Tuesday, August 18, 2009

Permainan GiLoCatur di Syuen Grand Prix


GiLoCatur menyertai pertandingan catur Syuen Grand Prix pada hari Ahad lepas di samping ketiga-tiga anak GiLoCatur. Fikri sertai Bawah 15 tahun sementara Anis dan Fahim sertai Bawah 12 tahun. GiLoCatur bertanding dalam kategori terbuka.

Walaupun prestasti permainan GiLoCatur tidak berapa bagus dalam beberapa pertandingan yang disertai sejak kebelakangan ini seperti Laguna Park, Dun Sri Andalas, dan Terbuka Temerloh, tetapi pada dasarnya masih berpuas hati kerana jarang berlaku "silly / big blunder". Kebanyakan game GiLoCatur, middle game dan endgame yang masih kurang menyengat. Kekadang dek asyik nak attack, akhirnya terperangkap dan tewas.

Pada awalnya GiLoCatur tidak mahu sertai pertandingan kerana pelbagai alasan tetapi keinginan untuk bermain catur mengatasi segalanya. Selalunya GiLoCatur lewat berada di meja kerana perlu memantau permainan dan persiapan anak-anak.

Berikut adalah beberapa situasi permainan GiLoCatur di Kejohanan Syuen Grand Prix.


.. Qg5 dari c1

Game di atas adalah di pusingan ke 5 ketika GiLoCatur menentang Ahmad Kamal Rustam Affendi yang memiliki Nat. rating 1642. GiLoCatur tewas masa dan posisi buah juga tidaklah memberansangkan. Tetapi tidak juga teruk sangat pada pandangan GiLoCatur. GiLoCatur kurang 2 bidak. Struktur bidak GiLoCatur juga isolated dan tidak berapa bagus. Walaupun GiLoCatur ada kelebihan satu rook, tetapi lawan memiliki tempo dan posisi yang lebih baik. GiLoCatur tidak dapat bertahan dengan baik menyebabkan pihak lawan ada advantage. GiLoCatur tidak memanafaatkan advantage memiliki extra 1 rook yang menyebabkan tewas dengan sedikit time pressure. But GiLoCatur believes it was a very decent game againts a much higher rated player. GiLoCatur was also quick during the opening.


.. Qg6 ?? Ne7+


Game di atas adalah di pusingan ketujuh ketika menentang Zairulnizam Abd Rahman (Nat. rating 1477) . GiLoCatur juga ada extra 1 rook tetapi sayang telah tersilap move (blunder) dengan membenarkan pihak lawan membuat fork menggunakan kuda (Ne7+). Di atas kesilapan tersebut, GiLoCatur terus resign. Sepatutnya GiLoCatur gerak Rf7 untuk defend bidak f7 atau Na5 untuk ancam Queen putih. Mr Fritz pula mencadangkan Qf7 atau Qd7.


No comments:

Post a Comment