Friday, August 14, 2009

Tanggungjawab Sosial


GiLoCatur ingin menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim untuk membantu menghalang Doa H1N1 yang telah tersebar baru-baru ini, tetapi dinafikan oleh pihak JAIS yang dikhabarkan sebagai sumbernya. Satu pengajaran penting : Semak dan waspada dengan setiap info dan maklumat yang diterima terutamanya yang melibatkan keagamaan supaya tidak mendapat maklumat tidak benar dan palsu.

Juga sila semak di link ini.

JAIS nafi edardoa pelindung H1N1

SHAH ALAM 13 Ogos – Umat Islam di negeri ini dinasihat supaya tidak terpedaya dan terkeliru dengan risalah doa pelindung diri daripada dijangkiti selesema babi atau influenza A (H1N1) yang kini tersebar luas.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, risalah yang didakwa disediakan oleh Bahagian Pendakwah Bebas JAIS itu sebenarnya tiada kaitan dengan jabatan itu dan dikhuatiri boleh mengelirukan umat Islam.

Menurutnya, setelah merujuk kepada Jabatan Mufti Selangor, doa tersebut bukanlah doa khusus bagi melindungi H1N1 yang dimaksudkan tetapi merupakan doa yang diamalkan oleh ahli kumpulan Al-Arqam yang sudah diharamkan.

‘‘JAIS tidak bertanggungjawab dan tidak pernah mengarahkan doa ini disebarkan kepada umum dan nama yang tertera dalam edaran itu juga bukan kakitangan pihak berkuasa agama negeri ini,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan ekoran penyebaran risalah doa pelindung H1N1 yang diedarkan kepada orang ramai di tempat-tempat awam dan risalah tersebut kononnya disediakan oleh seorang ustaz daripada Bahagian Dakwah Bebas JAIS.

Antara isi kandungan risalah berkenaan ialah menyeru orang ramai membaca satu doa yang sangat masyhur pada zaman dahulu.

Doa tersebut dikatakan ditulis oleh Asy-Shekh Ibnu Ahmad Al-Tamimi Al-Malizi yang merupakan seorang murshid.


sumber :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0814&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_21.htm



No comments:

Post a Comment