Thursday, August 20, 2009

Komentar Catur


GiLoCatur amat tertarik apabila membaca "post entry" Minda Catura di laman blog SelChess seperti di bawah. Beliau telah memberi sedikit ulasan, komentar dan pandangan berkenaan sukan catur di negara ini.

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Selamat menyambut bulan kemerdekaan MC ucapkan kepada semua peminat dan penggemar sukan catur di Malaysia. Semoga sambutan kemerdekaan pada tahun ini akan membawa seribu keinsafan buat kita semua, apatah lagi sambutan pada tahun ini adalah dalam bulan Ramadhan yang mulia. Mudah-mudahan keinsafan dan ketaqwaan akan bersama kita dalam mengharungi saki baki usia tahun 2009.

Bercakap tentang kemerdekaan ini mengingatkan MC tentang sukan catur di negara kita. Ada sesetengah pendapat mengatakan sukan catur ini belum sepenuhnya merdeka di negara kita. Pelbagai ulasan dan komentar yang MC dengar dalam hujah mereka untuk menegakkan dakwaan tersebut. Pelbagai matra dan dimensi disentuh, antaranya pengurusan, perancangan, penglibatan, komitmen, dan bermacam-macam lagi.

(Sukan catur belum sepenuhnya merdeka! Benarkah? Ini pada pandangan GiLoCatur merupakan satu perkara pokok yang perlukan perbincangan dan kajian yang mendalam. Jika catur ingin menjadi salah satu sukan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di negara ini, pelbagai usaha perlu dilakukan dan dilaksanakan. Usaha ini amat perlu dilakukan jika sukan catur ingin bersama-sama sukan lain seiring menyahut seruan KISMAS 2009 yang telah berlansung baru-baru ini dalam bulan kemerdekaan.

Apakah KISMAS? Adakah penggiat-penggiat sukan catur terutamanya orang-orang penting persatuan-persatuan dan kelab-kelab catur menyertainya? Jika tidak adalah amat malang sekali kerana sudah tentu pelbagai maklumat dan info penting tentang halatuju industri sukan di negara ini tidak dapat digapai dan diketahui. Ini bermakna kita akan ketinggalan dalam perancangan untuk pembangunan dan kemajuan sukan catur. Ini bermakna kita tidak peka dengan info dan maklumat penting yang boleh membantu meningkatkan industri sukan catur di negara ini. Jangan di kemudian hari kita menyalahkan orang lain apabila sukan catur masih ketinggalan jauh di belakang sedangkan sukan-sukan lain jauh maju kehadapan.

Berbalik kepada KISMAS atau Konvensyen Industri Sukan Malaysia yang telah dianjurkan oleh KBS dan ISN pada 7 dan 8 Ogos di Berjaya Times Square Convention Center, Kuala Lumpur. Apakah objektif atau tujuan konvensyen tersebut? Seperti yang dinyatakan pada laman web ISN (Institut Sukan Negara), objektif KISMAS adalah -
Objektif utama penganjuran konvensyen ini ialah untuk menjana pembangunan sukan sebagai suatu industri di Malaysia dengan lebih professional, teratur, berkualiti, kompeten dan menguntungkan bagi semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung. Selain itu, ia juga diharap dapat menggalakkan rakyat terlibat secara aktif di dalam sukan dan rekreasi agar faedahnya dapat dirasai seluruh Negara sekaligus membentuk “1 BELIA 1 MALAYSIA”.
Sila ke link ini untuk saksikan sesi sidang media oleh Menteri Belia dan Sukan berkenaan KISMAS.)

Persatuan di peringkat pusat bagi MC perlulah menjadi pendorong ikhlas untuk mempercambahkan lagi kewujudan persatuan-persatuan catur di peringkat negeri dan daerah. Sesuatu perlu difikirkan hari ini demi memastikan kesinambungan sukan ini bukan sahaja tidak mati, malahan akan menjadi lebih baik dan bertambah baik pada masa-masa yang akan datang.

(GiLoCatur amat bersetuju dengan pandangan ini. Kelab-kelab catur di peringkat akar umbi perlu diperbanyakkan terutamanya di peringkat komuniti, taman-taman perumahan dan kejiranan, di samping sekolah-sekolah. Amatlah wajar dan penting persatuan catur di peringkat pusat menjalinkan hubungan dua hala dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, dan Jabatan-jabatan pendidikan negeri dan daerah bagi merancang dan memajukan catur di peringkat sekolah-sekolah.

Kita perlu membantu penggiat-penggiat catur di kalangan guru-guru yang selama ini telah berjasa dan berusaha memaju dan mengaharumkan sukan catur di persada negara seperti Cikgu Rahman (ayah IM Mas Hafizulhelmi), Cikgu Bakri (ayah FM Anas dan NWM Alia Aznin), Cikgu Ahmad Fuad (ayah Fairuz Hamizah & Sirajuddin), Cikgu Zaza (ibu Nabil, WCM Nabila & WFM Najiha), Cikgu Sabirin (ayah Aisyah dan Khadijah) dan ramai lagi yang lain [.. hanya sekadar menyebut beberapa nama ..].

Kita juga amat perlu mempromosi dan memajukan sukan catur di kawasan-kawasan perumahan dan jiran tetangga juga komuniti-komuniti masyarakat di seluruh negara. Hubungan erat juga perlu dijalin dengan shopping kompleks-shopping kompleks dan pusat-pusat DUN dan MPP dalam penganjuran pertandingan-pertandingan catur.)

Kepimpinan hari ini perlulah (1) memikirkan dan melihat sukan ini 10 tahun, 20 tahun, atau lebih daripada itu dalam merangka strategi untuk memartabatkan sukan ini, khususnya menaikkan nama negara ke persada dunia. Janganlah tumpuan dinihari sahaja yang cuba dicapai sedangkan kecemerlangan secara tekal dan tuntas di masa hadapan tidak pula tergapai. Anak-anak muda kita semakin hari semakin bertambah dan bercambah menceburi sukan ini dan hari ini hampir kesemua sekolah dan pusat pengajian tinggi sudah membentuk persatuan catur mereka, justeru kita seharusnya memperbanyakkan kegiatan bercatur ini di peringkat komuniti pula kerana untuk menarik minat generasi muda mencintai sukan ini secara bersungguh, maka (2) ibu bapa mereka terlebih dahulu dimesrakan dengan sukan ini. Bukankah kata pepatah, tidak kenal maka tidak cinta.

(GiLoCatur amat-amat bersetuju dengan dua point dalam perenggan di atas. Pertama, Pelan perancangan dan pembangunan untuk jangkamasa panjang (long-term planning and development blueprint) perlu dirangka dan dikaji. Seterusnya perlu dilaksana. Kedua, para ibubapa perlu diperkenal dan digalakkan agar meminati sukan catur bagi mendorong anak-anak mereka pula bergiat dan berkecimpung sama. Sudah ramai para ibubapa yang GiLoCatur temui tidak ada maklumat dan info asas dan penting tentang catur. Di mana mereka hendak merujuk dan bertanya? Dan ramai juga di kalangan para pelajar yang berminat dan berbakat tetapi tidak mendapat sokongan daripada ibubapa mereka.

Jika para ibubapa, pemain-pemain dan peminat-peminat di negara-negara lain ingin mendapatkan maklumat tentang catur mereka boleh akses ke laman-laman rasmi persatuan catur induk negara mereka seperti -


Sebenarnya perjalanan sukan catur di negara ini masih jauh. Banyak yang masih boleh diperbaiki dan dimajukan. Tetapi "spark" dan apinya sudah bermula dan semakin hebat. Apa indikatornya?

Semakin banyak pertandingan catur yang telah dan akan diadakan sehingga ada ketikanya bertimpa-timpa pada satu masa dan boleh dikatakan setiap minggu.

Ramai pemain-pemain catur yang sudah lama tidak aktif kembali aktif.

Semakin banyak laman-laman blog tentang catur di negara ini.

Kelab-kelab catur yang semakin banyak dan aktif dan juga permintaan jurulatih dan program-program catur semakin tinggi dan banyak.

Justeru itu, GiLoCatur berseru kepada semua penggiat dan peminat-peminat catur di seluruh negara terutamanya orang-orang penting dalam persatuan catur menggembeling tenaga dalam memajukan industri sukan catur seiring dengan KISMAS 2009.

Kepada pemain-pemain muda catur negara, rebutlah peluang yang ada sekarang seperti peluang menyertai Malaysian Masters 2009 dan pelbagai pertandingan catur untuk meningkatkan kualiti permainan dan tanamkanlah cita-cita mendapat gelaran tertinggi dan sentiasa memperbaiki rating. Jangan sekadar terlibat hanya untuk suka-suka dan mendapat sijil untuk sokongan akademik.

"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" maksudnya jika sudah terlibat dalam sukan catur DO THE BEST AND BE SERIOUS. Learn, learn, learn, practice, practice and practice. BE UNITED, learn, analyze and practice together among yourselves how to beat the senior players. Prove that you all are capable to challenge the senior top players. Be on the top. Get and earn high FIDE ratings. TAKE THE CHALLENGE!)

Sukan ini juga mampu bertindak sebagai medium bagi menyatupadukan segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakangnya. Jika ini berjaya dilaksanakan, betapa beruntungnya semua penggemar sukan ini dan tidak ada lagi prasangka negatif lagi pesimis sesama kita...........Siapa pun kita,,kita anak Malaysia....Jika ini dipegang, barulah kita benar-benar merdeka.
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! Sekian.

MINDA CATURA

Sumber : SelChess Blogspot

More stories about KISMAS 2009
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm
http://bola-kempis.blogspot.com/2009/08/konvensyen-industri-sukan-malaysia.html

No comments:

Post a Comment