Friday, February 6, 2009

KRISIS POLITIK DI PERAK

Di pagi Jumaat yang amat barakah ini, GiLoCatur ingin menyentuh tentang krisis dan pergolakan politik di negeri Perak Darul Ridzuan.

Krisis dan kemelut politik di Perak amat mengejutkan dan menyedihkan kebanyakan warga Malaysia. Walaupun hanya seorang pemain dan peminat catur, GiLoCatur amat mengambil berat tentang peristiwa ini. Sebagai seorang warganegara Malaysia, GiLoCatur amat prihatin dengan berita dan perkembangan terkini tentang apa yang sedang berlaku di Perak. GiLoCatur akan terpaku menonton berita di TV dan membaca akhbar-akhbar selain di internet. Dan GiLoCatur juga percaya ramai di luar sana terutamanya di negara-negara Asean juga sedang mengikuti apa yang sedang berlaku.

GiLoCatur berharap pemain2 dan peminat2 catur di Malaysia, tidak kira yang dewasa mahupun yang muda, juga mengambil berat dan tahu tentang peristiwa penting yang sedang berlaku. Sekurang2nya kita perlu berdoa kepada Tuhan semoga ia berakhir dengan segera dan aman.

GiLoCatur agak bersedih dengan kemelut dan krisis politik yang sedang berlaku di negeri Perak. Walaupun GiLoCatur adalah warga dan anak Selangor, tetapi negeri Perak mempunyai nilai sentimental dan sejarah seperti berikut:

  • Di negeri Peraklah nenek moyang GiLoCatur bertapak bila berhijrah dari Sumatera iaitu di Sungai Balai, Bagan Datoh.
  • Jasad-jasad sebahagian besar nenek moyang GiLoCatur bersemadi di bumi Perak - seperti Haji Hassan Basri bin Sulaiman  (datuk sebelah ayah), Opah Ghaini Binti Djamin (nenek sebelah ayah) dan adik beliau Kasid Bin Djamin (datuk sebelah emak)  dan moyang Langgi (datuk emak GiLoCatur).
  • Kedua ibubapa GiLoCatur bernikah dan berkahwin di Perak sewaktu zaman Jepun.
  • Moyang GiLoCatur (Djamin) pernah memiliki sederet kedai di Teluk Anson (Teluk Intan). 
  • Arwah ayahanda GiLoCatur (Haji Abdul Latif bin Haji Hassan Basri) bersekekolah di Teluk Intan dan Gunung Semanggol.
  • Keluarga GiLoCatur memiliki sebuah rumah di Jalan Manggis, Teluk Intan.
  • Ramai ahli keluarga GiLoCatur merupakan warga dan anak negeri Perak.
  • Keluarga ayah mertua GiLoCatur juga berasal dari Perak, iaitu Selekoh, Bagan Datoh.

GiLoCatur amat berharap dan berdoa agar kemelut dan pergolakan politik di negeri Perak akan berakhir dengan aman dan baik. Memandangkan rakyat Malaysia sedang berdepan dengan kegawatan ekonomi, diharap masalah politik ini tidak berpanjangan.

Marilah semua rakyat Malaysia berdoa semoga krisis politik ini berakhir dengan aman dan sejahtera.

YA ALLAH! KAU SELAMATKAN DAN PELIHARALAH BUMI MALAYSIA AMNYA DAN NEGERI PERAK KHUSUSNYA DARI SEBARANG MALA PETAKA DAN KEMUSNAHAN. AMIN YA RABBAL A'LAMIN.
 

4 comments:

  1. boring la cerita lu

    ReplyDelete
  2. kalu lu boring, x yah baca. mungkin orang lain x boring. TQ for the comment anyway.

    ReplyDelete
  3. bro,title cite lu dah mnarik,tp nm jln cite lu pasal family lu plak.better u put title My Family Diaries.

    ReplyDelete
  4. abg,sy paham niat abg ikhlas nk malaysia aman,then melayu bersatu.sy pn sokong.tp citela ttg krisis politik di perak abg.ni pasal family.per kes

    ReplyDelete