Saturday, January 9, 2010

Lagi ... Berita Mengenai MSSM dalam Suratkhabar



11 sukan turut 'disembelih' MSSM - BERITA HARIAN hari ini.


Tindakan itu harus dilihat sebagai sesuatu yang membimbangkan, kerana MSSM mengambil 'jalan mudah' tanpa ada usaha dilakukan buat cuba menyelamatkan penganjuran pelbagai sukan itu.


Antara langkah boleh difikirkan MSSM termasuklah melakukan usaha gigih mencari penajaan daripada syarikat swasta, tanpa terus 'goyang kaki' dan mengharapkan sepenuhnya peruntukan daripada Kerajaan.

Apa yang turut menggelisahkan ialah hakikat betapa tindakan 'gugur bila ada masalah' itu mampu menjejaskan pembangunan arena sukan negara secara menyeluruh, ketika saingan peringkat sekolah diperakui sebagai medan penting untuk memupuk dan mencungkil bakat atlit di peringkat akar umbi lagi.


Berita penuh >>> di sini


No comments:

Post a Comment