Thursday, February 11, 2010

"Penemuan" Satu Kaedah Pembelajaran Catur


GiLoCatur ingin berkongsi "penemuan" berikut ketika "merayau-rayau" di alam siber blogosphere luar negara. "Penemuan" yang dimaksudkan adalah dari laman blog catur Elizabeth Vicary, seorang guru catur 'public school' yang dikenali sebagai IS318 atau Intermediate School 318 di Amerika Syarikat. URL laman blog beliau ialah http://lizzyknowsall.blogspot.com/. GiLoCatur amat berharap pemain-pemain catur remaja kita melawati laman-laman blog catur sebegini untuk menimba ilmu pengetahuan dan belajar sesuatu dalam meningkatkan mutu dan prestasi permainan catur mereka.

GiLoCatur dapati sebagai seorang guru catur, Elizabeth, telah memberi kerja rumah ('assignment') setiap 2 minggu sekali kepada semua pelajar2 caturnya untuk "annotate" salah satu game mereka. Ini satu teknik atau kaedah yang sangat bagus dalam pembangunan dan latihan catur. Rasa-rasanya teknik dan kaedah ini tidak digunapakai oleh guru-guru atau coach catur di negara ini. Jika ada baguslah. Jadi, GiLoCatur amat berharap agar kaedah sebegini diamalkan di negara ini demi pembangunan dan kemajuan catur.

Elizabeth telah publishkan anotasi salah seorang anak muridnya, Pobo Efekoro (GiLoCatur rasa dia berasal dari negara Afrika kalau mengikut namanya), di laman blog caturnya di link ini.

Satu lagi, jika diamat-amati, budaya berkongsi game dalam sesuatu pertandingan diamalkan oleh pemain-pemain dan coach catur luar negara seperti Amerika dan Filipina. Diharap budaya sebegini juga diamalkan di negara ini demi pembangunan catur di peringkat akar umbi. Ingatlah, visi dan misi untuk melahirkan chess Grandmaster adalah tanggungjawab semua pemain, peminat, penggiat, ibubapa, guru dan official catur di negara ini.

Bilakah agak2nya Malaysia akan memiliki chess Grandmaster yang pertama? Siapakah beliau?


No comments:

Post a Comment