ini ...

To all Malaysian young chess players !!!

Bacalah artikel di bawah. Cuba fahamkan sebaik mungkin terutamanya yang kurang mahir berbahasa Inggeris. Cuba terapkan dalam diri agar boleh dibuat pedoman. 

Excerpt (petikan) interview dengan GM Neri Parimarjan (macam ada bunyi nama Jawa jer he he ..) dari http://www.latestchess.com/showInterview.php?id=2

CC:- How do you play chess so well!
Parimarjan Negi:-
 I Just try to put in my best during the games, and of course it's very important that I've had good coaching from the start. My parents have encouraged me from the start, and continue to arrange for the right kind of training for me.



CC:- What do you think of computers in chess? Are they really useful especially for a small boy like you.
Parimarjan Negi:- 
Computers are essential for chess, as it now is. There has been a dramatic change with the emergence of ever more powerful computer programs in the game. I think it's one of the reasons why chess players are performing at much younger ages, as now the information is much more easily available. Everyone can follow the top stars playing live, and other new games. The engines have made the analysis especially quicker and powerful, but it is necessary also to keep using the brain while analyzing, as often the computer assessment can be wrong, and also it can be harmful for your game to depend fully on the computer.

For me, the computers are the most important tools, as without them it's impossible to achieve a high level of analysis, and of course to keep myself updated with new games. But of course it's important not to over-use them also.

 

CC:- If you think computers are important, from what age they should be given to young boys?
Parimarjan Negi:-
 I can't say much about this...I got my first laptop when I was 9. But for young children it's I think not necessary to use too much of engines like Fritz, as that might obstruct their natural assessments. But the computers are also very important learning tools, to follow the latest games of strong players, and new opening developments. So in my opinion a computer is an important tool for players who are trying to reach higher levels.



CC:- Very few in India know how much training you had put up, could you please tell us about your training history that brought you so much success!
Parimarjan Negi:- I've had a lot of training from the beginning. My first main professional coach was G.B Joshi, and I worked with him for many years. After that I started to work with foreign coaches like Evgeny Vladimirov, who helped me a lot to increase my understanding, and opening repertoire. Currently I am working with GM's Nigel Short, Elizbar Ubilava, Alexander Goloshchapov, Lev Psakhis....and also from time to time with IM Vishal. I 've also worked with other players at various parts.


CC:- How is a normal day in your life?
Parimarjan Negi:-
 Well....during training I work about 6-7 hrs. (+ or - a little), and often we divide the sessions into morning and evening parts. I also go sometimes for jogging in the evening. During the tournaments the schedule depends on various things like the timings of rounds, and preparation part etc. Also there are school-exam times, and then I don't look much at chess.




Saturday, February 21, 2009

Artikel Catur di Akhbar

Sumber : Laman blog Hairulov 


Sewaktu browsing laman blog Hairulov, GiLoCatur terbaca tentang posting artikel mengenai anak-anak GiLoCatur di Sinar Harian hari Rabu 18 Februari 2009. Pada hari yang sama artikel mengenai anak-anak Azman juga keluar di akhbar Kosmo. Ini sangat bagus untuk sukan catur di negara ini. Diharap artikel-artikel tersebut akan menjadi pemangkin kepada kemajuan sukan catur di negara ini. 

Sebenarnya, pada hari tersebut GiLoCatur telah membeli akhbar-akhbar Kosmo dan Sinar Harian, yang sememangnya GiLoCatur beli hari-hari, di awal pagi sewaktu menghantar anak bongsu ke sekolah agama. Tetapi GiLoCatur tidak baca terus akhbar-akhbar tersebut. Sewaktu isteri GiLoCatur membaca Kosmo beliau terbaca artikel tentang Nabila dan keluarga Azman Hisham. GiLoCatur kemudian publish mengenai artikel tersebut dalam laman blog ini. Dan sewaktu browsing laman blog Hairulov, didapati beliau lebih awal telah posting mengenai artikel Nabila. Baru GiLoCatur tahu tentang artikel anak-anak sendiri di Sinar Harian di shoutbox laman blog Hairulov.

Terima kasih kepada blogger Hairulov yang scankan artikel tersebut dan publish dalam blog beliau.

Satu lagi perkara mengenai NM Edward Lee yang tidak kelihatan dalam Kejohanan Catur MSSD Petaling Utama. Rupa-rupanya kehilangan beliau dari pertandingan tersebut adalah kerana beliau menyambung belajar di ASCI Singapura. Untuk berita lanjut, boleh layari laman blog Marcus Yeoh di URL berikut - http://marcusyeoh.blogspot.com/2009/02/nm-edward-lee-in-anglo-chinese-school.html.


Wednesday, February 18, 2009

NJWM Nabila Dalam Kosmo Hari Ini


Rencana tentang NJWM (National Junior Woman Master) Nabila Azman dan catur ada disiarkan dalam akhbar Kosmo hari ini dalam Ruangan Rencana Utama. Semoga artikel tersebut memberi galakan kepada lebih ramai kanak-kanak di negara ini untuk menceburi sukan catur. 

Sila baca rencana tersebut di sini.

Monday, February 16, 2009

Pertandingan Catur MSSD petaling Perdana peringkat Sekolah Rendah

Pertandingan catur Daerah Petaling Perdana sedang berlansung sekarang di Sek Keb Seksyen 9, Shah Alam. Untuk info terkini sila ke laman blog http://skbjchessclub.blogspot.com/.

Friday, October 31, 2008

KUCHING, HERE I COME!

'Belon' yang membawa aku ke Kuching.

Aku baru sahaja check in di Hotel Borneo setelah selamat tiba di Kuching pada jam 1:05 petang. Bersama-sama anakku Fikri, dan anak Azhar MS, Irfan, tujuan ke Kuching adalah untuk menyertai Pertandingan Catur Terbuka Sarawak yang akan bermula pada malam ini.  Kejohanan bertaraf FIDE ini bakal disertai 70 pemain catur dan dijalankan sebanyak 9 pusingan.

Kali terakhir aku berada di Kuching adalah beberapa tahun yang lalu. Aku dan sekeluarga telah datang bercuti selama seminggu. Pernah juga aku bertugas selama dua minggu di Airport Kuching sewaktu pemasangan sistem komputer.

Ketika di hotel, aku berasa amat terkilan kerana gambar-gambar di kamera digitalku yang belum sempat disalin ke komputer telah hilang (terdelete) rupanya. Ini kemungkinan besar disebabkan kamera digital tersebut melalui scanner sewaktu check in untuk boarding. Aku berasa sangat ralat kerana tidak pula aku salin dahulu di rumah malam tadi. Apakan daya ia telah berlaku. Hilang sudah gambar-gambar Fikri dan Anis ketika menerima trofi Tokoh Membaca (Nilam) yang diadakan semalam di sekolah mereka. 

Thursday, September 18, 2008

Nyaris Dapat Hadiah Dalam Pertandingan Catur

Pada hari Sabtu, 13 September, lalu aku menyertai Pertandingan Catur Tertutup Komuniti Putrajaya. Begitu juga kedua-dua anakku Fikri dan Anis. Aku menyertai kategori 16 Tahun ke atas sementara anak-anakku dalam kategori Bawah 12 Tahun.

Fikri telah berjaya memenangi tempat ke 2 dengan menang 5 permainan dan seri 1 ketika menentang Nurul Syuhada. Satu pencapaian yang bagus bagi beliau walaupun kurang berlatih kerana baru sahaja selesai peperiksaan UPSR. 

Bagi Anis pula, beliau memulakan permainan dengan kemenangan. Tetapi dia kalah pada pusingan ke 2. Seterusnya dia menang tiga pusingan berikut berturut-turut. Memasuki pusingan akhir iaitu pusingan ke 6, Anis memperolehi 4 mata. Anis perlu menang pusingan terakhir bagi membolehkan beliau mendapat hadiah Top 8. Malangnya Anis telah tewas pusingan ke 6 tersebut kepada Nurul Syuhada yang seri sebelumnya dengan Fikri. Pada pusingan ke 6 itu, pasangan adik-beradik bertemu pasangan adik-beradik dengan meja pun bersebelahan. 

Bagi aku pula, ia merupakan pencapaian terbaik setakat ini. Walaupun aku memulakan pertandingan dengan tewas pada pusingan pertama, aku berjaya bangkit dengan kemenangan berturut-turut sehinggalah ke pusingan terkahir. Permainanku semakin baik. Kawalan masa juga bagus di mana aku menang kalau tak silap 2 permainan kerana masa. Nampaknya masa yang aku korbankan dan luangkan setiap hari untuk menganalisa dan belajar catur membuahkan hasil. 

Aku juga seperti Anis, jika menang pusingan terakhir bakal mendapat tempat dalam Top 8. Permainan aku pada pusingan terakhir juga setanding. Malahan aku ada advantage masa. Tetapi mungkin perasaan gemuruh menguasai diri. Tambahan pula ramai juga yang menyaksikan permainan aku. Aku perlu belajar menguasai perasaan gemuruh dan perbaiki end game jika ingin lebih berjaya dalam pertandingan-pertandingan akan datang.